Apa yang kita punyai hari ini harta, suami, anak, kekasih, sahabat, cinta mahupun diri kita jasad dan roh bukan milik kita.
Mukhriz merenung wajah Mira pucat di atas katil itu. Apa perasaan Mira sekarang? Mampukah Mira menerima apa yang terjadi kepadanya?
"Mukh..riz.. Riz", tersentak Mukhriz daripada lamunannya mendengar suara Mira perlahan, tersekat dan putus.
"Ya, sayang", balas Mukhriz.
"I masih hidup kan?", pertanyaan pertama Mira mengejutkannya. Mira Edora takut menghadapi sakaratul maut. Dia belum bersedia untuk mati.
"Masih sayang. You masih hidup", balas Mukhriz.
"Anak i pun hidupkan?", tanyanya lagi.
"Allah lebih sayang anak kita sayang", jawab Mukhriz tenang.
Mira diam memaling wajahnya tidak memandang Mukhriz. Air matanya merembes tidak berhenti. Dia sudah mula sayangkan nyawa yang menumpang di rahimnya. Kenapa nyawa itu perlu pergi?
'Maafkan mama. Maafkan mama, maafkan mama", bisiknya berulang kali. Mira kembali memejamkan mata. Membiarkan Mukhriz membatu di sebelahnya buat sementara.
"Mira, esok you dah boleh,discharge. I minta maaf Mira i tak lindungi you", pinta Mukhriz.
wajahnya masih menghadap tingkap luar hospital swasta itu. Malas rasanya merenung wajah Mukhriz.
"Mira, tengok i Mira", bahu Mira di paut. Sungguh Mukhriz ingin memeluk Mira saat ini memberikan Mira ketenangan. Mira mengeraskan tubuhnya.
"I minta maaf Mira. Tolong jangan begini Mira. Bercakaplah. Luahlah Mira. I risau. I bimbang", Mukhriz merayu. Mukhriz beralih tempat menghadap wajah Mira.
"I ok. I nak balik Mukhriz ke tempat i. Esok hantarkan i terus ke KLIA. I nak pulang ke tempat asal i", balas Mira.
"Ok", jawab Mukhriz terus berlalu meninggalkan Mira sendirian dalam bilik itu. Dia tahu ini bukan masa yang terbaik untuk menghuraikan segala persoalan dan kekusutan.
Mira duduk di birai katil menghela nafas panjang. Apa pengakhiran dia dan Mukhriz sebenarnya?
*********************
Mira akan kembali ke banglo ala Inggeris milik Tengku Maimunah. Dia cuma ingin mengambil barangnya sahaja. Selepas itu, dia akan kembali ke Kuching. Di sini bukan tempatnya bukan untuknya. Antara dia dan Mukhriz mungkin berakhir kini. Dia tidak pasti sama ada Tengku Maimunah akan menyukainya atau tidak. Dia sudah bersedia menerima akan segala cercaan dan hinaan wanita itu. Dia yang bersalah.
Dia dengan Mukhriz? Biar takdir membawa cinta mereka. Mukhriz seperti patung batu di sebelahnya dia pula seperti patung lilin. Patung lilin lebih cantik.
"Jom, Mira", Mukhriz mengajaknya keluar dari kereta. Sedikit hatinya kecut mengenangkan kejutan yang bakal dia alami selepas ini.
Mira melangkah perlahan-lahan ke arah tangga atas. Terus ke bilik tetamu di sebelah kanan. Dengan segera dia mencapai beg pakaiannya dan pakaian di dalam almari. Hatinya terusik. Tidak,menyangka sama sekali dia dan Mukhriz akan berakhir dengan cara begini. Perit.
Pintu bilik tamu itu di kuak.
"Mira,i tak pernah lepaskan you Mira. Tolong jangan tinggalkan i", Mukhriz merayu.
"You kena terima Mukhriz. I malu dan i tak rasa bonda you akan terima i", semuanya memenatkan dia perlukan pengakhiran yang baik untuk semua orang. Segera tangannya memasukan pakaiannya dalam beg sorongnya.
"I ikut you balik", Mukhriz bersuara terus berlalu.
Segera Mira melangkah keluar. Sekalipun hatinya tubuhnya masih lemah dia perlu melangkah. Mengagahkan dirinya untuk melepaskan semuanya. Meredhai setiap takdir yang menimpa dirinya.
kakinya terhenti di anak tangga terakhir banglo itu. Wajah Tengku Maimunah tegang merenungnya di sudut kerusi ruang tamu. Mira menundukan pandangannya.
"Duduk dulu Mira", tegas permintaan Tengku Maimunah.
Perlahan Mira melangkah ke ruang tamu. Duduk menghadap wajah Mukhriz dan Tengku Maimunah.
"Dah berapa lama Mukhriz simpan kamu Mira?", Tengku Maimunah bertanya.
"Bonda, jangan salahkan Mira. Dia tersepit oleh keadaan", Mukhriz menjawab jawapan yang nyata tidak menjawab persoalan.
"Mukhriz, bonda tanya berapa lama Mira bersama kamu Mukhriz? Jawab apa yang bonda nak tahu Mukhriz, kamu nak kahwin dengan Mira sebab anak yang dia pernah kandungkan tu kan? Apa kurang didikan bonda sampai tergamak kamu lakukan dosa besar sebegini Mukhriz? Kamu kalungkan bonda dengan rantai dari neraka Mukhriz", suara Tengku Maimunah mula meninggi. Kemarahannya jelas.
"Ini semua salah saya Tengku. Lima tahun dulu saya yang menggoda Mukhriz. Saya minta maaf menyebabkan Tengku dan Mukhriz menanggung kekhilafan saya", Mira tunduk seketika. Tubir matanya terasa panas. Gentar resah dan takut bersarang penuh dihatinya.
"Terima kasih atas layanan dan kemesraan Tengku. Saya akan kembali ke tempat saya. Maafkan saya Tengku", pinta Mira sekali lagi.
Belum sempat Mira mengangkat punggungnya, Tengku Maimunah bersuara, "mudahnya kamu Mira, rumah tangga Mukhriz runtuh, hidup Mukhriz tak keruan kamu senang-senang berlalu pergi?".
"Riz dan Hani berpisah bukan kerana Mira bonda dan sama sekali bukan salah Mira dan Riz", ujar Mukhriz.
"Ohh, jadi kamu salah bonda pula sekarang ni?", persoalan yang tak mungkin terjawab itu dilontarkan Tengku Maimunah. Mana mungkin seorang anak menyalahkan ibunya. Mira dan Mukhriz benar-benar dalam dilema.
"Mukhriz tak pernah salahkan bonda tentang apa yang terjadi antara Mukhriz, Hani dan Mira. Riz jumpa Mira masa di Sarawak sewaktu pertemuan dengan tauke balak bonda. Asalnya, Mukhriz hanya ingin membantu Mira, tetapi mengenangkan Mira akan berlalu sedangkan hati Riz merasa tertaut padanya, Riz lakukan apa sahaja untuk pastikan dia sentiasa kekal di sisi Riz bonda, untuk mengambil Mira menjadi isteri adalah terlalu mustahil pada waktu itu bonda. Kami tidak tahu yang Mira telah mengandung sebelum kami ke sini. Mukhriz minta maaf bonda mengheret bonda bersama dosa Mukhriz", Mukhriz menerangkan dengan panjang dan lebar jelas dan lancar. Berharap Tengku Maimunah akan berpuas hati.
"Jadi, apa keputusan kamu sekarang Mukhriz? Bonda atau Mira? kamu perlu memilih", Tengku Maimunah memberikan pilihan. Pilihan yang nyata menyesakan.
"Saya akan pergi Tengku. Mukhriz, i dah bagi tau awal-awal dulu. I tak akan korbankan syurga you. You tak akan bahagia tanpa restu bonda you", Mira melangkah ke muka pintu. Dia hanya ingin pulang. Kembali mencari ketenangan yang hilang.
++++++++++++++++++
#untuksemua yang merindui Mira Edora. Maafkan saya. Update lambat. Terima kasih atas kesabaran dan penantian anda.. Luv u all..
;( kesibukan membataskan segalanya.. salam tahun baru...
YOU ARE READING
Mira Edora
Любовные романыsemanis wajah yang digunakan untuk memiliki segala yang ingin dimilikinya. dia tidak betah untuk hidup susah. baginya seorang wanita perlu dibayar harga yang tinggi untuk dimiliki. sesiapa yang ingin memilikinya perlu membida harganya yang tinggi. m...