terasa bumi kelahirannya asing sekali. Sedangkan setiap bulan dia akan pulang di sini. Mungkin kerana tiada Mak dan ayah membuatkan bumi kelahirannya begitu asing bagi dirinya. Mira Edora terus mendapatkan teksi untuk menghantarnya ke Santubong Suites. Kondo mewah yang di beli Datuk Mukhriz sebagai hadiah ulang tahunnya yang ke 22 tahun. Kondo ini merupakan hadiah pertama Datuk Mukhriz kepadanya.perasaannya dia hanya ingin bermalas-malas sehingga malam nanti. bunyi lagu The Only One berkumandang dari telefonnya. Sudah tentu pemanggilnya Datuk Mukhriz.
helo. i baru sampai terus naik teksi. i ke santubong. malas lah i ke Eden. i datang nak bercuti bukan teman you kerja.
talian di putuskan. layanannya tetap dingin dengan Datuk Mukhriz. Memang dia tidak gemar ke Eden Height kondo utama datuk Mukhriz walaupun disana ada orang gaji tetap datuk Mukhriz. dia datang ke sini kerana rindu pada kampungnya jadi dia ingin dekat dengan kampung halamannya itu.
setelah menempuh hampir sejam perjalanan Mira Edora tiba juga di Santubong Suites. Dia terus mendapatkan lift dan ke tingkat sepuluh. Kondo itu kelihatan bersih. pihak pengurusan memang memuaskan hatinya. walaupun kehadirannya ke sini mengejut tapi dia tidak nampak sebarang kotoran di kondo itu. pintu koridor dikuak. Angin dari laut China Selatan berhembus menampar wajahnya. terasa ketenangan merenung kejauhan laut yang luas itu. di sini ada ketenangan bisik hatinya.
Mira Edora mengambil tas tangannya dan mengeluarkan kunci kereta. Dia perlu membeli keperluan harian. langkahnya dipercepatkan.pemanduan di Kuching amat menyenangkan. tidak ada kesesakan tidak ada bunyi hon yang membingitkan tidak ada kesibukan. Singgah ke pasar berdekatan membeli keperluan dapur dan diri.
Mira. terdengar namanya dipanggil nyaring. seraya dia menoleh.
dirinya dirangkul erat. kaku seketika.Kak Maz. apa khabar? ujarnya.
Mira akak minta maaf dengan perbuatan ayah akak. akak tau ayah akak yang jual Mira dengan tauke kelab. Mira sihat? Mana Mira bawa diri Mira selama ni... Mak Ngah rindu Mira. ikut akak balik ye.
kata Mazni.kak,nantilah kak. apa kata kita duduk kat kedai tu. biar Mira pilih barang dapur dulu lepas ni kita bincang ye.
setelah membayar barang yang dibeli dan memasukan barang ke dalam but kereta Mira dan Mazni terus duduk di kedai makanan segera bersebelahan supermarket tersebut. dihati Mira menyumpah-yumpah dirinya kerana tidak berhati-hati sehingga berjumpa dengan orang yang mengenalinya.
Mira. ikutlah kakak balik. kejap pun tak pe. Mak betul-betul rindu Mira. ujarnya.
kakak tau ayah yang salah gunakan Mira untuk langsaikan hutangnya. Ayah dah mendapat hukumannya Mira. Ayah dah pergi selama-lamanya kerana dipukul oleh ah long. tambahnya untuk menyakinkan Mira tiada bahaya menantinya kelak.layak ke Mira yang kotor dan berdosa ni balik kak? akak cakap je akak tak dapat cari Mira untuk Mak Ngah. Kalau Mak Ngah jumpa Mira dia mesti nak tahu apa yang jadi dengan Mira selama ni kak. Apa yang Mira lalui biar jadi hak Mira. Mungkin esok Mira ke kampung jenguk pusara Mak dan ayah. lepas tu ke rumah pusaka.
Mira.. selama ni Mira ke mana? rumah pusaka arwah nenek Mak Long dah jual Mira bukan hak kita lagi. bahagian Mira akak ada simpankan dalam akaun ASB Mira.Nanti akak bagi buku Mira.
kak, kalau akak nak tahu Mira yang beli rumah tu sebelum Mak Long jual pada orang lain. Mira kenal sangat perangai Mak Long memang tamakan duit. Mira balik ni pun pasal rumah tu. Mira boleh jumpa mak ngah tapi jangan tanya Mira apa yang Mira lalui. Biar Mira simpan kemas dalam hati Mira. Mira tahu orang kampung cerita yang tak elok pasal Mira. biarlah mereka hanya tengok aje apa yang jadi pada Mira tapi tak da siapa yang hulur bantuan. Mereka pandang Mira dengan sebelah mata akak. entah-entah sekadar menjeling.
Mira. Apa yang Mira buat sampai boleh dapat duit sebanyak tu untuk beli rumah pusaka kita? Mazni terkejut. manakan tidak nilai rumah pusaka itu ialah RM200 000 dari mana Mira peroleh wang sebanyak itu. Arwah nenek tinggalkan empat orang anak. Mak long, ibu Mira,ibunya dan Pak Su. setiap dari mereka mendapat RM50 000 seorang hasil jualan rumah itu. bahagian Mira ibunya terus ambil dan menyuruhnya menyimpan di akaun ASB milik Mira khuatir akan di ambil oleh Mak Long dan tanpa disedari pembelinya ialah Mira sendiri. Seingatnya yang datang adalah seorang lelaki bernama Datuk Mukhriz. Siapa Datuk Mukhriz? hatinya mula mempersoalkan apa yang terjadi dengan Mira. Mira hilang ketika berumur 19 tahun. semasa menunggu keputusan STPM. sekarang sudah lima tahun berlalu. Mira masih cantik seperti dulu. Cuma sinar matanya bukan seredup dulu. Sinar matanya penuh benci dan sendu. Apa yang berlaku dengan Mira sepanjang liku yang dilaluinya. Dia benar-benar ingin tahu.
dah nak maghrib ni kak jom balik. Esok saya ke rumah akak. Saya janji.
Mira tinggal mana? tanyanya.
dekat-dekat je. Santubong. jawabnya. tanpa memberitahu secara terperinci. santubong ada beberapa buah hotel, homestay, dan beberapa buah kondo jadi amat mustahil kak Maz boleh mengagak mana satu tempat tinggalnya.
akak tunggu Mira esok. kebetulan akak shift malam esok. jawabnya berharap Mira datang berjumpa ibunya.
ok. jumpa esok. Mira melambai dengan senyuman.
bergegas menuju ke kereta dan dia ingin pulang. menenangkan hatinya. melupakan peristiwa lima tahun lalu yang menerjah kotak ingatannya. hatinya terasa perit. dirinya terasa sakit. ini kali pertama dia pulang ke Kuching tanpa ditemani Datuk Mukhriz. kalau ada datuk Mukhriz semua urusan akan di sediakan oleh Sani pembantu Datuk Mukhriz yang sedia mengikut Datuk Mukhriz ke mana-mana. hatinya terasa kesal. dia perlu berehat malam ini dengna tenang. ubat penenang perlu ditelan agar lenanya tidak terganggu.
YOU ARE READING
Mira Edora
Romancesemanis wajah yang digunakan untuk memiliki segala yang ingin dimilikinya. dia tidak betah untuk hidup susah. baginya seorang wanita perlu dibayar harga yang tinggi untuk dimiliki. sesiapa yang ingin memilikinya perlu membida harganya yang tinggi. m...