Pagi Ahad itu, kebetulan kak Maz cuti. Jadi Mira mengajak kak Maz menemaninya ke rumah pusaka. Mengemas rumah itu. Bagaimana keadaan rumah itu bersama Mukhriz?
Tanpa berlengah pada jam 7 pagi Mira dan kak Maz ke rumah pusaka. Dari jauh Mira lihat Mukhriz sedang duduk di beranda melayan kerenah Sophie.
"Selamat pagi Mukhriz, you makan apa sahur tadi?", tanya Mira.
"Oat je. Sayang, awal pagi dah you jenguk sini. Nak buat apa?", tanyanya.
"I nak jenguk rumah pun tak boleh. Kenapa? You ada bawa orang lain ke datang sini?", Mira berasa hairan.
"Bukan tak boleh. Tapi i cuma tanya aje. You jenguk hari-hari pun tak pa. Jangan lah marah. Tak elok marah awal pagi", Mukhriz menyejukan hatinya. Kak Maz hanya memandang. Memahami memang itu sikap Mira apa yang dia buat tidak boleh dipersoalkan.
"I tak marah. Tapi you tahu i memang macam ni. Kalau you harap i nak cakap lembut-lembut memang tak lah", Mira terus berlalu ke dapur.
"Harap bersabarlah Mukhriz dengan sikap Mira", ujar kak Maz duduk berdepan dengan Mukhriz.
"Saya memang dah faham dengan perangai dia Maz. Dia ikut apa dia nak aje. Kalau dia kata tak tak akan boleh di paksa", mengumpat Mira pula dia hari ni.
"Apa plan Mukhriz lepas ni?Maz bukan apa, Mukhriz sendiri tahu Mira bila-bila boleh ubah keputusan", Kak Maz kasihankan Azmi sebenarnya semakin tangkas Mukhriz bersatu dengan Mira semakin cepat Azmi belajar menerima ketentuan Mira bukan untuknya.
"Memang saya dan Mira dah rancang dua minggu lepas raya kita orang kahwin. lepas raya saya kena balik Perak dulu. Ada urusan yang perlu diselesaikan", kata Mukhriz.
Mazni hanya mengangguk.
Sebuah kereta bergerak laju di halaman rumah mereka. Mazni dan Mukhriz hanya memerhati dari jauh. Mukhriz sudah kenal sapa pemilik kenderaan itu.
Seorang wanita kelihatan anggun dan menarik keluar dari kereta tersebut. Melihat lagaknya Mazni sudah pasti wanita itu bukan orang sembarangan.
"Assalammualaikum Mukhriz", dengan berhati-hati Tengku Hani Suraya menaiki tangga. Yelah dia memakai kasut tumit tinggi setinggi empat inci. Kasut kegemarannya.
Mazni senyum. turut berdiri dan menjawab salam perempuan itu walaupun bukan untuknya.
"Hai, Hani Suraya. You tak nak kenalkan kami ke Mukhriz?", tanya Tengku Hani.
"Mazni", Mazni menyambut tangan Hani Suraya itu.
Please Mukhriz. perempuan macam ni ke saingan i? bisik hati Tengku Hani.
Mira menjenguk keluar bersama Sophie di tangannya. Selepas memandi dan mengering badan Sophie.
"Ada tetamu rupanya", Mira mengukir senyuman. Tengku Hani memandangnya dengan pandangan yang serupa seperti kak Maz tadi. Wanita ini kelihatan muda darinya.
"Hai, Mira Edora", kata Mira menghulur tangan. Dia sedar Hani memerhatikannya. Dia hanya berseluar jersey adidas dan tshirt Fila. buat apa cantik-cantik di kampung je pun. Bukan pergi dinner. Aku datang sini nak kemas rumah. Getus hatinya.
"Hani Suraya, rasa macam familiar la you ni Mira Edora", Tengku Hani menyambut huluran tangan Mira Edora.
"Banyak pelanduk dua serupa. You bekas isteri Mukhriz kan?", Mira bertanya. Lambat menunggu Mukhriz memperkenalkan sekaligus menjawab pertanyaan di benak Mazni juga di akal Tengku Hani. Ini saingannya. Bukan perempuan biasa.
"I datang nak bincang dengan you Mukhriz tentang kita", kata Tengku Hani.
Kak Maz memohon diri untuk pulang. Dia mengambil kunci kereta Mira. Mira pula ingin berlalu ke dapur.
"Mira, you duduk sini. I tak akan sembunyikan apa-apa dari you", Mukhriz menahan.
Mira hanya menurut. hakikatnya dia memang ingin mendengar bicara mereka. Tengku Hanis menjeling tajam Mira. Peduli apa.
"Mukhriz, ini ke pilihan you?", jarinya dihalakan kepada Mira.
Mukhriz mengangguk. "Seperti mana i tak pertikaikan pilihan you, i harap you pun begitu", ujar Mukhriz.
"Berapa lama you kenal Mukhriz Mira?", tanya Tengku Hani.
"5 tahun dulu", Mukhriz berterus terang.
"Selama itu you tipu i Mukhriz. I cuma miliki you selama 2 tahun. Selebihnya milik perempuan ni?", sekali lagi jarinya menunjuk Mira. Mira hanya diam membatu. Dia hanya duduk sebagai saksi. Sekalipun dia di cerca sekarang dia tidak akan membela diri.
"Bukan salah dia i yang perangkap dia untuk terus dalam hidup i", Mukhriz membela Mira.
"I tak kisah Mukhriz. You memang tak sayangkan i pun dan i baru sekarang sedar yang i sayangkan you. tapi semuanya dah terlambat", suara Tengku Hani mula mengendur. Dia lahir dalam keluarga berpendidikan dan bangsawan. Tak akan dia nak serang Mira seperti wanita tidak bertamadun pula. Walaupun sedikit egonya calar. Kalah pada Mira.
"I dah lepaskan you Hani. Tolong lupakan i bina hidup you dengan cinta baru you tu", ujar Mukhriz.
"I cuma nak ajak you balik. Terangkan pada bonda situasi sebenar di sini. Tak adil kerana i you di buang keluarga Mukhriz", Tengku Hani menerangkan tujuannya.
"I akan balik lepas raya. I janji. I akan balik", Mukhriz berjanji.
"You balik sebab you nak kahwin dengan dia?", tanya Tengku Hani.
"I memang akan kahwin dengan dia Hani. I perlukan dia, i tak boleh hidup tanpa dia", kata Mukhriz menusuk jantung dan hempedunya. Bodohlah kalau dia tidak terasa dengan kata- kata Mukhriz. Tapi mengenangkan salahnya melulu meminta di ceraikan dia hanya menyambut kata-kata itu dengan senyuman.
"Bila you balik. Tolong call i", kata Tengku Hani.
"You bila nak balik Perak?", tanya Mukhriz kepada Tengku Hani.
"Esok mungkin", dia sendiri tidak pasti sama ada dia balik atau terus menunggu Mukhriz di sini.
"Macam mana awak kenal Mukhriz Mira? Berjaya sembunyikan hubungan korang lima tahun pulak tu", Tengku Hani kagum nyata dia mudah tertipu.
"Sebab Mira tak pernah tamak dan you tak pernah pedulikan i ada atau tidak dengan you", Mukhriz menjawab mudah. Memang itu punca kejayaannya. Mira tidak pernah meminta Mukhriz sentiasa menemaninya. Tengku Hani pula tidak pernah peduli dia ada atau tidak.
"I rasa i nak balik. Jangan lupa jumpa di mahkamah syariah nanti sebulan dari sekarang Mukhriz", pesan Tengku Hani.
"Jaga Mukhriz, Mira Edora", Tengku Hanis terus berlalu ke keretanya.
Mira mengeluh dengan keluhan yang berat.
"Perlu ke you nak kata i perempuan simpanan you?", Mira cubit lengan Mukhriz.
"Sabarlah i tak nak bohonglah Mira, tak adil untuk dia", ujar Mukhriz.
"Dahlah hantar i balik. Tak da apa nak kemas bersih je rumah ni", kata Mira.
"Mestilah. I dah biasa tinggal sorang kat UK lah mengemas, memasak tu i pandai", kata Mukhriz terus berlalu mengambil kunci rumah dan kunci kereta. Menghantar Mira ke rumah Mak ngah.
YOU ARE READING
Mira Edora
Romancesemanis wajah yang digunakan untuk memiliki segala yang ingin dimilikinya. dia tidak betah untuk hidup susah. baginya seorang wanita perlu dibayar harga yang tinggi untuk dimiliki. sesiapa yang ingin memilikinya perlu membida harganya yang tinggi. m...