Bunyi telefon menganggu lena Mukhriz. Sejak berada di sini. Sebelum jam 11 malam.
"Helo", sapa Mukhriz.
"Tengku, Anna disini. Bonda kena serangan jantung. Kalau boleh Tengku balik segera", Anna pembantu peribadi bonda menelefonnya.
"Anna, bertenang dulu. Esok saya balik, apa-apa nanti awak telefon saya", Mukhriz cuba menenangkan diri. Talian diputuskan. Mukhriz terus menempah tiket untuk esok.
Dia menelefon Mira. Harap Mira belum tidur lagi.
"Sayang", suara Mira kedengaran serak menyapanya.
"Darling, i kena balik Perak awal pagi esok. You hantar i kat airport ya lepas sahur?", Mukhriz terus menyampaikan tujuannya.
"Ok, tapi mengapa you nak balik?", Mira perlu tahu sebabnya.
"Mak i kena serangan jantung Mira. I kena balik. I janji bila mak i ok i terus balik sini", jawab Mukhriz.
"Mukhriz, i tak halang you balik. I tetap tunggu you. Esok i hantar you", Mira cuba meringankan beban di hati Mukhriz.
"Terima kasih Mira. Faham i"
"Sudahlah. You rehat. Esok i terus ambil you di rumah ya, selamat malam Mukhriz", ucap Mira.
"Selamat malam sayang", Mukhriz membalas talian di putuskan.
Mukhriz memejam matanya. Cuba bertenang. Dia perlukan tenaga esok. Harap keadaan bondanya tidak serius. Tetapi matanya tidak mampu lelap. Akhirnya, Mukhriz duduk di tikar sembahyang hingga sahur. Setelah bersahur dan Subuh.
Mira sudah menunggunya seawal 530 pagi. Mereka terus ke lapangan terbang Kuching.
"Tunggu i balik Mira. Jaga diri. Ada apa-apa text i. Tunggu i call. i akan call you hari-hari", pesan Mukhriz.
"Sabar Mukhriz, percayakan i. I hanya untuk you. jangan fikirkan pasal kita dulu. fikir pasal mak you", Mira memujuk. bukan hanya memujuk Mukhriz tetapi memujuk dirinya sendiri.
"I rasa tak sedap hati nak tinggalkan you sini Mira. You nak ikut i balik? nanti kita terangkan dengan bonda", pujuk Mukhriz.
"You nak buat mak you kena serangan jantung lagi tengok i?", masih ingat dia dengan tengkingan mak Mukhriz. opps, bonda. Dia gelarkan dirinya bonda.
"I pergi dulu, Mira." Mukhriz berlalu masuk ke balai berlepas. Mira hanya memerhati. Mengharap Mukhriz akan kembali lebih cepat dari jangkaannya. Mira memerhati Mukhriz sehingga bayang Mukhriz hilang.
********************************
Wajah bondanya yang sedang lena di renungnya. Mukhriz sendiri tidak faham kenapa dia perlu balik. Adakah bonda sudah menerimanya kembali?
Pintu bilik VIP itu diterjah masuk.
"Hani", Mukhriz terkejut melihat Hani.
"Bila abang sampai?", tanya Hani.
"Baru sampai jugak", balas Mukhriz.
"Abang datang sorang ke bawa Mira?", tanya Hani.
"Kenapa?", tanya Mukhriz.
"Hani tanya je. Mana tahu abang bawa Mira sekali. Nak kenalkan dengan bonda", balas Hani.
"Dalam waktu macam ni pun Hani boleh fikir pasal Mira?", entah kenapa dia tidak suka Hani bertanya tentang Mira.
"Abang, Hani tanya aje", Hani serba salah. Dia tidak dapat menyembunyikan perasaan ingin tahunya tentang Mira.
"Mukhriz", suara Tengku Maimun tersekat-sekat memanggil anaknya.
"Bagi bonda air", Mukhriz terus mengambil gelas ditepinya.
"Mukhriz, terima kasih atas ingatan kamu kepada bonda", dia tidak pasti sama ada terima kasih itu ikhlas atau sindiran kepadanya.
"Bonda, tetap bonda Mukhriz tiada gantinya", ujar Mukhriz.
"Hani, apa khabar kamu? Rindu bonda pada kamu Hani", Hani terus bersalaman dengan Tengku Maimun.
"Hani sihat bonda. Maafkan Hani lama tak jenguk bonda", balas Hani.
"Mukhriz, Hani, kalau boleh bonda nak sangat kamu berbaik semula", ujar Tengku Maimun
"tapi bonda..."
"Hani dah terangkan pada bonda Mukhriz, dia yang minta penceraian sebab kamu berdua tak sefahaman lagi", potong bonda.
"Bonda, Hani minta maaf kerana mengambil keputusan tergesa-gesa. Maafkan Hani bonda", ujar Hani.
"Tak perlu minta maaf pada bonda. Masa yang ada ini, carilah ruang kesefahaman kamu, dah tujuh tahun kamu bersama, mudah benar kamu bercerai pula", Tengku Maimun mengeluarkan pendapat dan harapannya.
"Bonda, maafkan Mukhriz. Mukhriz keluar dulu", mukhriz terus berlalu. Sesak nafasnya mendengar permintaan bonda. Tidak sepatutnya Hani menggunakan alasan klise tidak sefahaman. padahal dia juga yang mengatakan masih mengingat bekas kekasih lamanya di dulu.
Mukhriz mendail nombor Mira.
"Hello sayang", suara Mira berintonasi lebih lembut kali ini. Tidak seperti selalu.
"Mira, i dah rindu you", luah Mukhriz.
"Baru beberapa jam dah rindu. I pun rindu you Mukhriz", memang dia rindukan Mukhriz yang sentiasa disisinya.
"Betul ke Mira? Ni kali pertama i dengar you bermadah rindu", Mukhriz sengaja memastikan. Hakikatnya dia terhibur dengan rindu Mira.
"Mukhriz, terpulang pada you percaya atau tidak. Macam mana bonda you?", tanya Mira.
"Baru sedar tadi Mira. Bonda ok, cuma dia tak boleh terkejut je. Ini serangan pertama", terang Mukhriz.
"Abang, bonda nak jumpa", Hani mencuitnya dari belakang. Mukhriz sedikit terkejut.
"Abang? You ada adik perempuan ke Mukhriz?", Mira bertanya.
"Nanti i call you lagi Mira. I jumpa bonda sekejap", Mukhriz gelabah sedikit. Bagaimana nak terangkan pada Mira tentang Hani.
Talian di matikan.
"Bonda, ada apa?", tanya Mukhriz. Hatinya di landa runsing.
"Bonda harap kamu rujuk dengan Hani Mukhriz", Tengku Maimun amat berharap.
"Tak boleh bonda. Mukhriz dengan dia memang tak boleh bersama. Bonda tahu Mukhriz tak cintakan dia?", Mukhriz perlu menyatakan hakikat itu.
"Cinta boleh dipupuk Mukhriz. Yang menjadikan cinta tu tiada. Kamu mencintai orang lain. Perempuan yang kamu pungut di kelab malam itu jugak yang kamu gilakan", Tengku Maimun amat stress dengan kedegilan Mukhriz.
"Bonda, dia tak macam tu. Mukhriz tak pungut dia", Mukhriz membela Mira. Bagaimana bonda tahu Mira dijumpanya di kelab malam pula?
"Semua pergerakan kamu bonda tahu Mukhriz. Perempuan tu dah lama bersama kamu. Bonda ingatkan kamu tak lama dengan perempuan tu. Tapi, dapat juga dia kalahkan Hani", kata Tengku Maimun. Sudah pasti Mukhriz tidak sangka dia sebijak ini.
"Bonda, jangan cakap hal ini lagi. Nanti kena serangan jantung. Bonda kita fikir kesihatan bonda dulu. Nanti kita bincang lagi", Mukhriz mengendurkan keadaan. Tak dapat dibayangkan jika bonda sakit kerananya.
"Bonda nak rehat. Mukhriz baliklah. Biar Anna jaga bonda. Runsing bila bonda lihat kedegilan Mukhriz", Mukhriz hanya mengangguk dan terus berlalu. Dia perlu berehat. Memandangkan semalaman dia tidak tidur. Mukhriz terus pulang ke banglo bondanya.
YOU ARE READING
Mira Edora
Romancesemanis wajah yang digunakan untuk memiliki segala yang ingin dimilikinya. dia tidak betah untuk hidup susah. baginya seorang wanita perlu dibayar harga yang tinggi untuk dimiliki. sesiapa yang ingin memilikinya perlu membida harganya yang tinggi. m...