Tarik Tali

4.8K 150 34
                                    

"Cantik. Seni bina rumah ni menarik Mira", Tengku Maimunah memuji ikhlas.

"Terima kasih bonda. Rumah ni tinggalan arwah datuk untuk kami. Dia bina sendiri rumah ni dengan tulang empat keratnya. Mira di besarkan di rumah ni bonda", terang Mira.

"Pasti seronok dibesarkan di kampung kan Mira? Udara pun segar dekat dengan pantai pula. Hari-hari boleh mandi laut nampaknya," Tengku Maimunah masih menyambung perbualan.

"Tengku pun nak mandi laut juga ke?", mak Yam menyampuk membawa seteko air teh panas dari dapur.

"boleh juga Yam. tapi kau kena lah ikut sekali", Tengku Maimunah berselorah.

hakikatnya dia seronok dengan angin semilir yang menampar lembut pipinya di beranda rumah Mira itu. Dia berasa senang dan tenang terasa segala susah hatinya hilang. 

"Apa yang bonda menungkan ni?", Mira bertanya. Renungan Tengku Maimunah seperti sarat dengan sesuatu yang sukar untuk dimengertikan. 

"Tak ada apa Mira. Cuma sedikit gusar kalau masa tak cukup untuk persiapan perkahwinan kamu dan Mukhriz", balasnya sungguh kontra dengan apa yang merunsingkan hatinya sekarang.

"Bonda, jangan risau. Semuanya akan baik-baik sahaja bonda. Perkara yang baik perlu dicepatkan. Kan Mira?", Mukhriz tiba-tiba menyampuk.

"You ni, tak sabar betul la Mukhriz. Siapa yang nak kahwin dengan you?", Mira membalas.

"Bonda memang nak kamu kahwin cepat dengan Mukhriz Mira. Bonda nak kamu bahagiakan Mukhriz Mira", Tengku Maimunah bersuara. Bunyinya keras seperti memaksa. 

"In Shaa Allah, bonda", Mira senyum menyentuh jemari bonda simbolik pada janjinya. Yakin benar bonda yang Mukhriz akan bahagia. Masa ini Mukhriz kemaruk dengannya. Mungkin hati Mukhriz akan berubah. Royal blood. Seleranya boleh bertukar. Hanya segelintir sahaja yang setia. 'Ahh.. Mungkin tidak. Mukhriz sudah terlalu tua untuk berubah. Lucu. Bukan lelaki semakin tua semakin laku?' bisik hatinya. Kadang dia tersenyum sendirian dan mengeleng. 

Tengku Maimunah kehairanan. Melihat bakal menantunya yang kadang tersenyum dan mengeleng. Jarinya mencuit paha Mira. "Apa yang lucu Mira?"tanya Tengku Maimunah hairan. 

"Tak ada apa lah bonda. Angin bakal pengantin agaknya", Mira menjawab dengan tawa juga di sambut dengan tawa Tengku Maimunah dan Cik Yam. 

"Kamu nak tempah baju kahwin di mana, Mira? Bonda boleh suruh penolong bonda aturkan temujanji", tanya Tengku Maimunah. 

"Tak payah lah bonda, pakai yang mana ada je di sini. Pereka tempatan di Kuching je. lagipun kan bonda nak siapkan majlis dalam masa sebulan? untuk resepsi di Perak nanti, bonda pilih mana yang bonda berkenan. Mira tinggal pakai je", Mira membalas. Tengku Maimunah hanya senyum.

"Malam nanti kita makan di Rock Seafood ya, Mak Yam tak payah masak", kata Mukhriz.

"Bonda nak ke dalam dulu berehat, Mira, Mukhriz", Tengku Maimunah berlalu dengan anggukan Mukhriz dan Mira. Mak Yam juga berlalu ke dapur. 

Kesempatan dan ruang ini digunakan Mukhriz untuk menjernihkan keadaan dia dan Mira. Mereka perlu telus sebelum melangkah dalam pintu gerbang yang baru. Kadang-kadang dia merasakan ketidakpastian Mira terhadap cintanya dan begitu juga sebaliknya. Hakikatnya mereka masih saling tidak mempercayai. Dia melihat wajah Mira merenung jauh kenangan cintanya pada Mira. Perasaannya terhadap Mira tidak pernah mati tidak akan hilang. Mira perlu faham, tetapi perasaan Mira mungkin boleh berubah sejajar dengan perubahan perasaannya terhadap Azmi. Ini menyebabkan sedikit sebanyak ragunya pada cinta Mira masih ada.

"Apa yang you nak kata Mukhriz?", Mira bersuara. Sekilas pandang dia sudah tahu Mukhriz ingin berkata sesuatu. Sebenarnya Mukhriz mudah di baca. Terlalu mudah baginya. 

"Mira, you tak boleh cakap elok-elok ke dengan i? Boleh tak you jangan keluarkan suara sarkastik you. Apa yang you tak puas hati dengan i Mira? Tak akan sakit hati you pasal tu masih membara? I dah minta maaf Mira. I nak kahwin dengan you Mira", sekurang-kurangnya dia meluah itu pada perasaan dan pemikiran Mukhriz sekarang.

"Mukhriz, maaf tak dapat selesaikan segalanya Mukhriz. Bagi i masa. You kena tunggu", Mira jawab mudah dan pastinya jawapan itu tidak memuaskan hati Mukhriz.

"Mira, i tertanya-tanya masih ada cinta untuk i dalam diri you Mira? Untuk kali terakhir Mira, i lepaskan you sebelum hati i terluka. You terlalu dingin untuk i Mira. You fikirlah semasak-masaknya Mira. I nak you tahu, i boleh hidup tanpa you tapi i tak nak you hidup dengan i tanpa hati you", Mukhriz hanya perlu meluah. Sikap dingin Mira kadang-kadang membuat dia tidak pasti. Dia rindu Mira yang dia pungut enam tahun lalu. Rindunya membuak-buak. 

"Sorry", Mira berlalu. Dia tidak  berminat untuk berbicara lagi. Dia hanya ingin lari buat seketika. Dia perlu merenung dirinya. Dia terlalu ego semenjak dia pasti Mukhriz mencintainya. Dia terlalu sombong dan tenggelam dalam kesombongan itu. Dia terlalu banyak melalui konflik dalaman. 

                                                               *************************************

Mira, Mukhriz, Tengku Maimunah dan Mak Yam bersama-sama ke Rock Seafood di Santubong. Menikmati makanan laut yang menyelerakan. 
Pastinya menyelerakan. Dengan angin berhembus sepoi-sepoi menenggelam kegusaran. Sesekali Mukhriz menjeling Mira. Masih berbaki tidak puas hatinya mengenangkan kata-katanya pada petang tadi bagai mencurah air di daun keladi. Tidak terkesan langsung. Katanya ibarat semilir yang sedang berpuput ini.

Mira lebih mengetahui pandangan tidak puas hati Mukhriz untuknya. Gelak kecil di dalam hati. Puas hatinya. Masa dia kembali ke Kuching tempoh hari berani Mukhriz tidak menghubunginya. Dendam manjanya masih bersisa. Tapi, kalau Mukhriz benar-benar memaksudkan kata-katanya. Payah juga bermain tarik tali. Payah. Payah.

Wajahnya diangkat merenung mata Mukhriz. 'I love you' bisiknya perlahan melalui gerakan bibir diangkat dan dimuncungkan sedikit dan bunyi muuah dikeluarkan sedikit cukup untuk pendengarannya dan penglihatan Mukhriz. Mukhriz tersedak. Tersembur air kelapa. Dia gelak. Lucu.

+++++++++++++++++++
thanks untuk pembaca Mira Edora atas penantian anda. Kerja membataskan masa dan idea.

Mira EdoraWhere stories live. Discover now