Sungguh dia kelihatan riang berkejaran di dataran waterfront. Dia, Azmi dan Maz sibuk melastik heli L.E.D.. Permainan kanak-kanak riang bila dimainkan oleh orang dewasa seperti kita ini menyeronokan. Masalah dan stress semua hilang. Seketika. Hanya seketika.
"Penat kak. Abang, dahlah. Mira tak larat", terasa semput bila berkejar mengambil kembali heli L.E.D. itu jatuh. Tak kisahlah macam budak-budak seketika yang penting kemeriahan dirasai. Kenapa bunyinya macam tagline raya?
"Ais krim jom", kata kak Maz. Jari telunjuknya menghala ke arah McDonald di bangunan Merdeka Plaza. Mereka bertiga melangkah laju. Tetapi sempat juga Mira membeli air mineral dengan penjaja di tepi jalan.
Selepas mendapatkan aiskrim vanila berhias coklat itu mereka bertiga berjalan di tebingan kuching.
"Abang, abang tak terfikir ke nak kahwin dengan Mila?", Mira memunculkan soalan dalam kebisuan suasana.
"Mira, cakap apa ni?", Azmi hairan.
"Abang, cuba abang kaji dalam-dalam apa yang cuba Mira katakan", Mira menarik nafas dalam-dalam.
"Seusia dengan kedewasaan kita, pernahkah abang lihat Mila berkawan dengan mana-mana lelaki lain? Semua yang meminang dia tolak. Mila ikhlas suka dan mengharapkan abang. Cuma abang yang tak nampak. Lagipun Mila bukan anak orang lain. Anak pak su juga. Kalau abang ambil Mila jadi isteri sekurang-kurangnya abang boleh bantu pak su", sambung Mira. Dia cuma ingin membuka mata Azmi.
"Tak payah cakap pasal ni Mira. Hidup abang, biar abang tentukan. Mira tak perlu campur. Jangan jadikan abang jambatan untuk Mira berbaik dengan Mila pulak", Azmi bertegas. Darah dia dan Mira masih dalam aliran yang sama. Dia sudah memahami hasrat Mira. Sudah lama permusuhan MIra dan Mila terjadi kerana cemburu dan kerananya. Tapi, apabila Mira pergi bukan bermakna Mila boleh mengantikan kekosongan itu.
"Okey, hidup abang, abang tentukan. buatlah apa yang abang suka. Permusuhan Mila dan Mira kerana lelaki, permusuhan mak long dan mama juga kerana lelaki. Permusuhan itu merebak sehingga Mira jadi kebenciannya. Suatu hari nanti, anak-anak kami juga akan jadi mangsa permusuhan ni. Dah, jom balik. Cakap dengan Shopie lagi baik", Mira mengangkat punggungnya daripada sisi buaya tembaga waterfront Kuching itu.
"Huh, nenek kebayan bukan dapat dihalang keinginan dia", ucap Azmi perlahan.
"Siapa nenek kebayan?", Mira memaling wajahnya ke arah Azmi dan kak Maz yang berjalan seiringan.
"Mira Edora lah", Kak Maz membalas.
Mira memuncungkan wajah disambut gelak tawa Azmi dan Maz.
"Mira, jangan asyik nak fikirkan diri Mira betul sahaja. Tak lama lagi jadi isteri orang Mira. Kadang-kadang Mira, abang Azmi dan kak Maz juga pernah buat kesilapan, tak semua penyelesaian yang kita fikir adalah jalan yang terbaik". bisik kak Maz kepada Mira.
Mira hanya mengangguk. Antara dia dan Mila perlu ada pengakhirannya. dia tidak ingin terus dibenci.
***********************************
deringan telefon lewat malam menganggu lenanya. waktu sedang menunjukkan tepat jam 1130 malam. setelah dihantar oleh Azmi dan kak Maz pada jam 1000 malam tadi dia terus melenakan diri. Jika di ibu kota dulu 1130 masih terlalu awal untuk tidur.
"Helo, sayang", suara yang dia rindu kedengaran.
"Huh, baru ingat i", dasar perempuan tidak tahu bersyukur.
"You pun tak ingat i,sayang", Mukhriz memulangkan kata-kata Mira.
"Bila you ambil i?", Mira bertanya. Bagi Mukhriz suara yang kedengaran kadang-kadang kasar dan sombong itu adalah perbualan yang dirindunya.
"Esok sayang. I dan bonda akan datang esok. Ayahanda akan datang minggu depan. Hal kita i dengan bonda akan bincang dengan you esok. Ambil i di airport Kuching jam 11 pagi. I dengan bonda tinggal di rumah you ya. Santubong Suites", Mukhriz memberi arahan kepadanya seperti dia seorang setiausaha.
"Ok boss", balas MIra.
"Sayang, i rindu you", Mukhriz berbisik.
"I rindu you sikit Mukhriz", Mira membalas disulam dengan gelak.
"MIra, jumpa esok. I tau you rindu i. Kadang-kadang perangai bodoh sombong you memang buat i marah. tapi kadang-kadang nampak comel. Good night Love", ucap Mukhriz tanpa menunggu jawapan Mira talian dia putuskan.
Mukhriz senyum, dia tahu Mira sudah kembali seperti biasa. kelukaannya telah terubat dan rindunya pada Mira semakin mendalam. Kali ini dia pasti Mira Edora hanya miliknya sampai bila-bila.
untuk Mira, malam ini lenanya diulit dengan suara Mukhriz menunggu Mukhriz tiba pada pagi esok. "Terima kasih Tuhan, kerana membukakan hati ini untuk Mukhriz dan menghadiahkan Mukhriz", bisik Mira.
------------------------------------------------------------------------------------------
terima kasih untuk penantian dan voted anda. -_^
YOU ARE READING
Mira Edora
Romancesemanis wajah yang digunakan untuk memiliki segala yang ingin dimilikinya. dia tidak betah untuk hidup susah. baginya seorang wanita perlu dibayar harga yang tinggi untuk dimiliki. sesiapa yang ingin memilikinya perlu membida harganya yang tinggi. m...