Sinar Aidil Fitri

4.5K 174 30
                                    

Mira memakai kurung fesyen berwarna pink lembut. Baju yang diambilnya minggu lalu. Dia terus memasang telekung yang juga berwarna pink senada dengan warna baju. Tahun ini minat pink pula. Gembira benar hatinya dapat beraya di kampung. Apatah lagi puasanya genap 29 hari.

"Mira, Mukhriz dah datang ni", kak Maz memanggil Mira.

Mukhriz kelihatan segak dengan baju melayu yang berwarna senada dengan baju Mira, menyerlahkan kekacakan Mukhriz.

"Wah, segaknya you sayang", puji Mira melihat Mukhriz yang sedang duduk di meja makan.

"You pun apa kurangnya. Ayu pulak you pakai pink Mira", balas Mukhriz.

"Betul tu Mukhriz. Macam hilang sifat singa betinanya", celah kak Maz.

"Bila pulak singa betina pakai pink?", Marlia pula menyakat Mira.

"Sudahlah kamu nak menyakat Mira. Cepat minum nanti terlambat pulak ke masjid", Mak ngah menyampuk.

Mereka berlima ke masjid menggunakan kereta Mira. Usai solat sunat mereka terus ke tanah perkuburan. Sayu sungguh hati Mira mengenangkan arwah kedua ibu bapa dan nenek serta datuknya.

Azmi dan mak long juga menziarah tanah perkuburan yang sama. Ahh, semestinya sama. Mak long dan ibu kan adik beradik.

Mira menghulurkan tangannya kepada mak long.

"Aku ingat kau dah lupa jalan balik", kata Mak long. Mulutnya masih berbisa seperti dulu. Mira hanya senyum. mencium tangan wanita tua yang menghampiri 60 tahun usianya itu.

"Kak, maaf zahir batin. Sempena hari raya ni kak maafkan lah salah Mira dan mak dia kak. Arwah pun dah bertahun meninggal masih jugak dendam kakak?", Mak ngah bersuara menghulur tangannya kepada kakak tunggalnya itu. Wajah mak long berubah riaknya.

"Tak payah kau nak nasihatkan aku angah. kau tu adik aku. Salah ke aku bertanya dengan Mira. Azmi, jom balik. Kalau kau nak bersalam kemaafan di pagi raya ni di rumah tempatnya bukan di tepi kubur ni", Mak long terus berlalu.

Mazni, Lan dan Marlia turut menghulur salam dengan mak long tapi tidak bersambut. Ahh, kan dah kata tadi nak bersalam pergi ke rumah. Hanya aku yang bersalam dengan dia ditepi kubur. Bisik hati Mira.

Mukhriz hanya mendiamkan diri. Melihat temasya keluarga di tepi kubur itu. Setelah menghabiskan bacaan yassin menyirami kubur dengan air dan menabur bunga mereka terus ke rumah pak su.

Pak su sentiasa mesra dengannya. senyuman pak su sentiasa menyejukan hati Mira. Mila? Mila kelihatan mesra dengannya. Yalah tanpa dendam. Melepaskan Azmi menambah sedikit madu dalam hubungannya dengan Mila. Dulu dia dan Mila berkawan sehingga lah bila mereka menjejak kaki ke tahun 6 semuanya berantakan gara-gara layanan Azmi terhadap mereka yang ketara berbeza.

"Mukhriz, Mira, apa perancangan kamu lepas ni? jangan lama sangat menunggu majlis kamu berdua ni. Tak elok perkara baik di tangguh lama", kata pak su. Mira hanya senyum.

"Pasal tu saya nak bawa Mira jumpa keluarga saya hari raya kelima nanti pak su. Dalam dua minggu lagi keluarga saya akan datang meminang Mira. Terus tetapkan tarikh perkahwinan kami. In shaa Allah", Mukhriz menjawab tenang.

"Terima kasih Mukhriz menerima Mira dan harap Mukhriz dapat membimbing Mira ke jalan yang di redhai Allah", ujar mak ngah pula.

"Lan dengar tu. Makan nasi minyak Mira lah kita tak lama lagi. beruntungnya Mira. Lia ni bilalah nak merasa", kata Marlia.

"Kamu tak payah nak gatal dulu Marlia, menanak nasi pun tak reti ada hati nak kahwin", jawab mak ngah wajah Marlia muncung menjemput tawa mereka semeja.

Mereka menjamu selera dengan juadah di atas meja.

"Mira, aku buat kek ni tahun ni. Kau kan suka kek ni", hulur Mila. Mira menyambut. menjemput kek Cantik Manis itu.

"Rajin juga kau buat kek Cantik Manis ni Mila. Awal la kau cuti raya tahun ni?", Mira cuba memaniskan dirinya dengan Mila.

"Memang aku selalu ambil cuti awal. Aku tau kau mesti malas nak buat kuih ni, tapi kau suka makan kan?", kata Mila. Hakikatnya dia senang hati bila Mira memilih Mukhriz mengosongkan saingannya merebut Azmi dan tiada punca lagi untuk dia membenci Mira.

Mira hanya mengangguk dan memakan kek itu. Cantik manis sebiji kuih berperisa coklat dengan kuih lain timbul di permukaannya. Kek yang berwarna merah kuning hijau yang telah siap masak di kukus dengan adunan perisa coklat. Kalau dah biasa beraya di Sarawak tahu lah kek yang wajib ada. Terutamanya kek buah perayaan, kek hati pari, kek dangdut,kek lumut, kek nestum, Saddam husain pun boleh jadi kek begitu juga dengan kain sampin Tun Razak (Sabok Tun Razak). Air wajibnya mestilah air menet (minuman bergas).

*************************

Terasa penat bila pulang ke rumah mak ngah tengah hari raya itu. Selepas Zohor Mira melelap mata seketika.

"Mira, bangunlah", Marlia membangunkannya.

"Mira, pak Mat datang Mira", kata Marlia lagi. Terpisat-pisat Mira membuka mata.

"Mar, kacau lah", Mira masih mamai.

"Cepatlah. lepas ni drama menunggu kau", ujar Marlia lagi.

"Drama apa? aku ni heroin ke pelakon pembantu je?", kata Mira terus bangun dari katil terus ke bilik air. Bilik kak Maz memang istimewa dilengkapi bilik air. Memang impian dia bila dapat kerja dulu gaji pertama dia nak buat bilik air dalam bilik tidur. Lebih mudah.

Kelihatan pak Mat dan Mak Cik Milly senyum menguntum di depannya.

"Patutlah hati pak raya tahun ni tergerak sangat nak ke rumah ni. Ada rupanya kau Mira. Maafkan pak tak membantu kau selama ni", kata pak Mat ketika bersalaman dengannya. Pak Mat abang kepada bapanya.

"Bukan salah pak pun. Saya yang tak nak ikut pak",Mira terharu. Kalau dia mengikut pak Mat dah tentu dia tidak akan menemui Mukhriz dan paling dia sesali hidupnya tidak akan menanggung beban dosa. Mira menyeka air matanya. Mak Cik Milly memeluknya. Kak Emma juga merangkulnya. Sepupu sebelah ayah yang paling rapat dengannya.

Mereka berbicara tentang kehidupan Mira. Sememangnya mereka tidak menyentuh tentang ke mana Mira menghilang selama ini. Pak Mat merupakan walinya dan dia wajib membicarakan soal perkahwinannya dengan Mukhriz. Mira berjanji akan memperkenalkan Mukhriz kepada Pak Mat dan Mak Cik Milly sebelum kedua-dua suami isteri itu pulang. Sempat juga kak Emma berbisik untuk menghantar gambar Mukhriz melalui pesanan whats up kelak.

-----------------------
-untuk semua pembaca Mira Edora.. terima kasih kerana setia menunggu.

@LaraLove93 terima kasih kerana mengingatkan saya untuk update.

Selamat Malam Cinta.. nak mimpi Mukhriz malam ni.. nite..

Mira EdoraWhere stories live. Discover now