Sinarmu

4.7K 174 19
                                    

Mira mandi sekali lagi sebelum menukar pakaian. Dia memakai tshirt dan jeans sahaja.

"Mira nak ke mana?", tanya mak ngah.

"Mira nak ke pasar mak ngah. India street lama dah Mira tak ke sana", jawab Mira.

"Buat apa? Mira kan masih tak sihat. Bersesak-sesak di sana nanti Mira pengsan", ujar Mak ngah.

"Tak da lah nyawa Mira serapuh itu mak ngah. Mira pergi kejap saja. Mak ngah ada pesan ke?", tanya Mira kepada Mak ngah.

"Tak da apa lah Mira. Balik awal. Ajak Mukhriz buka puasa dengan kita. Ya?", pelawa mak ngah.

Mira angguk. kedengaran suara Mukhriz memberi salam di depan.

"Mira pergi dulu Mak ngah", kata Mira.

"Hati-hati Mira, sana banyak penyeluk saku", pesan mak ngah.

Mira melangkah ke muka pintu menyarung alas kaki dan terus ke kereta. Mukhriz hanya mengiringinya.

"Ok, permaisuri kita nak ke mana?", tanya Mukhriz mula memandu keluar dari perkarangan rumah mak ngah.

"ke India street", jawabku pendek.

"Buat apa di sana?", tanya Mukhriz.

"Menghitung orang lalu lalang. buat survey", kataku.

"You nak buka business ke kat sana?", tanya Mukhriz.

"You ni buat-buat bendul. kan i kata nak shoping. i nak beli barang lah", kata Mira.

"You pandai ke beli barang kat tempat macam tu. Kat KL i tak pernah pun tengok you pergi Petaling street ke Chow kit ke. Pasar malam pun tak pernah?", tanyanya.

"You ni Mukhriz.I rasa nak cekik aje. Itu KL Mukhriz. you juga yang selalu kata jangan pergi nanti kena colek. nanti kena raba. nanti kena rompak. nanti kena curi. You buat i jadi takut disana Mukhriz.Sini tempat i, i tahu selok belok lorong di Kuching ni.Mana yang terang mana yang gelap. Mana lorong tikus mana lorong anjing mana lorong kucing", kataku.

" Sorry Mira, i tak tau pulak you ambil serius kata i", katanya dengan wajah menyedihkan.

"Tak apa lah Mukhriz. You tak tau macam mana rasanya di paksa bekerja jadi pelayan night club. you tak tahu rasa di raba orang yang you tak kenal. I rasa Mukhriz sebab tu i takut perkara tu jadi balik", kataku sebak.

"I minta maaf Mira. I tak bermaksud nak takutkan you. Sorry ok?", pintanya aku hanya mengangguk.

Singgah Petronas tu jap. i nak ambil cash dulu", kataku.

"Ishh, pakai kad tak boleh ke Mira?", tanyanya.

"Kalau boleh i tak bodoh nak ajak singgah lah Mukhriz. Mana ada orang beli belah di India Street pakai kad, you pergi chow kit pakai kad ke?", Mira memulangkan kembali soalannya.

"I tak pernah pergi sayang", jawabnya mudah.

Mira terus keluar ke kedai Mesra itu. Malas layan. getus hati Mira.

"Dah ke?", tanya Mukhriz melihat Mira masuk dalam kereta. perjalanan di teruskan.

"Pakai lane kiri biey. terus lurus je", Mira memberi panduan arah. Mukhriz hanya mengikut.

"Penuhnya. Jam lah", keluh Mira.

"Tulah you sibuk nak ke sini. You nak beli apa Mira?", tanya Mukhriz.

"Drive aje la biey. you fokus nanti terlepas parking i marah", Mira mengugut.

Dapat juga bertemu parking yang dikehendaki. Mira terus ke lebuh India. Ke kedai kain.

"Tahun ni i raya dengan you Mukhriz. i nak buat baju sedondon", bisik Mira.Mukhriz senyum. Dia tidak sangka sejauh itu Mira berfikir bersamanya.
"dik, akak nak wana hijau tua ni 4 meter dan 4 meter. Pink lembut tu 4 meter dan 4 meter ya, pink terang tu semeter dan hijau muda tu semeter", kata Mira kepada jurujual.

Setelah membayar harga kain. Mereka keluar menuju ke kereta.

"Kita ke wisma hopoh. Harap dia orang masih terima tempahan. Kalau tak terpaksa ke Stutong", kata Mira.

"Kalau tak da kita pesan online ya sayang", kata Mukhriz memujuk.

"I nak yang ni. I tak peduli. I tak nak online. kalau i nak yang online i dah beli", kata Mira.

Datang jugak ke destinasi kedua Wisma Hopoh. Terus ke tingkat dua. Formula One untuk baju melayu Mukhriz setelah memberitahu bagaimana rupa baju yang diinginkannya dan membayar deposit Mira dan Mukhriz terus berlalu.

"Mukhriz, you rasa cantik tak kalau i pakai tudung?", tanya Mira memegang sehelai selendang dan membalutnya ke kepala.

"Cantik Mira. You sentiasa cantik di mata i. Kalau you nak pakai tudung pakailah. lagipun tak lama lagi you jadi isteri i", katanya.

"Dik, akak nak ni. Akak nak ni, ini", Mira mula menunjuk warna yang akan dipakainya.

Mukhriz hanya memerhati Mira memilih. Betul ke dia nak pakai tudung. Fikirnya. Kadang-kadang Mira ni penuh kejutan dan menakutkan. Mencintai Mira bagai menyeluk kotak hitam yang mengandungi isi yang penuh kejutan.

Setelah selesai membayar harga tudung Mira dan Mukhriz berlalu ke kereta.

"Ke mana lagi permaisuri?", tanya Mukhriz.

"Pergi Satok. Singgah MuiMui hantar baju i", kataku.

Mukhriz hanya mengangguk.

Selepas menghantar kain di MuiMui fashion, Mira mengajak Mukhriz balik ke Eden Height. Sampau di rumah Mukhriz terus ke anjung belakang. Mira mengiringnya.

"Zohor dulu Mukhriz lepas tu kita balik", kata Mira.

"Mira, Sophie lapar lah Mira. makanan dia dah habis", kata Mukhriz.

"Bila you bawa Sophie balik sini?", tanya Mira kepada Mukhriz.

"Hari mak i halau i. I terus ambil Sophie. Lagipun buat apa nak tinggal Sophie sana you dan i sini. Sophie kan anak you. you tak rindu Sophie ke?", tanya Mukhriz menghulurkan Sophie ke arahnya.

"Rindu. Thank you bawa sophie balik", Mira memeluk Sophie dan menciumnya.

"Biey kemas sangkar Sophie. bawa dia balik ye", kata Mira.


-----------------------------------------------

☆ Untuk pembaca sorry slow update. Terima kasih kerana sudi menunggu dan membaca.

jangan lupa vote dan komen ya..("*(",)

Mira EdoraWhere stories live. Discover now