Dari jauh kelibat kak Maz melambai Mira. Di sisinya Azmi. Mira senyum. Bergerak laju menghampiri dua tubuh itu. Mira menghulur tangan bersalam dengan kak Maz mencium tangan wanita itu dan berpelukan seketika. Azmi hanya memerhati. Sekejap tangannya mengusap kepala Mira.
"Mira tetap adik abang", ujar Azmi. Mira senyum. Dia yakin Azmi ikhlas.
"Terima kasih. Faham Mira dan terima keputusan Mira", ucap Mira.
"Dahla jom gerak. Mak dah masak dirumah tunggu Mira balik tau", kata kak Maz.
"Masak apa tadi kak?", Mira bertanya.
"Adalah. Rahsia", sambung Azmi.
"Rahsia pulak,ketam ya?", Mira meneka.
"Sibuk. Diam je lah. Tunggu kat rumah", kata kak Maz.
**************
"Wahhh", sungguh dia terkesima.
Terubok panggang. Umai ikan pirang. obor-obor pun ada. paling penting udang galah masak merah. Midin belacan. Ulam pucuk paku. Sedap.
tanpa belengah, Mira mencedok nasi duduk menikmati makanan bersama-sama dengan mak ngah, Azmi dan kak Maz.
usai makan, mereka duduk diruang tengah. Sempat juga mak ngah bertanya bagaimana sambutan keluarga Mukhriz kepadanya.
"Mak ngah, In Shaa Allah minggu depan ibu Mukhriz akan datang merisik", kata Mira.
"Alhamdulillah Mira. Mak Ngah kena bagi tau Pak Su kamu Mira. Dia lebih berhak ke atas kamu. Mak ngah ni ikut sahaja mana yang baik Mira. Esok boleh lah kita ke rumah Pak Su kamu Mira", balas mak ngah sungguh hatinya lega persoalan tentang Mira dan Mukhriz terjawab jua.
"Tahniah Mira", ucap Azmi. Rasanya seperti duri melalui saluran pendengaran bagi diri Mira. Tempat itu bukan milik Mukhriz kalau takdir tidak membawa dia ke lembah maksiat.
"Mira, malam nanti kita lepak waterfront ya. lama kita tak lepak sama kan abang Azmi?", kak Maz memecahkan keheningan di meja makan.
"Boleh jugak. Mira lama tak ke sana menikmati malam di Kuching", Mira setuju. hatinya tidak sabar untuk ke sana.
"Mak ngah nak ikut?", Azmi bertanya.
"Tak larat lah mak nak berjalan bersama kamu. ke hulu ke hilir menengok buaya tembaga. Baik mak ngah buat ketupat pulut. Boleh juga buat sedekah esok di kedai", kata mak ngah. Mak ngah memang rajin memasak dan bersedekah. katanya dari dulu lagi amalnya untuk ibu bapa dan adiknya yang telah tiada. Ibu.
'Aku rindu ibu' Mira berbisik. Dia mula meminta diri berlalu ke bilik. Mandi menyegarkan tubuhnya. Berwudhuk. Merasai nikmat air mengenai kulit mendinginkan tubuh. Mira bersolat Asar. Menyembah dengan penuh rasa tawaduk pada pencipta.
Rindu. Hatinya rindu pada ibu pada ayah pada nenek. Mereka yang telah melimpahkan kasih sayang sepenuhnya kepadanya. Mereka yang melindunginya. Dia sedekahkan yassin pada mereka. Dan tidak lupa pada pak ngah. Sejahat-jahat lelaki itu dia berhak menerima kemaafan dan keampunan. Kalau bukan kerana pak ngah dia tidak mungkin bertemu lelaki yang mencintainya seperti Mukhriz.
sepanjang keberadaannya tadi dia tidak memberitahu Mukhriz bahawa dia telah sampai. Tentu Mukhriz risau. Risaukah Mukhriz? Dia mencari telefon bimbitnya. Tiada. Punat on off di tekan. Dia menunggu seminit dua. Hampa. Tiada. Tiada missed call mahupun sms dan whataps. Kenapa Mukhriz tidak bertanya tentangnya? Tidak risaukah Mukhriz?
Telefon pintar itu di tikamnya ke katil. Hatinya menjerit geram dan sakit. Wajah Mukhriz melepaskannya pergi dengan berat bermain di mata. 'ahhh, dasar lelaki', egonya bersuara.
Bagasinya di kemas. Dia ingin ke rumah pusaka. Di sana lebih tenang barangkali. Segera Mira berkemas.
"Kamu ke mana Mira?", Mak ngah bertanya. Terkejut melihat Mira mengheret bagasinya ke muka pintu.
"Rumah nenek, nak jenguk kejap. Mira duduk sana je lah mak ngah", balasnya.
"Susah kamu kat sana Mira. Tak da yang jaga makan minum kamu. Sini kan Mak ngah dengan Maz boleh tengok kamu. Kamu tak selesa ke duduk dengan mak ngah?", suara mak ngah kedengaran seperti merajuk.
"Tak lah mak ngah. Cuma Mira rindu rumah tu", alasan itu paling baik. lebih mudah dan menarik.
"kalau itu kata kamu pergilah. Nanti makan malam di sini. Jangan kamu sibuk bermasak pulak. Mak ngah dah masak buat membazir nanti", mak ngah mengalah. Rumah itu tempat Mira membesar. Banyak kenangan Mira dan ibunya. Sedikit sebanyak hatinya sayu mengenang Mira yang piatu.
Mira melangkah ke muka pintu. Memasuki perut caldinanya terus ke rumah pusakanya itu. Rumah yang meninggalkan seribu kemanisan dalam hidupnya juga rumah yang menjadi saksi dukanya. Pintu dikuak. Rindu. Baru sebentar dia tanpa Mukhriz dia mulai rindu. Apa yang Mukhriz buat di rumah ini? Hatinya tertanya-tanya.
Kelihatan buku-buku dan majalah tersusun rapi. Kemas. Di sudut kerusi malasnya. Mira duduk sebentar. Setiap kali dia berada di kerusi malas itu setiap kali dia akan teringat akan masa lalunya. Masa lalu. Masa yang sukar dimengerti. Kalut untuk di fahami. Tidak pernah dia terfikir akan terus bersama Mukhriz. Batu loncatannya. Ironinya dia tidak mampu berganjak dari batu loncatan. Kekal tergam disitu.
***********************
Lantunan suara penyanyi jalanan yang menyanyikan lagu gugurnya bunga cinta itu mengasyikkan Mira. Mereka bertiga duduk di bangku menghadap sungai sarawak sambil memerhatikan malam yang melabuh tirainya. Di sudut lain kanak-kanak riang bermain di lapangan luas berdekatan buaya tembaga. Arus sungai Sarawak pula tenang malam ini. Sungai yang memisahkan bandar dan kampung persisiran sungai Sarawak.
"Sedap ais krim gula apong nya Mira?", kak Maz bertanya.
"Ini legend kak Maz. Zaman sekolah dulu memang selalu makan ais krim ni tapi yang DP gula apong ni lagi sedap", Mira membalas. Aiskrim perisa vanila yang dicurahkan gula apong di atasnya dihias dengan kekacang atau pilihan lain nestum dan oreo. Bagi Mira semuanya harus disatukan.
"Abang dan kak Maz selalu ke sini?", Mira bertanya.
"Kadang kalau ada teman dari semenanjung", balas Azmi.
"Abang Mi jadi pemandu pelancong ke?", tanya Mira.
"Kadang bila ada cikgu datang dari semenanjung, Mira ada kawan dari Tanah Melayu?", klasiknya bila semenanjung Malaysia di gelar tanah Melayu.
"Ada tapi tak jugak", balas Mira.
"Tak akan masa Mira belajar Mira tak punya kawan?", Kak Maz bertanya.
"Ada. Tapi Mira tak berani nak rapat dengan sesiapa. Kadang-kadang kak, akrab dengan seseorang menyebabkan kita terikat", balasnya.
Ada benarnya kata Mira itu "Mira lebih matang sekarang", puji Azmi.
"Pengalaman buat Mira dewasa, jom jalan-jalan tak pun naik perahu tambang kejap boleh?", ajak Mira. Ini bukan masanya dia mengenang masa lalu.
----------------------------------------------
Thanks ya sudi baca sudi tunggu sudi vote sudi komen.... Terima kasih semua... lot of love and thanks
JMj
YOU ARE READING
Mira Edora
Romancesemanis wajah yang digunakan untuk memiliki segala yang ingin dimilikinya. dia tidak betah untuk hidup susah. baginya seorang wanita perlu dibayar harga yang tinggi untuk dimiliki. sesiapa yang ingin memilikinya perlu membida harganya yang tinggi. m...