Cincin emas bertatah sebentuk berlian sebesar titisan air mata disarungkan Tengku Maimunah ke jari manis Mira Edora. Mira Edora tunang pilihan Mukhriz.
Tengku Maimunah memeluk Mira erat. Ikhlas. Dia ikhlas menyukai dan sayang akan Mira. Tengku Maimunah tersenyum. Selesai. Sebulan dari tarikh pertunangan ini perkahwinan Mukhriz dan Mira akan berlangsung. Hatinya tenang bila mengenangkan mereka berdua akan berkahwin.
Selepas bergambar kenang-kenangan dan sanak saudara membawa diri masing-masing untuk pulang mereka duduk di anjung rumah. Tengku Maimunah sudah tidak merasa kekok untuk bergaul mesra dengan masyarakat kampung. Sungguh dia berasa teruja dan seronok. Usia banyak mematangkan pergaulannya. Mak Yam, tak payah cakaplah. Mak Yam benar-benar seronok dengan aktiviti berkumpul begini. Perkahwinan Mira dan Mukhriz akan diadakan di rumah pusaka. Penuh dengan istiadat Melayu Sarawak.
Mukhriz datang menghampiri bonda mengajak mereka balik ke Santubong Suites majlis pertunangan diadakan di rumah pusaka. Untuk melaksanakan adat rombongan pihak lelaki tinggal di Santubong Suites.
"Tak nak jumpa Mira ke?", Tengku Maimunah bertanya kepada Mukhriz.
"Mana Mira? Tak nampak pun dari tadi", Mukhriz bertanya.
"Dapur agaknya", Mak Yam membalas. Mukhriz berlalu ke dapur.
"Mana Mira Mak ngah?", sampai di dapur Mukhriz mencari Mira.
"Dalam bilik kot", cuba kamu pergi jenguk.
Mukhriz melangkah ke bilik utama. Mukhriz menjenguk. Kelihatan Mira sedang menyusun barang hantaran pertunangan mereka. Mukhriz berdehem. Mengejutkan Mira.
"Darling, you nampak cantik hari ni", Mukhriz memuji.
"Terima kasih, sayang", balas Mira. Terasa aneh bila berhadapan dengan Mukhriz. Suasana ini terasa ganjil. Di depannya bukan lagi lelaki yang menyimpannya tetapi tunangnya. Sukar untuk difahami. Terasa kelu dan kaku.
"Mira, boleh kita bercakap sebentar?", Mukhriz sendiri terasa kekok. Perasaannya seperti si teruna yang baru kenal hubungan antara lelaki dan perempuan. Berdebar, teruja dan gembira bercampur-baur.
"Masuklah. Duduk Mukhriz", pelawa Mira. Mukhriz terus mengambil tempat di depan Mira bersila.
"I rasa janggal, Mira. I rasa seolah-olah baru hari ini berkenalan dengan you", Mukhriz meluah perasaannya.
"I pun rasa pelik. Seolah-olah lima tahun lepas kita tak pernah kenal. Macam ini kali pertama i berkenalan dengan you dan kita bertunang", Mira senyum. Cuba membuang segala rasa janggal dia dan Mukhriz.
"Tengku Mukhriz", wajah Mukhriz direnungkanya. Mira mendekatkan dirinya kepada Mukhriz. Jari jemari Mukhriz diambil dan digenggamnya erat. Dia perlu meleburkan tembok ego antara dia dan Mukhriz.
"Pertama sekali i minta maaf atas sikap i yang mengada-ngada selama kita bersama sayang. Maafkan i berkelakuan kasar dan kadang biadap. Halalkan makan minum i dan pakaian i. Sayang, i minta maaf atas sikap dingin i", Mira telan liur. Mukhriz gamam. Tekedu menunggu Mira menghabiskan kata-katanya.
"Bie, terima kasih sebab tak pernah putus asa mencintai i. Terima kasih kerana sentiasa bersabar dengan kerenah i. I cuba untuk jadi yang terbaik buat you. Terima kasih kerana sentiasa faham jiwa i dan i maafkan you pasal anak i", selesai. Dia telah meluah apa yang terbuku dihatinya. Antara dia dan Mukhriz sekarang seharusnya aman tanpa prejudis.
Mukhriz merenung ke dalam anak mata Mira. Mencari sekelumit kekuatan untuk berkata-kata.
"Mira Edora, yang sentiasa bertakhta di hati i. Walaupun kadang-kadang you sengaja menyakitkan hati i terkadang you buat i marah, tapi you tetap yang terbaik untuk i. i sentiasa rindu dengan kenakalan you kebaikan you. I halalkan semua yang i beri Mira. I minta maaf rampas kehidupan you. I sentiasa takut kehilangan you Mira. Terima kasih kerana memilih i", ujar Mukhriz. Mira dirangkulnya erat. Betapa dia rindu gadis itu. Terbit rasa bersalah dalam dirinya. Pelukan segera dilepaskan.
"I minta maaf Mira. Boleh tak kita keluar?", rasanya tidak manis kalau mereka berdua dilihat berdua-duaan dalam bilik ini.
"Jom lah. Bila you jadi pemalu begini nampak lucu pulak", Mira gelak semahunya.
"Mira", Mukhriz geram. Jari jemarinya pantas mengeletek Mira. Gelak ketawa mereka berdua pecah.
"Mukhriz, Mira. Apa kamu berdua buat ni?", Tengku Maimunah menyergah. Mukhriz dan Mira terpinga-pinga.
"Jom balik. Kamu berdua ni macam budak-budak. Umur dah dekat 40 dah Mukhriz, perangai macam budak umur 19 tahun. Kamu tunggu di luar Mukhriz. Bonda nak cakap sikit dengan Mira", Tengku Maimunah bersuara keras. Mukhriz berlalu keluar.
"Bonda", Mira berdiri mendekati Tengku Maimunah.
Tengku Maimunah tersenyum. "Dah hilang rajuk kamu dengan Mukhriz?", tanyanya.
"Bonda, Mira tak merajuklah", Mira segera menafikan.
"Mira..Mira.. bonda dah telalu tua nak mengenal hubungan antara pasangan kekasih ni. Tak perlu nak sembunyikan sekilas pandang bonda dah tau apa masalah korang berdua", kata Tengku Maimunah air muka Mira dan Mukhriz terlalu mudah di teka.
Mira, Mukhriz anak bonda yang pertama. Mula-mula memiliki zuriat merupakan satu yang mengujakan hati bonda. Setelah Mukhriz membesar tujuh tahun kemudian hadir Izrail tumpuan terhadap anak-anak semakin kurang. Bonda lebih sibuk mengejar kemewahan. Anak-anak bonda hantar ke sekolah terbaik pastikan mereka berjaya. Dalam mendidik ada kekurangan. Ada kesilapan. Bagi bonda kesilapan mendidik Mukhriz bonda terlalu tegas. Bonda memaksa Mukhriz patuh. Bonda sedar silap bonda", terasa sebak bila mengakui kesilapan.
"Mira, yang berlaku antara Hani dan Mukhriz adalah kesilapan bonda. Tapi, apa yang berlaku antara Mira dan Mukhriz di masa akan datang adalah tanggungjawab Mira dan Mukhriz sendiri. Jagalah hubungan Mira dan Mukhriz sebaik mungkin. Masa depan yang cerah bukan hanya berasaskan masa lalu yang telah dilupakan tapi langkah mencorak yang betul dan menghârgai apa yang orang lain korbankan", panjang ucapan Tengku Maimunah bagai kata aluan untuk bakal menantu.
"Terima kasih bonda untuk ruang dan peluang. Mira akan berusaha membaiki diri Mira. Mira harap bonda tak keberatan memberi tunjuk nasihat buat Mira", Mira senyum. Erat jari jemari Tengku Maimunah digenggamnya. Tengku Maimunah sudah dia rasakan seperti ibunya sendiri. Dia berasa seronok berbual dengan Tengku Maimunah yang sering menasihatinya.
Pada Tengku Maimunah, Mira masih terlalu muda. Dia ketika berusia awal 25 tahun masih baru mengenal dunia. Masih hangat bercinta. Belum sedia untuk berkahwin. Dia berkahwin ketika berumur 28 tahun menghampiri 30 an sesuai dengan pusingan biologi perempuan yang mula memikirkan keseriusan. Kadang dia takut Mira sesal.
"Mira, bonda pulang ke suites dulu. Esok kita jumpa lagi. Malam ni Mira rehat ya", Tengku Maimunah meminta diri untuk berlalu. Mira bersalaman dengannya.
Semoga urusan Mira dan Mukhriz dapat dipermudahkan. Doanya di dalam hati.
-------------------------------------------------------------------------------------
terima kasih buat MeraldaRizSya, ZurahmyWilson, ChaSalleh, liyalejen, hakimhadif80, RudziahSamsudin, afiqmudzafa, nisajaafar, EtyKadir, MiraJapar, njhhmz, HajariahAlias dan semua yang vote serta mengikuti perkembangan Mira Edora. Terima Kasih ya. Tak lupa pada shazaellda lama tak nampak. Mana menghilang?
YOU ARE READING
Mira Edora
Romancesemanis wajah yang digunakan untuk memiliki segala yang ingin dimilikinya. dia tidak betah untuk hidup susah. baginya seorang wanita perlu dibayar harga yang tinggi untuk dimiliki. sesiapa yang ingin memilikinya perlu membida harganya yang tinggi. m...