Dunia kecil si rama-rama II

8.4K 196 13
                                    

Mira menjenguk proses pembaikan rumah pusakanya. Sebenarnya kerja pembaikan tidak sukar jika dia tidak meminta memuatkan tandas di bilik utama. sudahnya bukan menjadi kerja pembaikan ia lebih seperti membuat pembaharuan semula. bilik juga dia tambah kepada enam buah. fikirnya mungkin boleh di buat homestay memandangkan rumah ini terletak hanya satu kilometer dari pantai. apabila berada di balkoninya kita dapat merasa bayu laut bertiup lembut. balkoni bilik utama juga ditambah. Dia benar-benar inginkan keselesaan ketika berada di rumah itu kelak. hasil perbincangannya dengan kontraktor mungkin rumahnya dijangka siap pada awal ramadhan. Gembiranya berpuasa di kampung. walaupun dia tahu sesetengah masyarakat akan memandang serong padanya. dia tidak peduli akan semua itu.
Apa yang penting dia menikmati hidup yang ingin dia nikmati sekarang.Selepas menjenguk rumah pusaka Mira singgah ke rumah mak ngah.

Mak ngah apa khabar? sihat? ujarnya.

langkah kanan kamu Mira. Mak dah buat cucur udang yang kamu suka. jum makan di dapur. ujar mak ngah.

Jadi ke kamu berpuasa di sini Mira? tanya mak ngah.

Jadilah mak ngah saya tinggal di rumah nenek.

rumah tu Mak Long kamu dah jual dengan orang dari Kuala Lumpur. Tinggal aje dengan Mak Mira. lagipun Mak dan kakak kamu je di rumah ni. Marlia dan Lan raya baru balik orang sibuk masing-masing dengan kerja dan belajar.

Mak ngah, rumah pusaka tu milik Mira. Mira yang beli.

Mana kamu dapat duit sebanyak tu Mira. Apa yang kamu buat sebenarnya Mira? Mak ke yang berdosa Mira? mak ngah merintih. perasaan bersalahnya menebal semula. kerana dia Mira tersungkur ke lembah dosa.

Mira tunduk. bagaimana nak menjawab pertanyaan Mak ngah haruskah dia berbohong?

Mira berhutang dengan bank orang Mak Ngah.

Mak Ngah bukan bodoh Mira. Jangan sejukan hati Mak Ngah. Mak ngah dah biasa dengar cerita yang mengejutkan Mira. luahkan beban di hati kamu Mira. biar mak ngah tahu dosa mak ngah pada kamu Mira. mak ngah merayu pada kamu Mira jangan tipu Mak ngah.

mak ngah bukan senang menghitung masa lalu yang terlalu perit untuk di kenang. Mira tak pernah salahkan mak ngah yang bersalah hanya pak ngah dan ini memang takdir Mira mak ngah.

bunyi deringan telefon mengejutkan Mira. Mira menjawab panggilan itu siapa lagi kalau bukan datuk Mukhriz.Dia bergerak jauh dari mak ngah.

helo, i kat rumah mak ngah. nanti i call you balik. kalau i tak jawab you risau pulak. malam nanti you call i. ok.

talian di matikan rasanya dia tidak perlu berbicara panjang dengan datuk Mukhriz.

Mak ngah jangan risau dengan Mira lagi. kesilapan Mira bukan kesalahan mak ngah. mak ngah tak perlu tanggung segala perit Mira. Malah Mira bersyukur ada mak ngah yang sentiasa memayung Mira dalam apa jua keadaan. Pasal Pak Ngah pun Mira maafkan dia sebab Mira dapat banyak pengajaran dalam hidup Mira kerana dia. Mira reda Mak Ngah. kalau Mak ngah masih salahkan diri tentang apa yang terjadi pada Mira lebih baik Mira pergi terus dari hidup Mak ngah. Mira meluah perasaannya panjang lebar.

Mak Ngah masih rasa berdosa pada kamu Mira. Mak ngah berasa bersalah. Mak ngah yang rosakan masa depan kamu. Mak ngah rasa khianat dengan mak kamu. Mak ngah gagal hantar kamu ke universiti. suara Mak ngah masih berbaur kesal.
Mak Ngah Mira menunjukan telefon bimbitnya menunjukan gambarnya bertopi segi empat mengenggam segulung ijazah dan sejambak bunga dikepitnya.

Ini Mira setahun yang lepas. Mira dah dapat ijazah seperti yang mak ngah impikan. Mak ngah Mira tak pernah lupakan mak ngah. Mak ngah yang nak Mira masuk U kan..

Siapa yang tolong Mira.? Mak ngah nak sangat ucapkan terima kasih pada dia.

Mak Ngah tak payah biar cerita Mira, Mira simpan sendiri. dah lewat petang ni Mak ngah. Mira nak balik. Mak ngah jangan risau lagi pasal Mira ye.

Mira tak nak tunggu kak maz balik? cuba untuk menahannya.

tak payahlah mak ngah nanti kalau ada masa Mira datang jenguk mak ngah jumpa kak Maz sekali.

alah Maghrib lah dulu disini. tolong mak ngah masak. lepas tu kamu balik Mira.

Mira beralah. membantu mak ngah menyediakan segalanya di dapur.
masakan mak ngah mudah buah labu masak lemak cili api. ikan masin goreng. ulam raja dan linut. lamanya tak makan linut dengan sambal belacan mak ngah.. ujar Mira seronok.
kebetulan Mak Ngah masih simpan tepung sagu segar yang Lan bawa balik dari Mukah minggu lepas dapatlah kamu merasa Mira.

sedap bau.. suara kak Maz kedengaran. patutlah salam tak bersahut rupanya ini kerja mak dan Mira.tambahnya lagi.

ala kak Maz mandi lah boleh kita makan sama.

kak Maz mandi dulu dan Maghrib lepas ni kita makan ya. kamu pun mandilah pakai baju kak maz dulu.

Mira akur kerana badannya terasa lesu dia mandi dan memakai seluar pinjama dan baju t sahaja. nasib baik kerana dia sentiasa membawa pakaian dalam dan kelengkapan peribadi bersama. memang dia akan menyediakan pakaian dalam untuk ditukar terutama jika dia berda di luar untuk jangka masa yang lama. dia tidak suka badannya terasa melekit dan gatal.

usai makan dan mengemas dapur Mira meminta dirinya untuk pulang. Mira memandu berhati-hati ke kondonya. memandangkan jalan itu berliku dan curam.

kondonya bergelap apabila dia menguak pintu dia terkejut melihat seseorang. lantas tangannya menekan suis lampu.

Sayang! dia terkejut lembaga itu menegurnya. dia pucat seperti melihat hantu.

Mira EdoraWhere stories live. Discover now