kontraktor membaiki rumah sudah di temui. kontrak pembersihan juga sudah dia selesaikan. sudah seminggu pembaikan rumah bermula. Datuk Mukhriz menelefonnya setiap hari. Dia juga merasakan ada rindu bila berjauhan dari datuk Mukhriz tetapi akalnya menyangkal Mana mungkin dia mencintai datuk Mukhriz. Datuk Mukhriz juga mungkin tidak akan mencintainya seperti yang hatinya harapkan. Datuk Mukhriz hanya penyelamatnya sahaja. Jika difikirkan logik buat apa datuk Mukhriz menghambur duit melimpah ruah padanya jika Datuk Mukhriz tidak mencintainya. Sanggup menuruti semua kehendaknya dan hanya satu Datuk Mukhriz tidak akan dapat memberinya. Jika dia minta berkahwin dengannya. Dia sedar hakikat itu sebab itu dia tidak pernah meminta. kebelakangan ini cemburunya terhadap Datuk Mukhriz menjadi-jadi kerana cemburukan isteri datuk Mukhriz dia membawa dirinya ke sini. kembali ke tempat yang membawa seribu luka dihatinya. Mungkin esok dia akan menjenguk mak ngah lagi.dirinya terasa rindu dengan kasih mak ngah. selepas kematian mak akibat kanser mak ngah lah yang menjaganya. ayah meninggal lemas di laut ketika dia berumur 10 tahun. Emak yang menyara hidupnya dengan hasil jualan kuih. sehinggalah ketika dia berumur 17 tahun emak pula pergi menghadap ilahi. Mak ngah lah yang mengutipnya. menyekolahkannya dengan hasil kedai kopi nya dikampung. Namun kehadirannya tidak disukai oleh Pak Ngah. Dia sendiri tidak tahu mengapa orang tua itu tidak menyukainya. Dia menghadapi kerenah orang tua itu dengan tenang. Dia tidak pernah menceritakan sikap buruk pak Ngah terhadapnya kepada sesiapa. Sehinggalah abang Mi melihat apa yg terjadi di depan matanya. Sungguh dia tidak menyangka abang Mi memberitahu kak Maz dan Mak Ngah.
Deringan telefon bimbit menghentikan lamunannya. Panjang umur Datuk Mukhriz menelefonnya.Helo, sapanya.
Sayang, you tak balik ke? tanya Datuk Mukhriz.
i masih tunggu proses pembinaan rumah lama. Belum siap lagi.
kalau pasal tu i boleh suruh Sani uruskan. baliklah. i tak dapat ke Kuching. Sorry walaupun i dah janji nak ke sana kalau you tak balik. i masih ada urusan kat sini Mira.
i belum rasa nak balik. biarlah i kat sini. mybe i kat sini sampai raya. lagipun puasa ada tiga minggu lagi.
you masih marah dengan i Mira? atau you dah fikir nak tinggalkan i?
i tak kata i marah you nak tinggal you i masih jawab everyday call you datuk. perkataan datuk sengaja ditekankan agar Datuk Mukhriz tahu dia marah.
ok i minta maaf kalau urusan i dah selesai i ke kuching. bye.
Mira mematikan talian tanpa menjawab apa-apa dari Datuk Mukhriz. Hatinya sakit. Dah tentu Datuk Mukhriz sibuk dengan bininya. Cemburukah aku? bisik hatinya.
lebih baik aku pergi ke pantai dah lama tak memijak pasir pantai damai. ke Damai Central lah fikirnya.
***********
Mira menguis-nguis air dengan kakinya. Hatinya masih berteka-teki mengapa dia perlu lari dari Datuk Mukhriz. Sampai bila hidupnya terus bersalut noda dan dosa. Adakah hatinya telah berubah? Sudah tumpahkah sayangnya pada Datuk Mukhriz? dalam pertanyaan demi pertanyaan yang menerjah benaknya. sesorang meluru ke arahnya. Memeluknya dengan erat. pelukan yang dia rindu selama ini. bau yang dia rindukan. dia lemas seketika dalam pelukan lelaki itu. Mengingat semua janjinya. Mengingat semua kenangannya. Pelukan itu terlerai juga. Hanya mata yang berbicara. Di mata lelaki itu penuh pertanyaan penuh harapan dan pengertian.
Mira,abang rindu Mira, kata lelaki itu.
Mira membuang pandangannya ke laut. dia ingin lari tetapi jari jemarinya digengam kemas lelaki tersebut.
Abang Mi buat apa di sini? tanyanya.
Mira jangan cuba lari dari abang. Mana Mira selama ni? Mana janji Mira tunggu abang.
Mira senyum sinis. Mira tunggu abang dari abang masuk maktab dapat posting sampai abang sambung belajar. Mira rayu abang balik sebab Mira tahu sesuatu yang tak baik bakal jadi. itu kan hanya perasaan Mira. jadi abang anggap sahaja Mira memang lari.
Kalau Mira lari Mira mesti cari abang itu abang pasti. abang minta maaf Mira. Abang yang salah. Abang tangguhkan perkahwinan kita.
Abang anggap Mira dengan abang dah tak da jodoh. Mira bukan Mira yang abang kenal dulu.
Mira siapa pun Mira apa pun yang terjadi abang tetap terima Mira seadanya. Mira tetap yang sama di hati abang.
Ok, tengoklah nanti. Dah Mira nak balik. Nada suaranya bertukar. itu yang dipelajari sepanjang hidupnya bersama datuk Mukhriz. Dia boleh berbicara ikut sedapnya. Datuk Mukhriz tidak pernah menghampakannya. Walaupun kadang-kadang dia sedar Datuk Mukhriz boleh membuangnya bila-bila masa.
Dia menjadi sombong dan bongkak kerana limpahan harta pemberian Datuk Mukhriz.Azmi gamam seketika mendengar jawapan Mira. Suaranya tersekat. Jawapan dingin itu mungkin kerana kelukaannya.
Mira. Abang tak pernah putus asa dengan Mira.
Nantilah Mira tengok. Mira dah banyak faham sikap orang sepanjang perjalanan Mira abang. Ini Mira sekarang. Kalau abang nak Mira yang merengek dan manja dengan abang dia dah mati. Masa dia merayu pada abang untuk bawa dia ke Miri lagi. Abang jangan lupa peristiwa tu abang. kalau tak pasal abang Mira tak akan menunggu di rumah tu. kalau tak pasal abang Mak Ngah dah hantar Mira belajar. Abang yang sebenarnya banyak berhutang dengan Mira. Mira halalkan. Bye.
Mira berlalu pergi tanpa menoleh. Hatinya sakit. Sakit sekali seperti ditoreh. Azmi tidak tahu apa yang dilaluinya untuk keluar dari tangan bapa ayam itu. Nasib baik akalnya tidak pernah sangsi untuk mencari jalan keluar.
YOU ARE READING
Mira Edora
Romansasemanis wajah yang digunakan untuk memiliki segala yang ingin dimilikinya. dia tidak betah untuk hidup susah. baginya seorang wanita perlu dibayar harga yang tinggi untuk dimiliki. sesiapa yang ingin memilikinya perlu membida harganya yang tinggi. m...