Hak

5.6K 162 30
                                    

Kedua-duanya hanya diam menghadap makan malam. Izrail pula hanya menjadi pemerhati. Nasib baik bonda ada majlis ramah tamah bersama Yayasan Murni. Kalau tidak pasti bonda terpaksa menghadap kesuraman pasangan di depannya sekarang. Izrail hanya menikmati lauk-pauk yang di masak Mak Yam. Daging masak hitam itu makanan kegemarannya. Usai makan masing-masing melangkah ke bilik masing-masing.

Mira hanya melayan perasaannya. Membaca novel online melalui aplikasi wattpad. Tersenyum juga dia membaca watak si Singa ditonyoh dengan kain buruk. Walaupun hatinya gusar. Tajuk novel Jinaknya Singa Ni menarik perhatiannya pada malam itu. Menjadi hiburann hati yang lara. 'Mukhriz ni tak reti ke nak leraikan kesusahan hatiku?', akal dan hatinya bermonolog. Demamnya sudah kebah sedikit. Biarlah jika Mukhriz tidak ingin berbicara dengannya. Pedulikan itu semua. 'Aku perlu positif', bisiknya lagi.

Pintu biliknya tiba-tiba dikuak. Siapa lagi yang berani masuk tanpa mengetuk selain Mukhriz dengan wajah yang sukar untuk ditafsirkan apa mahunya.

"Mira, kenapa you cuai sangat?", Mukhriz menyergah. Sedangkan dia selalu ingatkan Mira dia tidak mahu mempunyai anak luar nikah. Tapi itu juga yang terjadi.

"You ingat i sahaja-sahaja ke nak bunting anak haram?", Mukhriz memancing kemarahannya nampaknya. Tiba-tiba sahaja Mukhriz menyerangnya. Hurmm, kacak juga Mukhriz tengah marah. Mungkin begini muka si singa Syafiq karya Zurahmy Wilson tu. Gila boleh pulak aku fikir novel dalam keadaan begini.

"Kalau tak sengaja macam mana boleh jadi?", Mukhriz kembali memulangkan persoalan kepada Mira.

"You jangan nak salahkan i Mukhriz. I lupa. You yang kejar i di Kuching. I tak ready. I tak tahu", Mira membidas. Dia ingat aku sedang bertepuk gembira ke mengandung sekarang. Geram.

"Jawapan mudah jawapan bodoh you tak tahu", Mukhriz membentak.

"Habis you nak salahkan i? salah i lah?", Mira mula meninggi suara. Terasa nak dihempuknya kepala Mukhriz dengan lampu meja.

"Memang you. I dah pesan i tak nak anak haram", Mukhriz membalas.

"Abang, Mira. Korang berdua kena rasuk setan ke?", suara Izrail menjengah.

"Terpekik terlolong malam-malam. Korang berdua tak malu ke?", Izrail masih mahu menyambung. Bukan dia mahu masuk campur urusan Mukhriz dan Mira tapi kalau dah bising sebegini belum berkahwin apatah lagi nanti. Tak hingin dia menghadap kakak ipar seperti Tengku Hani sekali lagi. Mira yang awalnya kelihatan sopan dan menawan berubah laku dalam sekelip mata.

Mereka berdua hanya tunduk memandang lantai. "Abang dan Mira nak Ril jadi orang tengah?", suara Izrail direndahkan.

"Apa masalah abang saya Mira? Dia ada buat sesuatu menyakiti awak? dia ada kata sesuatu yang awak tak senangi?", wajah Mira yang serba salah di renungnya mengharap jawapan. Mira hanya mengeleng.

"Kau tak payah masuk campur Ril", Mukhriz bersuara.

"Memang Ril tak nak masuk campur pun tapi memandangkan abang dan Mira dah memekak malam-malam macam ni memang elok Ril jadi orang tengah. Nasib baik bilik tamu ni depan bilik Ril. Kalau depan bilik bonda?", Izrail memandang wajah Mukhriz tajam.

"Apa masalahnya?", tanya Izrail sekali lagi.

"Jom kita berbincang di ruang tengah", ujar Mukhriz. Mereka bertiga terus berlalu ke ruang tengah.

"Abang akan jadi ayah, Ril", kata Mukhriz perlahan.

"Hani ke yang mengandung?", memang padan Mira marah kalau Hani mengandung. Fikirnya.

"Mira, Ril", Mukhriz menjawab pendek.

"Abang cakap apa ni? Abang dah kahwin ke dengan Mira tanpa pengetahuan kami?", Mukhriz geleng.

"Abang tak fikir ke sebelum buat sesuatu perkara?", Izrail memandang wajah Mukhriz.

"Berapa lama abang dah simpan Mira ni? Apa beza abang dengan Hani? Padan lah suami isteri curang. Memang padan korang bertemu", Izrail melepaskan geram.

"Mira, awak tak fikir ke awak salah satu penyumbang kepada keretakan rumah tangga orang?", Izrail menyerang Mira kali ini.

"Jangan kamu nak libatkan Mira pula, Ril", Mukhriz meninggi suara. Tidak suka bila Mira dipersalahkan antara dia dan Tengku Hani.

"Tadi bukan main abang jerit-jerit kat Mira bila Ril salahkan dia abang nak bela pulak", Izrail menyindir.

"Ril, dia bakal isteri abang. Memang abang patut marah Ril. Ini antara abang dengan Mira", kata Mukhriz. Mira hanya membatu. Mukhriz Mukhriz kan elok kau diam aje bisik hati Mira.

"Bakal isteri yang abang suka suka nak jerit sebab dia mengandung. Benih siapa? benih abang pulak. Pelik kan? Tu lah masa abang buat abang tak fikir. Apa yang susah kalau itu dah takdir abang dengan Mira. Korang kahwin je. Budak tu tak berdosa. Kalau abang tak suka.Ril boleh ambil budak tu jadi anak angkat Ril", Izrail berkata panjang lebar dan amat mudah. Seolah-olah itu bukan masalah yang berat baginya.

"Izrail, ini anak saya, tak akan saya nak bagi awak pulak? You Mukhriz. Kalau you tak suka budak dalam perut i ni, i peduli apa? i masih boleh hidupkan dia lagi", kali ini Mira bersuara tenang. Itu dirinya. Kadang-kadang bunyinya seperti sombong dan bongkak tapi hakikatnya dia boleh hidup tanpa sesiapa. Mukhriz bukan alasan untuk tidak bahagia.

"Mira, i bukan tak nak terima dia, i cuma tak sangka you cuai sampai jadi begini. Boleh tak you tolong faham? salah ke i luahkan kekecewaan i? I bukan tak nak anak Mira tapi, bukan dalam keadaan begini. Anak itu tak dapat hak apa-apa dari i Mira. I kecewa. Tolong faham Mira", luah Mukhriz.

"I lebih kecewa Mukhriz. Dalam keadaan begini i lebih perlukan sokongan you. Bukan luahan you. Ini baru you. Belum masyarakat lagi. Sepatutnya you sokong i. You dibelakang i", Mira meluah kehendaknya.

"I minta maaf Mira. Memang salah i, i tak pernah fikir akan jadi begini. Kita akan kahwin secepat mungkin", ujar Mukhriz. Mira berlalu. Malas sakit hati semuanya bercampur baur. Tahniahlah kepada Mukhriz berjaya memalukan dirinya.Bisik hatinya.

"Abang, kahwin cepat pun anak tu tetap anak haram. Bertaubatlah abang. Kalau ikut hukum abang patut di rejam sampai mati. Kesilapan abang ni besar sangat bang", kata Izrail menikam hulu jantung Mukhriz. Sungguh dia tidak sangka abangnya sanggup berbuat dosa. Sia-sia didikan agama yang ayahanda mereka tanam sejak kecil.

"Apa yang menghairankan kenapa abang tak fikir nama keluarga sebelum buat sesuatu? Kan elok kalau abang kahwin di sempadan Siam dari buat maksiat macam ni. Abang rosakan keturunan abang. Ril pening la dengan hidup abang", Izrail meninggalkan Mukhriz sendirian.

Mukhriz meraup wajah. Jauh disudut hatinya dia teruja menjadi ayah, tapi anak itu bukan haknya. Hakikat itu amat perit untuk dia telan dan hadam.

-----------------------------------------------

Sila marahkan Mukhriz. Terima kasih untuk semua pembaca Mira Edora.

Mira EdoraTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang