Mira abang ke rumah nenek malam ni ye. teman abang tengok cerita hantu. Ajak Maz sekali nanti kalau kita dua aje nenek bisinglah", ujar Azmi.
Kalau kak Maz tak nak?", tanya Mira.
ish, dia mesti nak lah. lusa abang dah balik maktab Mira. Nanti tak dapat jumpa Mira abang rindu", ucap Azmi.
Yelah", kata Mira pendek. Terpaksalah memujuk kak Maz menonton cerita hantu. Kalau aku ajak Mila dia nak lah tapi nanti dia makan hati tengok aku dan abang Mi.
Azmi menghantar Mira terus pulang ke rumah mak ngah. Risau mak ngah akan susah hati kalau Mira lewat dari sekolah.
Abang tak masuk dulu ke? pelawa Mira.
tak payahlah. malam nanti ya. kiss sikit", Azmi menunjukan pipinya.
eyhh.. tak nak la nanti mak ngah nampaklah. Mira masuk dulu", Mira berlalu. memandang motor Azmi yang berlalu dari halaman rumah Mak Ngah.
Nasib baik kak Maz dah pulang sekolah boleh terus ajak ke rumah nenek. selesai menghabiskan makan tengah hari di rumah mak ngah Mira akan pulang ke rumah nenek. Nenek selalunya sibuk ke kebun jadi sebelum pulang sekolah mak ngah akan menyuruhnya singgah untuk makan tengah hari. barulah membawa lauk pulang untuk dia dan nenek makan petang nanti. Mak ngah selalunya sudah ke gerai makannya di Medan selera. Pasti dia sibuk melayan guru-guru sekolah rendah makan tengah hari.
Kak malam ni akak tidur rumah nenek ya? Abang Mi ajak menonton cerita hantu lah. boleh ye kak?", pinta Mira.
Hurmmmm, ok. nanti cakap abang Mi akak nak upah beli baju baru.ya?",kak Maz meminta dengan wajah yang manja.
Mira angguk senyum.
seperti yang dijanjikan selepas Isyak Azmi tiba dirumah nenek. Nenek masih cergas walaupun sudah tua. Cuma kebelakangan ini nenek sering mengadu sakit dada. kami berbual seketika dengan nenek. Selepas itu nenek pun meminta diri untuk tidur.
Mereka bertiga mula mengambil tempat diruang menonton tv. Kak Maz menyediakan keropok lekor sebagai hidangan. Mira membancuh air milo untuk minuman.
apalah cerita ni bang tak seram langsung", kata Mira memberi komen. Tetapi ketika hantu itu keluar dari kaca tv Mira memaling muka ke dada Azmi. Jari jemari Azmi mengenggam erat jemari Mira. kelihatan kak Maz sudah mengantuk. Menuju ke dapur membawa pinggan kosong dan teko.
Azmi mengambil kesempatan. Mira ditarik ke dalam pangkuannya. Dagu Mira dipaut mesra.
Hadiah abang mana?", tanyanya.
Mira mendongak sedikit merapatkan bibirnya ke bibir Azmi. Mereka berkucup lama.
ehemmm..ehemm... sebab tu lah nenek tak benarkan kau bermalam di sini bang Mi", suara kak Maz mengejutkan Azmi dan Mira. Mira terkulat dalam pelukan Azmi. Azmi hanya sengih. Dia hanya nampak bodoh bersama Mira dengan orang lain dia bajet alim sangat maklumlah dulu pun dia lulusan sekolah agama.
Kak Maz menepuk-nepuk bantalnya.
Akak nak tidur Mira. Abang Mi goodnight. Assalammualaikum. Jangsn buat lebih-lebih dengan Mira. Maz tidur ayam aje", Mazlina memberikan amaran. Dia merebahkan dirinya dan memejamkan mata.
Mira tertidur dalam riba Azmi dan apabila Subuh kedengaran suara nenek bising membebel panjang melihat Mira tidur berbantalkan riba Azmi.
Azmi senyum seorang mengenangkan peristiwa tujuh tahun lalu betapa indahnya dunianya bersama Mira. Kalau nenek masih hidup dah tentu dia dan Mira sudah punya anak sekarang. Nenek meninggal sebulan sebelum dia tamat maktab. Mira terpaksa menumpang di rumah Mak Ngah. Pelbagai alasan yang diberikan Mak nya selaku mak long Mira untuk mengajak Mira tinggal bersama mereka. Tak manislah tak eloklah. Pak su pula takut Mira menjadi bahan buli Mak Su dan Mila. Jadi tempat yang paling selamat untuk Mira adalah dirumah Mak Ngah.
Rumah Mak Ngah memang syurga bagi Mira Mak Ngah tidak pernah berbelah bahagi menyayangi Mira tetapi Pak Ngah menjadikan rumah tersebut sebagai bukan tempat terbaik bagi Mira. Sungguh dia tahu Pak Ngah pernah cuba mengambil kesempatan ke atas Mira nasib baiklah dia ada di kampung ketika itu. Sebab itu dia mendesak Maknya meminang Mira tapi mak tak pernah pinang Mira.
Azmi,apa yang kau renungkan?", Hamdan menyapanya.
Abang, saya tak sengaja terpukul Mira tadi bang. saya runsing bang",ujarnya.
Mi, dengan perempuan macam Mira tu kau tak boleh nak berkasar dengan dia. Makin kau kasar makin dia lari. Kau tengok Mukhriz dia turutkan aje kehendak Mira walaupun macam lembu di cucuk hidung tapi bila dia keluarkan suara dia Mira dengar aje", kata Hamdan.
abang, saya tak boleh dengarlah nama Mukhriz sungguh sakit hati saya bang. Kenapalah dia boleh sukakan Mira jugak banyak-banyak perempuan kat Kuala Lumpur tu", Azmi terasa panas.
"tu semua dah tertulis Mi. Kau doa je lah moga jodoh kau dengan Mira ada. apa kata sebelum Mukhriz tu hantar rombongan baik kau hantar Mi. Lagipun korang kan saudara mara tak akan Pak Man nak tolak kau anak sedara sendiri", cadang Hamdan.
Azmi diam. Ya mungkin belum terlambat lagi. kepalanya dianggukan. Dah tiba masanya dia menanyakan kembali cincin yang dia tinggalkan untuk Mira sebelum dia berangkat menyambung pengajian sekali lagi dul dengan emaknya.
Dahlah Mi, abang nak tidur dulu", Hamdan meminta dirinya. Azmi hanya mengangguk.

ANDA SEDANG MEMBACA
Mira Edora
Romansasemanis wajah yang digunakan untuk memiliki segala yang ingin dimilikinya. dia tidak betah untuk hidup susah. baginya seorang wanita perlu dibayar harga yang tinggi untuk dimiliki. sesiapa yang ingin memilikinya perlu membida harganya yang tinggi. m...