"Cantik", puji kak Maz. Mira senyum. Pujian kak Maz pastinya ikhlas tiada kepentingan untuk kak Maz mengambil hatinya. Dia berpuas hati dengan gaun Cosry di Kuching itu. Yang penting dia ada gaun untuk majlis resepsi pada hari ahad. Baju nampaknya telah selesai. Dia tidak kisah sangat pasal baju sebenarnya. Asalkan selesa dan sesuai dengan imej berhijabnya.Usai memilih baju dia dan kak Maz menapak ke kedai printing pula. Kad jemputan yang ditempahnya minggu lepas perlu diambil. Mira dan Maz melangkah laju ke kedai Fotostat Satok itu. Sambil menunggu giliran kami duduk di kerusi depan kedai.
"Hai, Cinderella", sapanya. Dia terus duduk di depan Mira dan kak Maz tanpa di jemput. Tanpa salam.
"Hai", ucap Mira pendek.
"Senang hidup kau sekarang?", pertanyaan atau sindiran keluar dari mulut perempuan itu dia tidak pasti.
"Senanglah jugak berbanding dengan kau", Mira membalas.
"Mira, kau kena ingat betul-betul Mira, kau tak akan senang. Satu masa nanti ada Cinderella lain akan gantikan tempat kau. Kau bukan yang pertama yang Mukhriz sayang. Banyak lagi sebelum kita. Dia mudah jatuh cinta. Masa tu baru kau tahu, yang langit itu tinggi dan kita hanya mampu mendongaknya", kata Hani.
"Tengku Hani, rasanya ucapan sebegitu hanya sesuai untuk kau sahaja. Aku hairan, kalau kau tahu ada Cinderella lain yang akan datang dalam hidup Mukhriz kenapa kau perlu ikut aku sampai ke sini ya?", tanya Mira.
"Kau tunggu sahaja Mira. Aku tahu dan aku pasti. Aku ke sini atas urusan perniagaan. Tak ada masa aku nak mengekor perempuan kotor tak sedar diri macam kau", katanya jijik.
"Apa kurangnya kau? Seorang pembunuh macam kau yang gila talak memang layak mengakhiri hidup berseorangan. Kalau boleh aku nak kau ni mati seorang di rumah yang mana mayat kau hanya di temui seminggu kemudian berulat membusuk macam hati kau sekarang", Mira melepaskan geramnya. Sungguh Mira masih sakit hati dengan wanita dihadapannya. Tengku Hani mengetap bibir.
Kak Maz memberikan kad jemputan kepada Mira. Sekeping kad itu dimasukannya ke dalam sampul. Di hulurkan kepada Tengku Hani.
"Nah, jemputan kahwin duda kau, Hani", Mira bangun melangkah pergi. Mira senyum sinis.
"Mira, jangan layan sangat Hani tu", ujar kak Maz. Memujuk.
"Tak lah Mira nak kisah sangat dengan perempuan gila macam tu", balas Mira.
"Masa dengan akak ni kau kata tak kisahlah, nanti Mukhriz jadi mangsa kau lepas marah", kata kak Maz.
"Macam tau-tau je lah", kata Mira disambut dengan tawanya.
Mereka melangkah ke kereta. Usai membeli keperluan dapur. Mira dan Maz terus pulang.
***************************
Mak ngah menunggu ketibaan mereka di rumah dengan hidangan minum petang. Cucur bandung (ubi kayu) dan cucur kacang hijau menjadi pilihan. Mak ngah tidak pernah menunggu dengan tangan kosong. Kami duduk di pangkin bawah pokok mangga di perkarangan rumah mak ngah.Sedang enak menikmati hidangan petang. Kereta milik Azmi menghampiri perkarangan rumah. Azmi dan mak long keluar dari perut kereta menghampiri kami.
Mira menghulur tangan bersalaman dengan wanita tua yang di panggilnya mak long itu. Usai kak Maz bersalaman, dia terus ke dapur untuk mengambil cawan. Mira hanya melihat kerutan di wajah Mak long seperti kesusahan mengeluarkan kata-kata.
"Akak ni nampak macam ada hajat besar je", tanya Mak ngah.
Mak long menghela nafas berat dan lemah.
"Azmi nak kahwin", ucapnya pendek.
"Dengan siapa?", tanya mak ngah. menambah kerutan di wajah mak long.
"Huh, dengan Mila. Macam tak ada orang lain. Sepupu sepapat jugak yang dia pilih. Ingatkan bila dia ni dah tak da terbuka sikitlah mata dia nak cari calon lain. Balik ke situ juga. Entah lah apa penyakit dia ni, aku tak fahamlah", nadanya memang tidak suka. Sama ada Mila atau Mira bukan pilihannya.
"Bila? Akak nak saya merisik ke?", tanya mak ngah. Luahan mak long di biar tidak bersahut. Azmi hanya menunduk. Mira hanya menikmati cucur bandung. Kak Maz pula buat-buat tidak dengar.
"Memanglah itu tujuannya. Aku dah malas pikirkan perangai Azmi. kahwinlah mana-mana perempuan yang dia hendak. Kalau Mila, Mila lah. Dah jodoh dia. Tapi aku memang tak puas hati", luah Mak long tanpa pedulikan Mira, Azmi mahupun kak Maz.
"Mak, malam tadi mak kata tak kisahkan? Sudahlah mak", Azmi memujuk.
"Aku tengah bercakap ni Azmi. Kalau aku terima pilihan kau. kau kena dengar apa yang aku nak kata", Mak long nampaknya tidak dapat bertenang.
"Kalau kau pilih apa yang aku pilih mungkin aku akan diam", tambahnya lagi.
"Mak, Azmi memang tak sukakan Ratna lah mak", balas Azmi.
"Siapa Ratna?", Mira bertanya. Tertanya sebenarnya dia tidak sengaja.
"Kebetulan kau dah bertanya, Ratna yang aku nak jodohkan dengan Azmi anak kawan baik aku, Datuk Asnawi. Kalau tak pasal kau dah lama mereka kahwin dan kalau tak pasal mak kau dah lama aku bersama Asnawi. Dah jadi datin aku sekarang", tanpa malu dia berkata. Mira hanya ternganga.
"Kak, benda dah berlalu kak. Kenapa perlu sekarang akak ungkit? Akak dah bahagia kak. Abang Azman cinta akan akak sepenuhnya walaupun akak pilihan keluarga. Kenapa akak tak redha?", Mak ngah tidak mampu menahan kata-kata.
"Mak kita datang sini bukan nak membangkit kisah lalu mak. Kalau begini perangai mak, baik kita balik mak", kata Azmi.
Mira hanya diam. "Mira, Mazni boleh kamu berdua masuk ke dalam?", pinta mak ngah. Selagi wajah Mira masih dipandang kakaknya itu pasti perbincangan mereka tidak akan ke mana-mana. Apatah lagi kak longnya mengetahui yang Mira bakal bersuamikan tengku. Makin tak senang duduknya. Kalau tidak kerana emak kepada Mira memberi alasan masih menyambung ingin belajar dulu pasti kak long tidak berkahwin dengan bapa kepada Azmi. Itulah yang kak Long sakit hati sampai sekarang. Dia tidak ingin melihat Mira senang kerana ibu Mira tidak biarkan dia senang. Pelik perangainya.
Mira dan Mazni melangkah ke dalam rumah. Malas rasanya melayan kerenah mak long yang semakin meroyan. Mungkin gejala menopause barangkali. Ada baiknya dia menelefon Mukhriz bertanya tentang kedatangan Mukhriz kelak. Dia rindu Mukhriz walaupun baru seminggu Mukhriz hilang daripada pandangan matanya. Angin orang bertunang mungkin.
________________________________________________________
buat pembaca. Terima Kasih atas penantian anda.
YOU ARE READING
Mira Edora
Romancesemanis wajah yang digunakan untuk memiliki segala yang ingin dimilikinya. dia tidak betah untuk hidup susah. baginya seorang wanita perlu dibayar harga yang tinggi untuk dimiliki. sesiapa yang ingin memilikinya perlu membida harganya yang tinggi. m...