"Mira, kamu nak ke mana? Seperti yang bonda katakan tadi mudah benar kamu tinggalkan Mukhriz setelah kamu porak perandakan hidup dia?", katanya tegas berbaur sindiran tapi dia menghentikan langkah Mira untuk keluar dari pintu.
Wajah Tengku Maimunah di pandang Mira dengan perasaan keliru, resah dan runsing. Apa sebenarnya mahu wanita tua ini?
"Apa yang Tengku mahu hakikatnya? Saya tak akan biarkan Mukhriz memilih saya kerana Tengku lebih berhak", ujar Mira suaranya sedikit bergetar. Menahan sebak.
"Pergi naik atas Mira. Berehatlah. Bonda tak minta kamu tinggalkan Mukhriz untuk bonda", suara Tengku Maimunah mengendur.
"Apa maksud bonda?", Mukhriz bertanya.
"Mukhriz, bonda bukan ibu yang zalim menyeksa hati dan perasaan anaknya", Tengku Maimunah berkata dan terus menghampiri Mira.
"Rehatlah Mira. Bonda akan suruh mak Yam siapkan makanan berpantang untuk kamu. Jaga kesihatan kamu. Jangan tinggalkan Mukhriz. Bonda hanya ingin lihat sejauh mana keikhlasan kamu terhadap Mukhriz", ujar Tengku Maimunah menyentuh tangan Mira menunjukan ketulusan dalam kata-katanya.
"Terima kasih Tengku", ucap Mira. Dadanya terasa sebak. Wanita tua itu memahami hati Mukhriz dan dia. Apa yang indah wanita itu tidak menghinanya seperti yang mentalnya sediakan sebelum dia ke sini. Dia silap. Tengku Maimunah sebenarnya mulia. Bukan seorang wanita tua konservatif yang gemar menghukum.
"Bonda Mira. Bonda", Tengku Maimunah merangkul Mira dalam pelukannya. Mira menangis. Kepenatan dan kesedihannya sedikit sebanyak mula hilang.
"Jangan menangis Mira. Bonda tahu kamu penat dan lelah dengan semuanya. Semoga Allah kurniakan hidayah dan sinar untuk hidup kamu dan Mukhriz selepas ini Mira", kata-kata bonda menusuk ke tangkai hati Mira. Terasa bertuah mempunyai seorang tua yang memahami sebegini. Liku hidupnya dipermudahkan nampaknya.
"Terima kasih bonda", ucap Mukhriz. Mukhriz sendiri bagai kehilangan kata. Bondanya yang selalu difikirkannya keras dan tegas tiba berubah menjadi wanita yang lebih memahami.
Tengku Maimunah senyum. Kesilapan menjodohkan Mukhriz dan Hani memberi pengajaran kepadanya. Tidak bermakna dilahirkan dalam keluarga yang baik maka terdidik menjadi baik dan tidak bermakna manusia yang di kutip di lembah nanah dan dosa selamanya berbau hina.
Apa salahnya dia memberi peluang pada Mira Edora untuk membahagiakan Mukhriz? Sekalipun Mira pernah mengandungkan anak haram Mukhriz dia tetap menyayangi kandungannya berbanding dengan Tengku Hani yang langsung tidak ingin mempunyai zuriat bersama Mukhriz. Akalnya mula membandingkan. Tapi siapalah dia untuk memberi hukuman. Tengku Maimunah berlalu. Dia ingin kembali ke biliknya. Meneliti perancangannya untuk Mira dan Mukhriz.
Temasya di ruang tamu berakhir. Drama sebabak dengan juraian air mata berakhir dengan penyelesaian yang mungkin akan mencorak warna pelangi kebahagiaan.
Mukhriz membawa bagasi Mira kembali ke bilik tetamu. Mira perlu berehat. Risau juga hatinya kalau-kalau Mira meroyan. Bagaimana kalau Mira meroyan? mampukah dia nenghadapi kerenah Mira? Tidak mungkin perempuan sekuat Mira akan meroyan.
"Mira, you rehat dulu. Kejap lagi i bawakan you makanan", kata Mukhriz. Mira hanya mengangguk.
Mira bersendirian. merenung jauh ke luar. Perjalanan hidupnya yang sarat dengan tekanan. Mungkin ini yang terakhir dihadapinya. Betapa dia bersyukur Allah memanjangkan usianya. Memberi peluang dia untuk beramal kebajikan. Walaubagaimanapun, masa lalu yang kelam tidam mungkin dapat dia lupakan. Dirinya yang terpalit noda dan dosa merasa hina dan payah untuk kembali ke pangkal jalan. Begitulah hakikat sebagai manusia.
Bunyi pintu dikuak menghentikan lamunannya. Mukhriz hadir bersama membawa makanannya. Bubur ayam kelihatan menyelerakan, tapi seleranya mati.
"Makan Mira. I suapkan nak?", pujuk Mukhriz. Mukhriz sering kali menjadikan dia budak-budak yang sukakan kemanisan. Dia tidak perlukan semua itu sekarang.
YOU ARE READING
Mira Edora
Romantiksemanis wajah yang digunakan untuk memiliki segala yang ingin dimilikinya. dia tidak betah untuk hidup susah. baginya seorang wanita perlu dibayar harga yang tinggi untuk dimiliki. sesiapa yang ingin memilikinya perlu membida harganya yang tinggi. m...