Azmi memeluk erat Mira betapa dia rindu pada gadis itu. Mira hanya membiarkan. Hakikatnya dia juga rindu pada Azmi. Tapi api keegoannya masih membara. Hatinya masih sakit. Entah kenapa dia perlu menyalahkan Azmi.
Mira lupakan Datuk tu. kita bina hidup baru. Abang terima Mira seadanya. Asalkan Mira setia disisi abang.
Mira mendongak ke wajah Azmi. Mencari kesungguhan kata-kata lelaki itu.
Sungguh ke? Mira dah berkalih dari lelaki ke lelaki abang. Mukhriz ni lelaki ke berapa Mira pun tak tahu dah. tak akan abang masih nak perempuan macam Mira. Mira dah macam jalang. berpindah dari jantan ke jantan. abang nak ke sisa orang? bukan dulu abang jijik ke? abang tak jijik ke dengan Mira? Mira menempelaknya sinis.
Apa kau kata ni Mira? Selama ni kau melacur lah? Azmi terkejut suaranya meninggi mahukan kepastian tidak sangka Mira berkata begitu.
Ya memang aku pelacur beralih dari tangan ke tangan jantan lain. jadi apa masalahnya. kau tengok aku azmi aku gunakan semua semua yang aku ada untuk hidup. aku gunakan semua yang aku miliki. Aku dah jual aku. aku dah jual jugak cinta kau. Mira masih menyakiti hati Azmi dia mahu melihat sejauh mana keikhlasan lelaki itu.
paangg... sebuah tamparan hinggap di pipi Mira. Sakit. Terasa darah di tepi bibirnya. Mira terduduk di atas pasir itu. Dia masih boleh bertahan tidak sesekali dia biarkan jurai air matanya jatuh.
Azmi kaku tidak sedar akan perbuatannya. Mira seolah-olah bangga dengan perbuatannya hatinya benar-benar sakit.Tidak sedikitpun dia merasa berdosa berkata begitu.
Mukhriz mencari Mira berlari ke arah mereka melihatkan Mira terduduk di pasir dan Azmi berdiri di hadapannya. Mukhriz menghampiri Mira. Mengangkat wajah Mira. Lebam di pipi kanan. Azmi hanya membatu. Mukhriz terasa darahnya menyirap siapa lagi kalau bukan angkara Azmi fikirnya. Tanpa membuang masa tumbukan padunya hinggap ke muka Azmi. Mereka bergomol di atas pasir. Mira terpaksa meleraikan lagi pergaduhan kali ini. Sungguh dia tidak mampu apabila Mukhriz menolaknya ke tepi. Mira mencari abang Hamdan semoga dapat membantunya.
Abang Hamdan meleraikan pergaduhan antara mereka.
Eyhh.. sepanjang lima tahun aku hidup dengan Mira aku tak pernah tangankan dia. Jentik pun aku tak pernah. Kau baru jumpa dia kau dah berani naikkan tangan kau ke muka. kau memang kurang ajar Azmi. Jangan hampiri isteri aku lagi. Mukhriz menarik Mira berlalu pergi. Perkataan isteri sengaja dia tekankan kerana dia benar-benar nekad untuk mengambil Mira sebagai isterinya.
Azmi meraup wajah. kenapalah dia bodoh sangat dan tidak boleh bersabar dengan kata-kata Mira. Dengar kata Mukhriz tadi sepanjang lima tahun dia bersama Mira fikirnya. Mustahil Mira bersama lelaki lain kalau dia yang hanya menghampiri Mira sedikit sahaja Mukhriz sudah berangin tidak tentu pasal, apatah lagi kalau benar Mira beralih dari jantan ke jantan. Mira berbohong. Mira sengaja mengujinya. bodohnya. Sesalnya mengunung. Sungguh dia amat sesal. Dia kenal Mira lebih dulu dari Mukhriz tapi dia gagal untuk mengetahui dirinya diuji Mira. Apa yang patut dia lakukan? Pasti Mukhriz tidak akan pernah membiarkan dia menghampiri Mira lagi. Masih tertinggalkah bekas tangannya di pipi Mira? Sudah tentu Mukhriz mendapat kredit dalam keadaan ini dan dia? Ini tidak adil padanya. Dia tidak tahu apa yang terjadi sebenarnya.
*********************
Mira, i am sorry. lain kali i tak akan lepaskan you dari pandangan i. Mukhriz terasa bersalah. Pipi Mira disentuhnya. Bibir Mira sedikit luka.
tak pe. sikit je. cuma i dah lama tak kena pukul je. sebab tu rasa pelik sikit. Mira ketawa.
Bila you kena pukul? Siapa pukul you? Azmi ke? Mukhriz binggung tak kan penangan penampar Azmi buatkan perempuan di depannya mereng.
Mira ketawa. you ni. you tau tak i masa sekolah boleh tahan kaki gaduh. kalau setakat kena pelempang apalah sangat. i boleh lawan tiga orang tau sekaligus tapi perempuanlah.
itu lain lah. hish.. ganas jugak you ye. i nak tengoklah sekolah you Mira. Mukhriz meminta.
nantilah i bawa. esok kalau you tak penat atau lusa. ok.",dihatinya terdetik rindu dengan sekolahnya itu.
Mukhriz hanya mengangguk.
jom mandi air terjun. nak? tapi kena jungle treking dulu. nak tak nak?", cadang Mira.
tapi Mira i laparlah. Mukhriz membuat muka menagih simpati.
ok kita makan dulu. jom. Mira menarik tangan Mukhriz berlalu ke restoran di resort itu.
Setelah mengenyangkan perut mereka berehat-rehat di tepi pantai. Merenung ombak. Melepaskan kekalutan dalam fikiran yang sememangnya berserabut. Menrenung jauh ke tengah laut membuat hatinya tenang. Menenggelamkan kegelisahannya. Mira mendongak langit. Terasa kerdilnya dirinya. Betapa jauhnya dia tersasar dari pencipta. Dia ingin pulang. Adakah penciptaNya menerimanya kelak? Persoalan itu kekal di benaknya. Mukhriz mengajaknya kembali ke chalet memandangkan matahari beransur tenggelam.
YOU ARE READING
Mira Edora
Romancesemanis wajah yang digunakan untuk memiliki segala yang ingin dimilikinya. dia tidak betah untuk hidup susah. baginya seorang wanita perlu dibayar harga yang tinggi untuk dimiliki. sesiapa yang ingin memilikinya perlu membida harganya yang tinggi. m...