Badannya terasa lemah sekali. Amat lemah. Mira mengigil. Esok sudah bulan puasa. Kedengaran suara memberi salam di luar rumah. Siapa pula yang datang pagi-pagi ini? Mungkin Mukhriz tapi suara itu milik seorang perempuan bunyinya. Mira melangkah ke pintu perlahan-lahan.
Kak Maz dan abang Azmi tercegat di depan. Pandangan Mira mula kabur dan kelam.
Kak Maz dan Azmi panik. Azmi mencempung Mira Edora ke bilik utama. Kak Maz terus ke dapur. Memasak. Mungkin Mira lapar fikirnya.
Kak Maz menanak nasi bubur ayam untuk Mira. Manakala Azmi pula menemani Mira di biliknya.
Mira kelihatan lemah. Badannya terasa panas. Wajah Mira direnungnya indah. Sungguh dia rindu akan senyuman Mira dan kemanjaan Mira. Azmi mula mengusap kepala Mira dengan tuala basah.
"Apa abang Mi buat di sini?", tanya Mira.
"Abang jenguk Mira. Abang rindu Mira", Azmi berkata sayu.
"Abang, Mira tak layak untuk rindu abang itu. Abang simpanlah rindu abang untuk orang lain", balas Mira.
"Mira cinta abang pada Mira ikhlas. Mira, tolonglah fahami abang. Abang tahu Mira masih cintakan abang. kalau tak masakan Mira sanggup balik sini", Azmi membidas.
"Abang, beri Mira masa untuk berfikir. Jangan desak Mira untuk buat keputusan", Mira meminta simpati agar Azmi memahaminya.
"Mira kalau Datuk tu yang jadi masalah. Abang sanggup hadap dia Mira. Abang sanggup lakukan apa-apa aja asalkan dia tak ganggu hidup Mira", kata Azmi.
"Dia tak pernah berikan masalah pada Mira abang. Mira tahu dia baik", Mira membela Mukhriz.
"Baik apanya kalau dia angkut Mira ke hulu ke hilir. Mira jangan kata Mira tak pernah buat apa-apa dengan datuk tu", Azmi mula menuduh. Sungguh dia amat sakit hati apabila Mira memuji Datuk Mukhriz.
"Abang, apa yang berlaku salah Mira abang. Memang bukan salah dia. Mira yang rayu dia untuk hidup dalam kehidupan dia", Mira tetap membela Mukhriz.
"Mira, abang cintakan Mira. Abang tahu Mira juga masih sayangkan abang", Azmi menghampiri Mira menarik wajah Mira ke arah wajahnya.
Mira kaku seketika. Bibir mereka bertaut tapi Mira kaku. Ini bukan bibir yang dia rindu. bukan yang dia cari. Mira menolak. Azmi masih memaksanya. Mira meronta meminta dilepaskan. Azmi di tarik kasar dari Mira, tangannya yang masih memegang kepala Mira menyebabkan Mira jatuh dari katil. Kepalanya terhantuk di bucu meja. Darah pekat mengalir dari dahinya. Azmi dan Mukhriz berpandangan. Kak Maz yang membawa bubur terkejut besar.
"Cepat Mukhriz, Azmi bawa Mira ke hospital. Lukanya perlu dijahit", Kak Maz mengarah.
Mukhriz mencempung Mira ke kereta. Azmi memandu keretanya ke hospital. Kak Maz, cuba menyedarkan Mira. Mira masih pengsan. Setelah tiba di hospital luka di dahi Mira dijahit. Mira masih belum sedar. Badannya masih panas. Tapi keadaan sudah masih stabil hanya menunggu air yang dimasukan dalam badannya habis dia sudah boleh pulang.
"Azmi, Mukhriz Maz rasa baik korang balik dulu. Nanti Maz tunggu Mira sedar. satu lagi, tolong bincang hal kamu secara orang dewasa. Please, jangan susahkan Mira, Mira dah banyak menderita", cadang Mazni.
Azmi dan Mukhriz hanya mengangguk. Mereka berdua berlalu.
******************************
"Azmi, aku dah serahkan semua keputusan kepada Mira sejak minggu lalu. Kalau kau pilihan Mira aku terima dengan reda", Mukhriz memulakan bicara.
"Aku tak akan paksa Mira untuk hidup dengan aku. Aku tak akan paksa Mira untuk terima aku, aku gembira jika Mira bahagia walaupun disisi kau", tambah Mukhriz.
"Aku pasti Mira akan kembali kepada aku, aku cinta pertama dia", Azmi berkata yakin.
"Mira belum buat keputusannya lagi. Biarlah Mira berfikir dengan tenang. Aku tak nak tengok Mira sakit", kata Mukhriz.
"Aku akan jaga Mira dengan baik. kau jangan risau", kata Azmi.
Mukhriz hanya mengangguk. Sungguh punggungnya terasa panas menumpang Mukhriz. Akhirnya mereka tiba juga di rumah pusaka itu. Azmi terus berlalu pergi.
Mukhriz masuk ke dalam rumah menutup tingkap. Mukhriz pergi ke bilik utama. Dia membuka almari pakaian milik Mira, hanya beberapa helai baju. Dia melihat bagasi yang berada di sudut almari baju itu dan membukanya.
Pakaian Mira, dia ambil gaun panjang pakaian dalam di masukan dalam beg kotak. Ada dua tiga helai baju lelaki bajunya, jeansnya. Mengapa Mira perlu bawa semua ini? Mukhriz mengeluarkan pakaiannya. Dia mandi. usai mengerjakan solat Maghrib dia ke hospital.
Mira sudah sedar. Dari jauh dia lihat senyuman Mira.
"Nah, baju you tukarlah. busuk you Mira", gurau Mukhriz.
kak Maz gelak."You dah rasa ok", tanyanya.
"Dah turun suhunya Mukhriz, dah boleh balik lah, lagipun esok puasa, tak akan kita malam ni nak sahur sini?", kata kak Maz.
"Mira salin baju dulu", Mira berlalu ke tandas.
"Macam mana perbincangan dengan Azmi tadi?", tanya Mazni.
"Ok, saya dah cakap saya dah lepaskan Mira pada dia. Harap dia boleh cool down sikit", kata Mukhriz.
"Awak tak kisah kalau Mira pilih Mukhriz?", tanya Mazni.
"Tak kisah Mazni, asalkan Mira bahagia. itu yang penting", jawab Mukhriz.
"Jom, balik. Surat discharge dah da ke kak?", tanyaku.
tiba-tiba pintu dikuak.
"Mira dah sedar? kenapa Maz tak call abang? bila boleh discharge?", Azmi terus bertanya pelbagai soalan bertalu-talu.
"Mira nak pergi discharge ni", jawab Mira.
"Marilah abang temankan", Azmi terus memimpin Mira berjalan.
Mazni dan Mukhriz hanya mengiringi dari belakang.
Setelah selesai segala urusan di kaunter. Mereka pulang. Azmi hanya mengharap Mira akan terus bersamanya.
"Kak Maz dengan abang Mi baliklah. Saya dengan Mukhriz terus ke rumah kak Maz. Saya ada benda nak cakap dengan Mukhriz penting", kata Mira.
"Mira, tak boleh ke bincang lain kali? Mira masih belum sihat, biar abang hantar Mira balik", Azmi menghalang.
"Mukhriz tetap balik sama perjalanan dengan kita. abang jangan risau. abang boleh ikut kereta kita orang dari belakang", terang Mira.
"Habis Mukhriz tidur di mana?", tanya nya.
"Mukhriz tidur di rumah pusaka. Itu rumah Mukhriz dia yang belikan", balas Mira.
Azmi diam. Mira dan Mukhriz menuju kereta.
--------------------------------
*sorry lambat update. saya tengah cuba untuk siapkan kau yang pertama
nak jadikan yang pertama untuk bacaan.please vote n komen ya.. ;)
![](https://img.wattpad.com/cover/41962637-288-k931587.jpg)
YOU ARE READING
Mira Edora
Romancesemanis wajah yang digunakan untuk memiliki segala yang ingin dimilikinya. dia tidak betah untuk hidup susah. baginya seorang wanita perlu dibayar harga yang tinggi untuk dimiliki. sesiapa yang ingin memilikinya perlu membida harganya yang tinggi. m...