penat selepas mengadakan majlis rumah terbuka dia dan Mira masih terasa. Apatah lagi Mira mengadakan rumah terbuka di kediamannya. Kawan-kawan Mira yang bertandang seperti majlis reunion pula. Tidak putus-putus. Sehingga tengah malam dia dan Mira masih sibuk melayani tetamu. Kalau tidak kerana Mira bertemu dengan Lara dan Tania di bazar ramadhan mungkin rakan-rakannya tidak akan datang seramai itu.
Mira masih sibuk di dapur mengemas segala pinggan mangkuk yang digunakan kelmarin.
Marlia kelihatan tekun menyental kerak nasi di dalam periuk. Masakan Mira kelmarin memang menyelerakan nasi kismis dan ayam masak merah, udang butter, rendang daging dan sotong masak paprik. Dia sendiri berkali-kali makan. Menu lain pula ialah bihun belacan. Baru dia rasakan mi belacan itu untuk pertama kalinya yang dihidangkan dengan kangkong dan sotong kembang serta taburan kacang sebagai hiasan.Esok mereka akan berangkat ke semenanjung.
Oleh sebab itu, rumah ini perlu dikemas dan dibersihkan. Petang nanti dia dan Mira cuma ingin bersantai sahaja. Mindanya perlu ditenangkan sebelum berhadapan dengan Hani dan bonda. Bayangan perang dunia bakal meletus sudah tergambar di depan matanya. Apa yang penting bonda perlu menerima Mira. Tapi bagaimana? Perlukah dia meminta bantuan Izrail?"Mukhriz, jauh you termenung?", tanya Mira. Mematikan semua buah fikiran Mukhriz.
"Mira, you dah pack barang untuk esok?", tanya Mukhriz.
"Belum. Malam nantilah. I nak ajak you tengok hero i. Jom?", ajak Mira terus ke ruang menonton tv dan dvd.
Marlia sudah sibuk memasukan cakera padat ke dalam pemain dvd itu.
"Hero you yang mana ni Mira? Hero muda you ke hero tua?", tanya Mukhriz inginkan kepastian.
"Pirates of Caribean. Hero muda lah ni ya. Orlando Bloom", Mukhriz sendiri menjawab bila melihat kapal lanun muncul di skrin LED itu. Mira hanya senyum.
"I lagi kacak dari si Bloom tu tau", tidak puas hati Mira tidak menyahutnya.
"I tau lah. Sebab tu i di sini tak disisi Orlando Bloom tu", Mukhriz senyum puas hati bukan selalu mendengar Mira memujinya.
Mereka bertiga menghayati cerita itu hingga petang. Selepas Asar Mira dan Marlia kembali ke rumah mak long.
***************************
Debaran di hatinya semakin kuat bila menghampiri kediaman keluarga Mukhriz. Bagaimana penerimaan ibu Mukhriz yang suaranya menakutkan? Risau gentar semua beraja di hatinya. Apatah lagi bila dia lihat kediaman Mukhriz yang tersergam indah di atas bukit itu. Di kiri kanannya dipenuhi kebun getah. Kediaman seperti estate Inggeris itu memukaunya seketika.
Banglo ala inggeris itu kelihatan sunyi. Mukhriz menunggu pintu besar itu di buka.
"Selamat datang Tengku", ucap seorang pembantu rumah yang membuka pintu. Mira kehairanan. Tengku?
"Suyanti tolong kemaskan bilik tetamu untuk cik Mira ya", kata Mukhriz wanita yang berusia akhir 30an itu mengangguk dan terus berlalu.
"Mukhriz, baik you terangkan pasal Tengku tadi", wajah Mukhriz direnungnya.
"Nantilah. Mari i kenalkan dengan bonda i, Tengku Maimunah", melopong Mira mendengar nama Tengku Maimunah patutlah sombong je bunyinya berdarah bangsawan. Entah macam mana dia buat aku lepas ni. Bisik Mira di dalam hati. Sebagai manusia memang tidak akan lepas dari bisikan buruk walaupun akal berusaha menangkisnya.
pintu bilik utama itu dikuak. Hiasan dalam bilik itu klasik Inggeris. Seorang wanita berumur lingkungan akhir 50 an sedang duduk menghadap laptop. Sibuk menekan-nekan pad kekunci.
"Assalammualaikum bonda", Mukhriz memeluk wanita itu. Wanita itu membalas mesra pelukan Mukhriz. Mira kaku. Masih berdiri melihat sesi peluk memeluk itu. Terasa bersalah pula kerana mengajak Mukhriz beraya bersamanya. Dia biarkan dua beranak itu melepas rindu. Perlahan-lahan Mukhriz melepaskan pelukan bondanya. Pandangannya di alihkan kepada Mira.
"Mira Edora bonda. Mira ini mak i. Tengku Maimunah", Mira segera menghulur tangannya dan mencium tangan Tengku Maimunah.
"Apa khabar Tengku?", kata Mira. Ya dia harus sedar mungkin wanita itu tidak menerimanya dia sudah bersedia.
"Panggil bonda Mira. Maafkan bonda kerana kekasaran bonda yang lalu", Tengku Maimunah mengukir senyuman. Mukhriz hairan di dalam hati hanya dalam masa seminggu bondanya berubah.
"Baiklah bonda. Mira minta maaf kerana Mira Mukhriz tidak pulang beraya bersama bonda", tutur Mira. Bonda tidaklah seteruk mana fikirnya.
"Tak apa Mira, Mukhriz ni memang degil, kalau dia tak dapat buat depan kita dia buat dibelakang kita", Mira hanya senyum mengangguk sindiran atau amaran pedulilah. Dia hanya mendengar.
"Kamu dah tunjukan bilik Mira Mukhriz? Kamu hantar dia dulu ke bilik tetamu biar dia berehat. Kamu kembali ke sini. Bonda nak cakap sikit tentang syarikat", arah Tengku Maimunah. Mira hanya berdiam dan terus mengiringi Mukhriz yang hanya mengangguk.
--------------------------
YOU ARE READING
Mira Edora
Любовные романыsemanis wajah yang digunakan untuk memiliki segala yang ingin dimilikinya. dia tidak betah untuk hidup susah. baginya seorang wanita perlu dibayar harga yang tinggi untuk dimiliki. sesiapa yang ingin memilikinya perlu membida harganya yang tinggi. m...