Menjejak kaki ke sini terasa seperti semalam aku meninggalkan rumah ini. Bagaimana kak Maz dan Mak ngah menyambut kehadiranku kelak? apa yang perlu aku katakan? jika pertanyaan demi pertanyaan menerjah aku kelak? haruskah aku bercerita perkara sebenar kepada mereka? mengunungkan perasaan bersalah Mak Ngah dan Kak Maz.
kaki ku melangkah ke muka pintu rumah itu. salam ku laungkan.
seketika Mak ngah gamam melihat aku tercegat dimuka pintu.
Mak ngah berganjak mendapatkan aku. memeluk aku dan melutut dikaki aku. aku terduduk melihat tindakan mak ngah dengan tangis dan raungannya. kak Maz yang terkejut dengan situasi itu gumam. aku menangis. air mata yang telah lama aku simpan. selama aku hidup bersama datuk Mukhriz aku tidak pernah menangis. Datuk Mukhriz tidak pernah biarkan aku sedih.ampunkan mak ngah Mira. Mak ngah berdosa pada Mira. katanya dari tadi.
Mak Ngah Mira tak pernah salahkan mak ngah. sudahlah mak ngah dah terlalu lama berlalu mak ngah.
Mira memujuk.Mira mak ngah rasa berdosa pada Mira. Mak Ngah biarkan Mira sendirian. kalau mak ngah tau pak ngah buat jahat kat Mira mak ngah tak akan biarkan. sebelum pak ngah kamu pergi dia pesan pada Maz suruh cari kamu Mira. Pak ngah dah ceritakan segalanya sebelum menghembus nafas yang terakhir tapi mak ngah tak pernah ceritakan pada siapa. Mak ngah malu dengan perbuatan pak ngah kamu.
Mak ngah bukan mak ngah yang salah. tiap yang terjadi ada hikmahnya mak ngah. ada hamba Allah yang sudi hulurkan bantuan pada Mira. ketentuan Allah pada Mira. Mira reda mak ngah.
jum Mira mak dan akak dah masak semua lauk kegemaran Mira. nanti sejuk tak sedap pulak. kak maz meredakan keadaan. dia takut mak ngah bertanya lebih lanjut tentang Mira. Dia takut Mira akan menjauhi mereka sekiranya Mira diterjah pelbagai pertanyaan.
di meja makan perbualan hanya berkisar tentang kampung sahaja. perubahan yang berlaku di kampung sepanjang ketiadaannya. Kak Maz langsung tidak bertanya bagaimana dia boleh hidup mewah boleh membeli rumah pusaka nenek.
Mira makan dengan seleranya. masakan mak ngah memang kegemarannya sejak kecil lagi.
mak ngah terima kasih masak banyak-banyak untuk Mira. Mira rasa macam hari raya je mak ngah.
senang hati mak ngah Mira dah balik. dah lima tahun Mira tak beraya dengan Mak ngah apa salahnya Mira ada Mak ngah masak.
aaah, sebut pasal raya bulan depan dah puasa. Mira kalau masih di sini puasalah dengan akak dan mak ya.
Mira senyum. In sha Allah. ujarnya.
mungkin boleh juga dia berpuasa di sini kerana Datuk Mukhriz tidak mungkin akan berjumpa dengannya apabila bulan puasa tiba. Apabila bulan puasa tiba Datuk Mukhriz akan pulang ke Perak bersama keluarganya. Nanti dia akan meminta kebenaran Datuk Mukhriz fikirnya.Tapi bersediakah dia untuk berjumpa dengan seseorang yang dia rindukan selama ini?
selesai mengemas pinggan selepas makan mereka bertiga menyambung kembalu perbualan di ruang tamu. sempat juga kak Maz mengeluarkan buku Amanah Saham untuk diberikan kepadanya.
dia mengucapkan terima kasih dan mengajak kak Maz menemaninya berjalan-jalan melihat kampung.
******************
Mira memandu perlahan ke perkarangan rumah pusaka arwah nenek. Kak Maz hanya membisu di sebelah. Mira memberhentikan keretanya di hadapan pagar membuka pagar dan terus menaiki tangga dan membuka rumah. rumah itu masih seperti dahulu. kayu belian tiang rumah masih utuh. atap beliannya juga madih elok. cuma warnanya sedikit pudar. dia cuma perlu memperelok sikit sahaja rumah tersebut supaya dapat didiaminya kelak.
Mira ingat kenangan kita di rumah ni? tanya kak Maz.
mira mengangguk.
Mira tak nak tanya tentang abang Mi ke?
Mira diam seketika menarik nafas.
Kak, Mira ni jahat kak banyak dosa tak kan Mira nak tanya pasal dia lagi kak. Dia pun Mira tak tahu masih ingat atau tidak pada Mira.ujarnya.Mira,abang Mi tahu apa yang jadi pada Mira sebelum kami. Abang Mi pernah nampak ayah pegang punggung Mira. tapi mak dan kak Maz tak pernah percaya cakap abang Mi.
abang Mi belum kahwin Mira dia tunggu Mira.Mira diam. apapun kata-kata kak Maz tidak akan mengubah apa yang terjadi padanya. lagipun Mukhriz tidak mungkin melepaskannya.
Mira. dah jum balik. Kak Maz janji tak akan bagi tau abang Mi Mira ada balik.
janji kak?
kak Maz mengangguk.
esok saya nak cari tukang untuk tengokan rumah ni. saya cari orang luar aje kak tak perlu saya nak tengok wajah orang kampung pandang saya dengan kehairanan lagipun semua orang tahu rumah ni dibeli oleh orang Kuala Lumpur. nanti dah siap saya pindah sini. kalau tak da aral saya boleh lah berpuasa di sini nanti.
elok juga tu Mira. tapi akak tak bagi tau mak yang Mira beli rumah tu.
biarlah nanti Mira bagi tau sendiri. terima kasih akak sebab faham Mira dari dulu hingga kini.
Mira menghantar kak Maz pulang.
selesai minum petang bersama Mak Ngah dan Kak Maz. Mira meminta izin untuk pulang dan berjanji akan menjenguk Mak ngah dalam waktu terdekat.
sampai di rumah Mira membersihkan diri. berehat menikmati pemandangan matahari terbenam dari koridornya.
baru dia ingat telefon bimbitnya mesti datuk Mukhriz bimbang dia tidak menjawab telefon dari pagi.
30 missed call semuanya dari Datuk Mukhriz. dia menelefon pejabat datuk Mukhriz terlebih dahulu.
talian disambungkan kepada datuk Mukhriz.
Mira you kat mana? i call you banyak kali. suara datuk Mukhriz menerjahnya.
sorry. i balik kampung i terjumpa kakak sepupu i kelmarin then dia jemput datang rumah.
you tak takut ke bapa saudara you jumpa you? datuk Mukhriz bertanya.
dia dah meninggal sayang. jawabnya.
i rasa kalau you tak balik lepas i balik dari Langkawi ahad depan i akan ke Kuching. tapi i harap you balik. jangan merajuk lama-lama.
i ada benda nak bagi tau.alah cakap aje lah perlu ke nak tengok muka i?
perlu. i sibuk nanti i call you sebelum balik. bye.
talian dimatikan oleh datuk Mukhriz.
YOU ARE READING
Mira Edora
Romancesemanis wajah yang digunakan untuk memiliki segala yang ingin dimilikinya. dia tidak betah untuk hidup susah. baginya seorang wanita perlu dibayar harga yang tinggi untuk dimiliki. sesiapa yang ingin memilikinya perlu membida harganya yang tinggi. m...