Nota Cinta

4.9K 168 29
                                    

Urusan perpisahan Hani dan dirinya telah selesai. Sekarang dia perlu fokus pada perkahwinan dia dan Mira. Dia tidak ingin Mira dan dia bersanding ketika perut Mira sudah memboyot nanti. Masa menyebabkan dia tertekan. Sedikit kasih telah tumpah pada kandungan Mira. Sudah lama dia menunggu kehadiran cahaya mata hakikatnya. Dia dan Hani sudah lebih lima tahun berkahwin. Gaya hidup Hani dan dirinya mungkin tidak melayakan dia dan Hani bergelar ibu bapa.

Mukhriz terus kembali ke banglo Tengku Maimunah apabila urusannya di mahkamah syariah telah selesai. Dia seboleh-bolehnya mengelak bertemu Hani di luar mahkamah. Sesampainya di depan pintu banglo itu, bunyi bising dan meriah di dapur menarik perhatiannya. Mira dan Tengku Maimunah sama-sama menyediakan juadah mereka kelihatan mesra.

"Bonda, Mira masak apa?", tanya Mukhriz.

"I tak masak i buat umai udang je. Bonda masakan gulai ikan patin. Mak Yam dah gorengkan ikan terubuk", balas Mira ceria. Ahhh tak akan dia nak buat drama di depan mereka ni semua.

"wahh, tak sabar i nak makan tengah hari ni", Mukhriz senyum. Mungkin mood Mira dah bertambah baik fikirnya.

"Kamu tukar baju dulu Mukhriz. Urusan kamu memang dah selesaikan? nampaknya bonda akan ke Sarawak lah meminang Mira kan tapi bila?", tanya Tengku Maimunah.

"Kalau boleh Mukhriz nak sekarang bonda pinangkan Mira", jawab Mukhriz.

"Tak sabarnya kamu. Minggu depan kita ke Sarawak", cadang Tengku Maimunah.

"Terima kasih bonda", Mukhriz terus berlalu ke biliknya.

"Mira, nanti Mira bagi tau ibu bapa Mira yang bonda datang ya?", tanya Tengku Maimunah.

"Ibu bapa saya dah lama meninggal bonda. Wakil keluarga saya nanti bapa saudara saya sebagai wali", Mira tunduk. Wajah arwah ibunya bermain di matanya.

"Maaf Mira. Bonda tak tahu Mira tiada orang tua lagi", Mira hanya senyum menyejukan hati Tengku Maimunah.

************************

Mukhriz merenung wajah Mira yang seronok merenung telefonnya sambil berbuai di buaian tepi laman depan banglo Tengku Maimunah itu. Sesekali Mira tertawa dan muncung sendirian.

"Mira", panggil Mukhriz lembut.

Senyum Mira mati. Ketawanya hilang. Mukhriz melabuh punggungnya di kerusi di sisi buaian Mira.

"Mira, apa yang seronok sangat you baca sayang?", tanya Mukhriz.

"Mukhriz, i baca wattpad novel ni tajuk dia Nota Cinta, i nak bagi tau nota cinta i untuk you, jauhkan diri you dengan i. I tengok you i rasa menyampah. I tak nak kerana stress menengok you anak i nanti tak cukup sifat. I nak anak yang sempurna walaupun dia anak haram i", sengaja dia tekankan perkataan anak haram i itu.

"Tak akan sampai macam tu sekali you halau i Mira?", tanya Mukhriz.

"Nasib baik ni rumah mak you kalau rumah you memang i dah lama berambus", amarahnya belum habis. Mukhriz memang begini lepas buat orang marah dia pujuk sebelum orang marah dia tak fikir pulak. Dia ingat aku nak makan pujuk dia macam tu aje. Tak mungkin. Sekurang-kurangnya mogok aku ni kena sampai dua tiga bulan baru puas. Angin egonya mula berbisik.

"Mira i minta maaf ok? I sedar i tak patut serang you melulu malam tadi. I betul-betul rasa bersalah, i bimbang i runsing, kita akan di iringi dosa sampai kita mati Mira", Mukhriz membuat wajah simpati.

"Simpan wajah kesian you. Buat i sakit hati je. Memang dosa akan ikut kita sampai bila-bila Mukhriz tanpa budak ni pun kita tetap pendosa.", Mira membalas.

"Mira, i menyesal Mira. I minta maaf. I tak sepatutnya buat you macam ni. I tahu memang i salah. I takut status i, pandangan masyarakat. Family i. I minta maaf Mira", Mukhriz merayu.

"I rasa kalau tu semua merunsingkan you. Perkahwinan kita cancel aje", balas Mira selamba.

"You gila ke Mira? Nanti orang kata apa pada you bila perut you makin membesar?", tak jadi kahwin kata-kata itu mengejutkan Mukhriz.

"I peduli apa orang kata apa? Paling-paling pun orang berani umpat di belakang je. Tak akan beraninya nak sindir i. Tak akan berani nak memulaukan. Bukan mereka baling i dengan tahi mahupun batu apa semua. Tak ada orang berani buat Mukhriz. I boleh hidup lagi, dunia milik Allah ni luas pasti Dia sediakan tempat untuk i dan anak i", kenapa perlu fikirkan kata orang pada masa ini? sewaktu Mukhriz memungutnya menyimpannya kenapa dia tak fikir pulak. Hati Mira mempersoalkan.

"Mira, janganlah macam ni. I tak akan biarkan you balik dengan anak i tanpa i", Mukhriz merayu.

"Eh, ini anak i sorang. i buat sorang. Mana ada kongsi dengan you. Ini bukan anak you. You jangan pandai-pandai ya. Dia hak i. You langsung tak punya hak apa-apa dengan anak ni", Mira berdiri berlalu meninggalkan Mukhriz.

"I belum habis cakap lagi Mira. Mira, i ni bakal suami you tolong hormatkan i", panggilan Mukhriz tidak diendahkan.

Sengaja Mira biarkan. Dia ingin menyambung bacaannya Nota Cinta karya EdhaSyamri itu. Seronok juga baca kisah cinta budak sekolah. Cerita yang santai begini elok untuk emosinya yang sedang bercelaru.

Mukhriz mengejarnya ke bilik. "Esok kita buat ujian saringan HIV. Terus hantar borang nikah i, sehari sebelum flight bonda kita balik bagi tau family you bonda nak datang. Dalam masa sebulan kita kahwin. Lepas tu kita balik sini tinggal di sini. Mira, i tak boleh hidup tanpa you kalau boleh dulu lagi dah i lepaskan you. Please Mira maafkan i, jauh disudut hati i, i sayang kandungan you Mira cuma i belum bersedia Mira. I takut dengan pandangan orang, status family i. I minta maaf Mira. Maafkan i", jari jemari Mira digenggamnya erat.

"Tengoklah Mukhriz, sejauh mana sayang you", jari jemarinya di kalih kasar. Pintu bilik di tutup.

Mira kembali meneliti telefon pintarnya. Dia kembali membelek buku lain pula sementara menunggu penulis Nota Cinta menulis bab baru.

----------------------------------------------------------

komen jangan tak komen ya.. Mira dah nak cancel kahwin ni.
thanks semua..

untuk edhasyamri ^__^

Mira EdoraWhere stories live. Discover now