"Hai, tak sampai raya biskut batang buruk i nampaknya. Lepas buka puasa je you dah balun satu bekas", Mira menyindir.
"Sedap lah Mira. Tak kan dengan bakal suami pun you nak berkira", Mukhriz membalas.
"Esok you tolong buat. Baru you rasa macam mana golong kulit popiah tu satu-satu. memang sesedap you membalun", Mira masih membebel tidak puas hati.
"Esok i tolong. janji. ok?", katanya hanya untuk menutup mulut Mira.
"Ok. Esok i nak buat kek lapis", Mira melabuh punggungnya di sisi Mukhriz.
"Terima kasih Mukhriz. Bagi i rasa semua ni kembali. Lima tahun raya jadi sesuatu yang tak bermakna dalam hidup i, tahun ni you kembalikan segalanya, malah bakal jadi milik i. Terima kasih ya Mukhriz sebab sentiasa sabar dengan kerenah i. Tak bosan layan i, walaupun i selalu marah you, merajuk tak tentu pasal", Mira menelan liur seketika.
"Tak payah terima kasih banyak sangat sayang. You tak sesuai cakap lembut-lembut Mira. I dengar pelik je bunyinya. I pun berterima kasih pada you sebab pilih i. Cinta you hadiah terindah untuk i", balas Mukhriz.
"I rasa nak peluk you Mira bila you ucap macam tu", Mukhriz senyum gatal.
"Dahlah. Ni yang i malas layan you. I nak ambil telekung. Kita ke masjid. Perangai gatal you kena buang Mukhriz", Mira terus berlalu meninggalkan Mukhriz bersendirian.
Mereka berlima sama-sama ke masjid Darul Muttaqin menunaikan solat isyak dan sunat terawih. Mungkin malam ini malam terakhir berterawih. Lusa aidil fitri bakal menjelma.
**********************
"Mak ngah, apa juadah esok?", tanya Mira sambil tangannya sibuk mengacau adunan kek hati pari.
"Rendang daging, ketupat pulut, nasi himpit, ayam masak merah dan kuah satay", mendengar sahaja dah buatnya menelan air liur."Mira masak nasi kismis sedap di makan dengan ayam masak merah untuk makan tengah hari", cadang Mira.
"Pagi lepas solat sunat Aidil Fitri kamu buatlah. Yang lain mak ngah masak lepas pengumuman raya", kata mak ngah.
"Memang comfirm raya esok lah mak ngah. Tak pernah anak bulan beranak luar dari tarikh kalendar", balas Mira.
"Bahasa kamu ni macam-macam Mira. Pening Mak ngah. Petang nanti kamu jadi ke pasar Satok Mira? Mak ngah nak suruh kak Maz kamu je yang beli barang balik dia kerja nanti", kalau Mira juga membeli Mazni membeli juga kan membazir jadinya. Lebih baik dia bertanya awal.
"Tak payahlah Mak ngah. Biar Mira dan Mukhriz beli petang nanti. Nanti kami berdua berbuka di luar sahaja", jawab Mira.
"Yalah Mira, tapi jangan kamu beli banyak sangat nanti. Membazir tak elok", pesan mak ngah.
"Baiklah mak ngah", jawab Mira.
"Macam rasa nak patah tangan aku memukul adunan hati pari ni Lia", adu Mira kepada Marlia yang sibuk mengayam daun nipah untuk dijadikan balutan ketupat.
"Sebab tu aku malas nak buat kek tu. Penat tak berpenhujung. Nak kukus lagi ke menunggu lapan jam", balas Marlia.
"Lama tak makan kek ni. Lagipun sedap. Tak apa lah Lia sekali sekala. Ni mana Mukhriz dan Lan? Dari tadi tak nampak", tanya Mira. Mukhriz sudah ada kawan sekarang sejak Lan anak bungsu mak ngah balik dari UPM Bintulu dua hari yang lalu. Asyik menghilang dari rumah. Entah ke mana tujunya.
"Entahlah Mira. Main meriam buluh kot", Marlia anak kedua mak ngah tertawa melihat wajah berkerut Mira.
"Hish, tak kan lah. Mukhriz dah tua lah. Macam-macam", Mira mengomel.
Setelah adunan keknya rata dengan gabungan Horlicks, browning sugar dan kismis yang paling sukar adalah mengadun browning sugar yang keras. Sekiranya tidak rata rasanya akan bergumpal dalam adunan. Mira memasukan adunan dalam loyang dan terus mengukus keknya.
Giliran kek lapis bakar pula. Lapis Tiga Serangkai. Kek ni ada tiga lapisan. Mira mula mengadun adunan untuk lapisan dan membahagi dua. kemudian Mira membuat adunan Cheese pula tanpa warna.
"Mira, bila you nak siap bawa i jalan ni?", Mukhriz muncul di pintu dapur.
"Lepas ni. I tengah mengadun ni sayang. Sabar jap", tangannya masih sibuk mengacau adunan keknya yang berwarna hijau dimasukannya pandan paste dan serikaya.
"Jam berapa honey, kalau tak biar i dengan Lan je yang pergi", cadang Mukhriz.
"Kalau you nak pergi dengan Lan you pergilah. I boleh pergi sorang. Bukan susahpun", Mukhriz ni dah ada kawan aku ditinggalnya bisik hati Mira.
"You tak merajuk ke?", sekali lagi Mukhriz inginkan kepastian.
"Mukhriz. Kalau rupa kek i ni cacat you tanggungjawab ye. I memang pantang bercakap masa buat adunan. Kalau you nak bertanya tunggu i kemaskan ni semua", balasnya. Kek lapis memang begini walaupun sebaik mana kau adun kalau mood kau tak bagus memang dia tak akan sempurna seperti yang kau kehendaki.
Mukhriz hanya diam menunggu Mira menghabiskan kerjanya.
"You pergi mana tadi Riz? Lama you dengan Lan menghilang", Mira memulakan perbualan.
"I dengan Lan ke tengok budak main meriam buluh kat hulu tadi. Seronok pula i tengok. Lepas tu kita orang pergi jeti. Ada sotong. Nanti you masak paprik untuk berbuka ya", ujar Mukhriz.
"Kita buka puasa diluar je. Nanti sotong tu simpanlah dulu. petang ni i nak beli ayam daging, sayur lagi nak masak untuk esok Riz. Lepas tu i nak ambil tempahan satay dan lemang kat rumah kawan i di Semariang", Mira sudah menyusun jadual perjalanannya.
"Ok. i dengan Lan tunggu you siapakan tiga serangkai you, sementara tu kita orang nak ambil buluh buat pelita", ujarnya.
"Macam-macam you ni Mukhriz", Mira hanya mengeleng.
--------------------------------------
-sedang sibuk dengan persiapan raya. selepas raya ni ada kejutan menanti Mira dan Mukhriz. Kadang-kadang yang indah hanya sementara.
Terima kasih untuk pembaca Mira Edora yang selalu menunggu dengan sabar. kelmarin entah apa masalahnya tiga kali taip cerita semua hilang. Dah rasa nak nangis dah.
thanks all
![](https://img.wattpad.com/cover/41962637-288-k931587.jpg)
YOU ARE READING
Mira Edora
Romansasemanis wajah yang digunakan untuk memiliki segala yang ingin dimilikinya. dia tidak betah untuk hidup susah. baginya seorang wanita perlu dibayar harga yang tinggi untuk dimiliki. sesiapa yang ingin memilikinya perlu membida harganya yang tinggi. m...