Mukhriz memasukan semua pakaiannya dalam beg besar. Kondominium Eden Height itu perlu dikosongkan. Pakaiannya diletakan dalam kereta Mira. Sophie dan keperluan si kucing parsi itu makanan, pasir dan sangkarnya diletakan dalam kereta Mukhriz.
"Esok baru kita ambil kereta ni", cadang Mira.
"kenapa pula?", tanya Mukhriz.
"I nak ajak you ke bazaar ramadhan. hari pertama ni mesti orang ramai. I nak ajak you bersesak", ujar Mira. Kalau di beri pilihan ke bazaar ramadhan dia lebih suka pergi pada hari pertama sebab makanan semua baru. Tak da yang makanan semalam dijamin tak akan jumpa makanan basi.
"Macam-macam you Mira. Dahi you tak sakit ke?", tanya Mukhriz. Kelmarin masuk hospital hari ini dia boleh merayau ke sana ke mari dengsn riang ria.
"Sakitlah. Tapi i kan super woman. Tak perlu risaulah. Lagipun kan ada you", balasnya. Mukhriz senyum.
"Kalau bukan bulan puasa i gigit you Mira", kata Mukhriz geram.
"You kena kahwin dengan i baru you boleh sentuh i Mukhriz, you jangan mimpi kita macam dulu. Dah tiba masanya i ingat dosa i", suara Mira tegas. ya dia benar-benar memaksudkan kata-katanya.
"I tahu Mira i minta maaf. Kita akan bina hidup baru Mira, i janji i akan jaga you lebih baik", janji Mukhriz.
"Jom, kita ke bazaar ramadhan", Mira mengubah tajuk. Nanti jadi drama dalam kereta ni fikirnya.
"Bazaar mana you nak pergi?", tanya Mukhriz.
"Satok je lah", jawabnya.
Mukhriz memacu kenderaannya ke pusat bandar raya. Dalam masa 20 minit mereka sampai di Satok. Jam baru pukul 3 petang.
"Ramainya orang Mira. Tahan ke you nak bersesak ni?", tanya Mukhriz risau dengan keadaannya.
"You pegang tangan i jangan lepas tau.Kalau you sesat i tinggal", pesan Mira.
Belum beberapa langkah berjalan sudah ada mata yang memandang wajah Mukhriz. Kacak sangat ke Mukhriz. Biasa aje aku tengok. gumam Mira dalam hati.
"Ha, jom", Mira menarik Mukhriz. mengambil bakul untuk memilih cucur campur. Ada cucur udang, cucur keledek, cucur keladi, hotdog, fish cake, dan sebagainya. Setelah membayar dia beralih ke gerai lain pula.
"You pernah makan bubur pedas Mukhriz?", tanyanya kepada Mukhriz. Mukhriz geleng.
"Kejap i pilih", Mira meninjau memilih kuah yang nampak pekat dan banyak isi ramainya penjual bubur pedas ni. Dia berhenti di sebuah gerai yang bubur pedasnya berwarna kuning pekat dengan isinya, tauhu kering, mi su'un, kulit sapi, midin, pucuk rebung dan sebagainya dan terus membelinya.
"Mira, i nak makan tu",Mukhriz menunjukan ikan pari di atas tempat pemangang itu. Mira berhenti dan terus membeli.
kuih lagi. Fikirnya.
"Kuih bongkol",Mira menjerit rindunya dengan kuih bongkol. Pulut dibungkus dengan daun pisang di makan bersama rasa lemak masin dan manis santan dan gula nipah. Sungguh menyelerakan.
sedang asyik memilih kuih-muih ada tangan yang mencuit bahunya dan suara menyebut namanya.
"Hei, kau tak ingat aku ke? Lara lah. Tania, tengok Mira tak ingat kita", kata perempuan itu.
"Hai, apa khabar kau sekarang Mira? makin berseri aku tengok", kata Tania pula. Sesekali Tania menjeling ke arah Mukhriz.
"Aku biasa aje. Masih jugak kau orang berdua best friend ya", ujar Mira. Bukan tak ingat sengaja buat lupa agar korang dua cepat blah.
"Kau tak nak kenalkan orang di sebelah kau ke?", tanya Lara.
"Ni Mukhriz. Mukhriz ni kawan i masa form 5", Mira mengenalkan mereka.
"Mukhriz, boyfriend you ke Mira? by the way, ni Lara. I Tania", kata Tania.
Mukhriz mengangguk.
"Kita orang nak buat reunion nanti Mira. Kau jemputlah datang ya. ini kad aku. kau tahu semua orang tanya pasal kau termasuklah ustaz Nazril. ok Mira bye. Bye Mukhriz", kata Lara.
Mukhriz hanya senyum. Ustaz Nazril pulak sekarang ni. Siapa ustaz Nazril? pertanyaan itu berkunjung dalam mindanya.
"Dah jom balik", kata Mira.
"Mira, siapa ustaz Nazril tu?", tanya Mukhriz.
"Ustaz i masa kat sekolah dulu. You ni kenapa?", Inilah dia tidak suka kalau bertemu dengan rakan lama. Pasti banyak hal yang diungkit.
"I tanya aje. Just wonder kenapa seorang cikgu dalam banyak-banyak anak murid tanya pasal you?", ujar Mukhriz.
"Tak de apa lah jom balik. Boring Sophie tunggu kita dalam kereta", balas Mira.
Jalan sesak dengan kenderaan mereka yang pulang kerja. Perjalanan dirasakan agak panjang bagi mereka.
"Mira, Sophie kita letak di rumah pusaka ya. Teman i aje", cadang Mukhriz.
"Sophie ikut i", balasnya.
"You ada kak Maz mak ngah teman you, i sorang Mira", Mukhriz membuat wajah sedih.
"Yelah, sekarang you pandai main sentimen simpati i ye Mukhriz", ujar Mira.
"I belajar dari you", balasnya pendek.
"Ok, i memang cikgu yang baik", Mira senyum. Membelai-belai Sophie dalam pangkuannya.
Mukhriz hanya menumpukan perhatian pada pemanduannya.
***************************************
"Balik rumah you dulu, i nak ambil barang", arah Mira.
"Ok, sayang", balas Mukhriz.
Mukhriz membawa semua barang Sophie masuk. Menyediakan kandang Sofie dan solat Asar. Mira mengemas pakaiannya. Mereka sama-sama bergerak ke rumah mak ngah berbuka puasa selepas itu. Malamnya mereka sama-sama solat terawih mengimarahkan masjid.
---------------------------------------------------
★Sorry pendek ya.. TQ...
YOU ARE READING
Mira Edora
Romantizmsemanis wajah yang digunakan untuk memiliki segala yang ingin dimilikinya. dia tidak betah untuk hidup susah. baginya seorang wanita perlu dibayar harga yang tinggi untuk dimiliki. sesiapa yang ingin memilikinya perlu membida harganya yang tinggi. m...