"Terima kasih bonda. Terima Mira", ucap Mukhriz memeluk bondanya.
"Kamu lebih penting dari semuanya Mukhriz. Kamu anak bonda. tapi ada syaratnya Mukhriz", Mukhriz merenung wajah Tengku Maimunah.
"Kamu harus tinggal di sini bersama Mira. Jangan jauh dari bonda. Bonda tak nak kejadian sama berulang dalam perkahwinan baru kamu nanti", kalau syarat itu mudah sahaja baginya. Mira pasti tidak keberatan untuk tinggal di sisinya.
"Betul bonda terima Mira sebagai isteri Mukhriz? Tapi, Riz hairan juga kenapa bonda bersetuju?", terbit rasa hairan dihatinya.
"Hani tak nak tinggal bersama bonda. Izrail dah ceritakan semuanya tentang Hani pada bonda agar bonda tak buta dan Mira wajar dapat peluang untuk buktikan dirinya terbaik untuk kamu Riz", Izrail selalu membuat kejutan.
"Maafkan Mukhriz bonda buruk sangka pada bonda", mukhriz memeluk bondanya.
Mukhriz tak akan tinggalkan bonda", janji Mukhriz.Senyum di bibir Tengku Maimunah meleret. Mudahnya memancing Mukhriz. Nak ke Mira Edora tinggal di ladang getah ini? Kalau Mira tak nak? Biarlah yang penting dia perlu positif sekarang. Bukan lama lagi masanya untuk bersama anak-anak. Mukhriz akan kembali menjadi milik Mira secara total bila dia tiada kelak. Dia hanya perlu pastikan Mira tidak seperti Hani yang menyebabkan dia sesal memaksa Mukhriz berkahwin dengan gadis itu.
"Mukhriz pergi jenguk Mira. Tengok hidangan di dapur apa yang patut. sekejap lagi bonda menyusul", pinta Tengku Maimunah. Mukhriz berlalu.
Tengku Maimunah membuang pandangan ke Sekeliling banglonya. Sekeliling banglo ini adalah ladang getah. Banglo ala inggeris itu terletak di tengah ladang di atas bukit. Suasana hijau menenangkan hatinya. Jauh dari hiruk pikuk dunia. Dia sudah tua untuk mendekati hiburan. Di usia senja begini dia sepatutnya semakin dekat kepada Tuhan. Sebab itu dia lebih suka berada di sini berbanding dengan banglo mewahnya di tengah bandar.
**************************
"Mira, bangun sayang. Tak elok tidur lepas asar", Mukhriz mengejutkan Mira. Lena di kerusi malas di anjung bilik tamu itu.
"Mukhriz, bila you masuk?", terpisat-pisat Mira membuka matanya.
"Jom, i nak ajak you minum petang", ajak Mukhriz.
"Kejap i cuci muka. i rasa penat la bie, tak akanlah i lemah sangat macam ni", Mira terus berlalu ke bilik air yang tersedia dalam bilik itu.
"You dah lama tak jalan jauh tak sayang? Mabuk kapal terbang kot", Mukhriz mengagak.
"Mungkinlah. Jomlah ke bawah", ajak Mira. Malas dia memikirkan kemungkinan dalam mindanya.
Minum petang sudah tersedia di meja. Cucur pisang buatan Mak Yam, tukang masak di banglo itu. Mak Yam dan suaminya sudah lama bekerja dengan Tengku Maimunah sejak Mukhriz sekolah menengah lagi.
"Cucur udang tak da? lama dah aku tak makan cucur udang Yam. Esok buatkan ya Yam", kata Tengku Maimunah melangkah ke muka dapur.
"Baiklah Tengku", kata Mak Yam.
"Bawa ke laman minum petang ni Yanti, buatkan teh dan kopi. Saya tak tahu bakal isteri Mukhriz minum apa", ujar Tengku Maimunah terus ke laman.
Mukhriz dan Mira beriringan terus menjenguk dapur. Mukhriz menunjukan Mira dapur banglo Tengku Maimunah itu agar Mira tidak kekok dan mudah membiasakan diri.
"Bonda Tengku dah ke laman", kata mak Yam bila melihat kemunculan Mukhriz.
"Sayang, ni Mak Yam. Tukang masak bonda. Mak Yam dah kerja sini lama sejak i tingkatan dua lagi, Mak Yam ni Mira Edora", Mukhriz memperkenalkan Mira.
Mira senyum dan menghulur tangan kepada Mak Yam.
"Inilah yang bonda Tengku katakan bakal isteri Tengku ya? Cik Puan Mira Edora, cantik orangnya", puji Mak Yam ikhlas.
"Mira je la Mak Yam. Tak payah nak cik puan bagai", ujar Mira.
"Mira, jom ke laman. Lama bonda tunggu kita nanti", Mira hanya mengangguk dan meminta dirinya terus berlalu ke laman.
Kelihatan Suyanti sibuk melayan Tengku Maimunah menghidang makanan. Cuaca agak redup di bawah pohon yang rendang di tepi banglo itu.
"Duduk Mira, cucur pisang aje yang mak Yam buat dan bun mentega. Kamu nak teh ke kopi?", Tengku Maimunah mempelawa.
"Teh bonda", Mira menyambut teko teh yang dihulurkan kepadanya.
"Selalunya bonda tak minum petang begini. Tapi pagi tadi tekak ni nak makan pisang goreng pula. Tekak ni makin tua semakin inginkan makanan yang macam-macam", ujar Tengku Maimunah.
"Makan pun kena jaga bonda. Ni makan makanan yang berminyak begini. Risau Riz. Nampak bonda pun makin berisi sekarang", balas Mukhriz.
"Mukhriz, makan tak salah yang penting kita tau kuantiti dan kalori makanan yang kita ambil. Kan bonda?", Mira menyampuk.
"Betul tu Mira. Mukhriz ni Mira kalau bab pantang larang memang dia berpegang teguh orangnya. Bukan bonda tak jaga pemakanan cuma sekali sekala makan pisang goreng apa salahnya kan?", Tengku Maimunah menyambung.
"Seronok berbual", sapa Izrail yang kelihatan segak berbaju kemeja kerja masih bertali leher.
Izrail bersalaman dengan bondanya dan Mukhriz. Matanya tertancap ke arah Mira. Mira melemparkan senyuman.
"Hai, Izrail", Izrail menyapa Mira. Tangannya dilambaikan ke arah Mira.
"Mira, bakal kakak ipar kamu", ujar bonda. Pandangan Izrail beralih kepada Mukhriz.
"Ril, duduklah minum", jemput Mukhriz. Izrail melabuh punggungnya ke sisi bonda.
"Bila abang sampai?", tanya Izrail kepada Mukhriz.
"Petang tadi. Kamu dari mana Ril?", tanya Mukhriz kembali.
"Office abang. Ni abang dah balik boleh masuk kerja semulakan?", Izrail mencapai pisang goreng di depannya.
"Cepat benar kamu nak serah kerja dengan abang kamu Ril? kamu nak ke mana pulak kali ni?", tanya Tengku Maimunah.
"Kepulauan Ryukyu", jawab Izrail selamba.
"Jepun? Buat apa?", tanya Mukhriz.
"Mengikut dasar pandang ke Timur dari pemerintahan Tun Mahathir. Abang, kita hidup ni perlu cari pengalaman. Mana tahi Ril jumpa peluang perniagaan di sana", ujar Izrail.
Mira dan Tengku Maimunah akhirnya masuk ke rumah. Membiarkan Izrail dan Mukhriz berbual di laman banglonya. Tengku Maimunah membawa Mira menjenguk dapur. Maklumlah dia perlu memastikan mak Yam memasak makan malam mengikut kehendak seleranya.
YOU ARE READING
Mira Edora
Romancesemanis wajah yang digunakan untuk memiliki segala yang ingin dimilikinya. dia tidak betah untuk hidup susah. baginya seorang wanita perlu dibayar harga yang tinggi untuk dimiliki. sesiapa yang ingin memilikinya perlu membida harganya yang tinggi. m...