Mengapa kita?

5K 168 16
                                        

"Mira, kalau Mira sukakan Azmi sayangkan Azmi, jangan gunakan i untuk sakiti dia. i tak nak Mira hati i berharap kerana kelakuan you", Mukhriz meluahkan perasaannya.

"You boleh tak jangan cakap hal ini dulu. I tak taulah Mukhriz. I penat. I nak rehat. I bukan nak pergunakan you. tapi you tengok Azmi. He is pushing me. I stress. sorry kalau i macam gunakan you", kata Mira lalu memalingkan wajahnya ke tingkap.

Mukhriz meneruskan pemanduan kereta Azmi rapat mengiringnya di belakang.

"Mira, lepas ni i balik di santubong suites ya", ujar Mukhriz.

"Tak payah. You tinggal je di rumah pusaka tu. baju you i dah bawa. Jangan jauh dari i", suara Mira ditegaskan.

"Mira, nanti Azmi salah faham. i tak nak pasal i you gaduh dengan dia lagi. jangan ikut sangat ego you Mira", Mukhriz melembutkan suaranya meminta difahami.

"Ini ramadhan Mukhriz you dah biasa dengan family you. Sekarang you sorang di tempat orang. You sunyi Mukhriz. i tahu", Mira mengendurkan suaranya.

"Mira, sikap you beri hati i harapan. I takut Mira i tak dapat lepaskan you. I takut i paksa you untuk terus bersama i", Mukhriz

"I am sorry Mukhriz, you perlukan i", kata Mira.

"I tak perlukan simpati you Mira. Tolong jangan beri i harapan", suara Mukhriz mula meninggi dia terlupa akan Mira masih demam. Dia tidak mahu simpati Mira.

"I rasa bersalah Mukhriz. I rasa tak tenteram, you tak faham perasaan i Mukhriz", Mira membalas.

"You yang tak faham perasaan i Mira. I dah kata i lepaskan you i nak you buat pilihan. i nak you bahagia. I tak nak you terikat dengan budi i", terang Mukhriz.

"I dah cuba hidup tanpa you Mukhriz. I tak mampu", Mira berkata lemah.

"Apa maksud you Mira?", tanyanya.

"I....i ... i cintakan you Mukhriz. i pilih you", bisik Mira. Aku pasti dengan pilihan aku. Memang aku cintakan dia. Mukhriz.

Mukhriz diam mendengar pengakuan Mira. Dia gembira. tapi hati kecilnya masih ragu.

Mira mengambil pilihan mendiamkan dirinya juga. Bukan mudah untuk mengeluarkan lafaz itu dari mulutnya. Dia tidak pernah menyatakan dia mencintai sesiapa. Sekalipun Azmi.

Apabila kereta berhenti di depan rumah. Mira terus berlalu tanpa sepatah kata. Hatinya menyampah. Meminta dia membuat pilihan tapi tidak menghargai pilihannya. Apa lagi mahu Mukhriz? Aku bahagia atau Azmi yang bahagia? bisik hatinya.

Tapi sebelum pintu dibukakan Mira berpatah balik. "Ingat, i kata you balik di rumah pusaka. Kalau you berani balik di santubong awas you", Mira terus melangkah masuk apabila pintu dibukakan Mak Ngah.

"Mukhriz, masuklah dulu", pelawa mak Ngah.

"Tak pa mak Ngah dah lewat ni, Mak ngah rehatlah. Biar Mira rehat juga", Mukhriz menolak bersalaman dengan Mak Ngah dan terus berlalu pergi.

Kak Maz dan Azmi baru keluar dari kereta bertanyakan Mira.

Mira sedang duduk di sofa menyandarkan kepalanya yang terasa maha berat dan serabut. Apabila memandang Azmi hatinya terasa rimas pula.

"Kak Maz, Mira tidur dengan kak Maz ya", Mira terus melangkah tanpa mempedulikan Azmi.
Azmi ingin mengejarnya.

"Boleh tak abang Mi sabar sikit", Mazni memaut tangan Azmi daripada terus mengejarnya.

"Maz faham tak perasaan abang ni Maz? Abang akan hilang cinta abang. Mira dah tak sayangkan abang macam dulu Maz. Abang rasa gagal. Maz, abang tak dapat lepaskan Mira", Azmi meluahkan rasa yang terpendam dari tadi.

"Abang kita belum tahu pilihan Mira. Mukhriz pun belum tahu siapa pilihan Mira", pujuk Mazni.

"Gerak hati abang tak akan berbohong Maz. Mira tak cintakan abang lagi. Maz lihat matanya. Matanya bukan lagi mata Mira kita dulu Maz", keluh Azmi.

"Azmi, mak ngah rasa baik kamu balik dulu. Kamu sendiri perlu tenangkan diri kamu. Jangan fikir yang tak elok. Doalah banyak-banyak moga Allah lihat keikhlasan kamu pada Mira dan bantu kamu", nasihat Mak Ngah setelah menghantar Mira ke bilik Mazni.

"Betul kata mak tu bang. Abang rehatlah. Maz tetap sokong abang", ujar Mazni.

"Terima kasih Mak Ngah, Mazni", ucap Azmi.

Azmi terus meminta diri dan berlalu pergi. Dapatkah hatinya tenang jika Mira Edora yang dia cintai semenjak umurnya 15 tahun itu melupakannya. Mira Edora yang dia angan-angankan menjadi permaisuri hidupnya kini berlalu menjauhnya. Dia dapat menerima kehilangan Mira Edora lima tahun lalu kerana dia pasti Mira Edora akan kembali padanya. Dia pasti cinta Mira Edora tidak akan goyah. Tapi melihat saingannya lelaki sebaik Mukhriz yang kelihatan tidak ada cela di matanya membuat dirinya dirundung bimbang diusik takut dan dimamah gentar kehilangan Mira Edora. Satu kepayahan baginya.

-------------------------------------------------------

vote&komen ya.. >_<

Mira EdoraTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang