Antara Kami

4.7K 159 25
                                    

Azmi memandang Mira disisinya. Duduk menghadap pantai. Di tempat selalu mereka bersama. Hatinya sayu. Mira Edora yang sering diangankan sebagai permaisurinya menjadi milik orang lain. Siapa sangka perempuan yang dia cintai sejak berumur 13 tahun menjadi milik orang lain. Budak perempuan yang sering mengajaknya bermain pondok-pondok dulu meninggalkannya kini.

"Mira, kita masih tetap bersaudara kan? Abang Minta maaf sebab masih belum dapat terima keputusan Mira, pilihan Mira", Azmi mula berbicara pandangannya beralih ke wajah Mira.

"Mira tak paksa abang sukakan pilihan Mira. Abang tetap abang Mira. Tetap orang yang pernah Mira sayang yang pernah beri Mira harapan dan memberi harapan pada Mira. Abang anggap je kita tak ada jodoh", Mira melepaskan keluhan berat. Tidak sangka dia perlu berhadapan dengan Azmi dalam keadaan begini.

"Mira pasti perasaan Mira pada abang dah mati?", sekali lagi untuk kepastian bisik hati Azmi. Azmi renung ke dalam anak mata Mira. Mohon dimengertikan. Mencari cinta yang lima tahun lalu untuknya. Masihkah?

"Abang, perasaan itu mungkin ada tapi cinta Mira pada Mukhriz lebih dalam. Mira minta maaf kecewakan abang. Tinggalkan abang. Maafkan Mira. Kalau tak mampu maaf pun tak apa. Cuma jangan berdendam dengan Mira", luah Mira memang dia rasa sedikit bersalah menghampakan Azmi. Sedangkan mereka telah lama bercinta. Mudah sahaja cintanya berkalih arah. Tapi itu bukan mahunya. Memang dia mahu habiskan sisa hidup bersama Mukhriz.

"Abang cuba belajar untuk reda Mira bukan jodoh abang. Abang mungkin perlukan masa untuk lupakan Mira", Azmi mengalah. Memang dia perlu mengalah. Tiada peluang untuk dia menang memandangkan dia bukan pilihan pertama lagi di hati Mira. Entahlah mungkin pilihan kedua juga dia tidak layak.

"Mira, maafkan abang gagal selamatkan Mira dari pak ngah", itu yang Azmi kesalkan sepanjang hidupnya. kalau dia tak tinggalkan Mira semua itu tak akan terjadi.

"Mungkin Mukhriz dah tertulis jodoh Mira abang, maafkan Mira sekali lagi kerana memaksa abang menerima kenyataan ini", ucap Mira. Dia lebih tahu Azmi terpaksa rela menerima pilihannya.

"Abang tak salahkan Mira. Abang cuma kesal dengan sikap abang yang memandang enteng dengan kata-kata Mira", dihatinya memang tercalit beribu kesal yang mendalam.

"Tak perlu abang kesalkan semuanya dah tertulis. Mira reda dan terima dengan hati yang terbuka takdir Mira apa yang Mira lalui semuanya mengajar Mira menjadi dewasa menjadi matang dan kuat", ujar Mira.

"Mira cakap senanglah. Tapi abang yang mengunung dengan sesalan Mira. Abang hanya terlambat sedetik dan semuanya hilang. Bukan milik abang", kesal yang bercambah di hatinya tidak dapat dia bendung.

Mira hanya diam. Apa yang dia mampu lakukan? Dia memang sayangkan Mukhriz.

"Mira, abang nak tanya sikit. Macam mana Mira boleh kenal Mukhriz?", dia perlu tahu tentang Mira. Apa yang Mira tahu tentang Mukhriz.

"Mira kenal dia di pub. Dia bayar harga yang pak ngah dapat masa jual Mira. Apa yang Mira tahu masa tu Mira perlu keluar dari situ. Mira kenal dia sebagai Dato' Mukhriz memang orang panggil dia macam tu, kenapa?", Mira bertanya curiga dengan pertanyaan Azmi. Perlukah dia tahu semua itu?

"Abang tanya je, kalau itu pilihan Mira abang terima", Azmi memaksa dirinya untuk tersenyum.

"Suka atau tak abang terpaksa terima. Kalau abang tak sukakan Mukhriz tak apa. Mira faham. Kalau benci Mira pun Mira tak kisah yang penting abang jangan ganggu hidup Mira dengan Mukhriz", Mira memberikan amaran awal. Dia tidak suka masalah dan mencipta masalah. Kebanyakan masalah disekelilingnya dicipta oleh orang lain. Bukan dia.

"Janganlah seburuk tu sangkaan Mira pada abang. Abang tak akan sakiti Mira, abang janji", Azmi berjanji.

"Baguslah. Mira pegang janji abang. Tolong ingat baik-baik. Mira nak balik. Harap abang kotakan janji abang, sebab walaupun Mira kehilangan Mukhriz abang bukan penggantinya", Mira bangun dan terus berlalu ke keretanya, Azmi perlu diberikan amaran. Kadang-kadang manusia boleh buat apa sahaja dalam keadaan terdesak. Sebagai contoh dirinya. Siapa sangka dia boleh jatuh ke lembah hina demi untuk terus hidup selesa.

Keluhan maha berat dilepaskan di dalam keretanya. Dia mula mendail nombor telefon Mukhriz.

"Sayang", suara Mukhriz kedengaran serak.

"You buat apa?", Mira bertanya.

"I baru bangun. Lepas subuh tadi i tidur", balasnya.

"You kat mana sekarang?", Mira bertanya lagi.

"Dirumah. lepas ni i ke hospital. Bonda kena serangan jantung ringan aje. Jangan risau sangat dengan i. I rasa lusa i balik Mira. Nanti i comfirm kan bila". Pertanyaan Mira terus mati.

"I call bukan nak tanya you bila balik. Nanti mak you marah pula belum apa-apa you dah balik", dia masih ingat lagi kata-kata perempuan yang mengelar dirinya bonda itu. Pasti garang dan mengerunkan. Bagaimana wanita segarang itu boleh kena serangan jantung? terasa pelik pula.

"You datang sini Mira. I rasa i rindu you. Kalau you tak nak i ke sana. Mira, i dah pujuk you Mira. I ikut you sampai ke Sarawak. Kali ni you pulak ikut i, please Mira", Mukhriz memujuk.

"You nak pujuk ke nak ungkit i Mukhriz?", dia rasa di perli pula dengan kata-kata Mukhriz.

"Kalau sudah dasar singa memang singa jugak. Bila masa you nak bersangka baik dengan i Mira? kata sayang i tapi you memang tak boleh terima apa yang i kata dengan hati terbuka", Mira tetap Mira lebih kepada buruk sangka dari baiknya. Memang silap dia berkata menyebut isu pujuk memujuk di masa lalu.

"You yang sebut Mukhriz. I tak suka orang sebut-sebut budi dia. Tengoklah. kalau you tak nak balik tak payah balik. Ok bye!", talian diputuskan.

Sudahlah, baik aku shopping. Tak pun pergi beli barang buat kuih. Ada jugak faedah. Menyesal pulak aku call Mukhriz. Pagi-pagi aku dah sakitkan hati sendiri. getus hatinya.

------------------------------------

untuk semua pembaca setia Mira Edora. Terima kasih tunggu update ya.

❤❤❤❤

Mira EdoraWhere stories live. Discover now