Rasa seronok kembali menjalar dalam hidupnya. Mukhriz melayannya sebaik mungkin. Lusa dia akan pulang mengatur segala persiapan kedatangan Tengku Maimunah ke Kuching untuk meminangnya. Perempuan dan perkahwinan sama dengan keseronokan. 'Selayaknya aku seronok bukan?', hatinya berbisik.
"Sayang", panggilan Mukhriz mengejutkan Mira.
Mira menoleh. "Mukhriz" ucap Mira pendek.
"I minta maaf atas segala kesilapan i terhadap you Mira. I tahu perkahwinan ini tak akan mampu untuk i tebus kesilapan i pada you. I kahwin dengan you kerana rasa kasih i yang mendalam pada you Mira. I minta maaf atas semua kesilapan i sekali lagi. I akan bina hidup kita yang baru Mira", ujar Mukhriz.
Hatinya terasa sebak. Betapa Mukhriz mencintainya walaupun hakikatnya pada mula dan awalnya dia tidak pernah mencintai Mukhriz. Dia hanya menumpang kesenangan Mukhriz. Mengharap ihsan Mukhriz, dan menukar ganti ihsan itu dengan takdirnya. Jari jemari Mukhriz di sentuhnya digengam erat.
"Maafkan i Mukhriz. I tak pernah cintakan you dulu. I cuma lihat you pelindung i. I minta maaf Mukhriz. I cuma lihat you sebagai penderma pada malam lelongan amal. I sendiri dah anggap diri I seperti bahan lelongan. Sehinggalah you tinggalkan i. Benarkan i buat pilihan. You segalanya pada i Mukhriz. Tapi..", Mira berhenti seketika.
Mukhriz menunggu dengan tenang.
"Perbuatan you marah i sebab i termegandung i belum maafkan. Mukhriz dengar sini. hutang tetap hutang ok", riak wajah Mira yang sayu sebentar tadi bertukar marah.
"huh", keluhan maha berat dilepaskan Mukhriz.
"Apa yang you nak untuk tebus kesilapan i?", dengan berat hati Mukhriz bertanya. Mira Edora tetap Mira Edora keras degil dan suka mengambil peluang jika orang membuat kesalahan.
"Nanti i fikirkan. Jangan lupa hutang you. I tak akan mansuhkan dengan satu benda je. Hutang you tu besar", Mira berlalu meninggalkan Mukhriz termanggu di tingkat atas rumah banglo itu.
++++++++++++++++++
Deringan telefon bimbitnya menganggu ketenangannya.
"Mira. Apa khabar?", sapaan suara pemanggil itu amat dikenalinya.
"Abang Azmi. Mira sewajarnya sihat. Kenapa?", soalnya.
"Abang mimpi buruk pasal Mira malam tadi.betul Mira sihat?", Azmi bertanya lagi untuk kepastian.
"Sihatlah. Apa pasal pulak tak sihat? Jangan fikir yang buruk-buruk pulak. Mira ok lah", Mira menegas.
"Bila Mira balik?", Azmi bertanya sekali lagi.
"Kenapa pulak abang bertanya?", pertanyaan dikembalikan kepada persoalan.
"Mira, abang cuma bertanya je. Salah kah?", giliran Azmi pula.
"Mungkin esok atau lusa. Mira tak tahu lagi", balas Mira.
"Mira, belajarlah buat keputusan pakai akal. Jangan sentiasa mengikut telunjuk hati. Jangan lama sangat di tempat orang. Mira dengan dia belum ada ikatan yang sah lagi, Mira dah bawa lelaki balik kampung orang dah bercakap. Abang minta maaf masuk campur urusan Mira. Kalau Mira tak kenangkan diri Mira, Mira kenangkan Mak ngah dan pak Su", kata Azmi memedihkan ulu hatinya.
"Mira akan balik secepatnya", hanya itu jawapan yang keluar dari mulutnya.
"Jaga diri. Abang minta maaf sebab call Mira", pinta Azmi. Talian terus dimatikan.
"Siapa call Mira?", suara Mukhriz menyapanya.
"perlu ke i nak bagi tau?", pertanyaan dikembalikan dengan pertanyaan lagi.
"Sampai bila you nak dingin dengan i Mira?", Mukhriz menghampiri Mira dengan perlahan-lahan pingang Mira di tarik mendekatinya.
"Sampai i bosan", angkuh keras dan degilnya masih tetap sama.
"You tak rindu i Mira?", suara Mukhriz terasa panas di cuping telinganya. Mukhriz bermain dengan perasaannya sekarang.
"I tak rindu you Mukhriz. You tak layak untuk di rindu", Mira menghadap Mukhriz berkata tegas.
"tapi...i tau i sentiasa dirindu", wajah Mukhriz di dekatkan. Seketika Mukhriz terpana akan keberanian Mira.
"Jangan bermain dengan api Mukhriz. I nak balik esok. I tunggu kedatangan you dengan bonda", Mira berlalu pergi meninggalkan Mukhriz di anjung banglo itu.
Sudah terlalu lama dia tinggal di situ lebih dari satu bulan. Sepatutnya dia tidak selama itu. Mira mencari kelibat Tengku Maimunah di dapur. Tiada. Mungkin di bilik utama rumah itu.
Pintu bilik utama itu diketuk. Suara wanita tua itu mempelawanya masuk.
"Mari Mira. Bonda sedang tengok cincin yang sesuai untuk meminang kamu. Kamu tak kisahkan kalau bonda pilih?", Tengku Maimunah tersenyum indah.
"Tak bonda. Asalkan bonda suka Mira terima sahaja", balas Mira. Biarlah cincin hanya tanda. Asalkan wanita dihadapannya gembira. Dia gembira menumpang kasih wanita itu.
"Bonda, Mira sebenarnya nak minta izin bonda untuk kembali ke Sarawak lusa", luah Mira. Menunggu reaksi wajah Tengku Maimunah.
Tengku Maimunah senyum. "Baliklah Mira. Bonda dan Mukhriz akan menyusul Mira pada minggu depan pula".
"Terima kasih bonda. Budi bonda menjaga Mira semasa berpantang tak akan Mira lupa, Mira minta maaf kerana memalukan bonda", kata Mira.
"Bumi yang mana tidak ditimpa hujan Mira? Kalau bonda sendiri tak beri kamu dan Mukhriz peluang siapa lagi Mira? Bonda tak mahu kamu berdua semakin jauh dari pegangan agama Mira. Bonda harap kamu boleh bahagiakan Mukhriz,Mira", Tengku Maimunah berkata panjang lebar.
"Terima kasih bonda. Mira tak akan sia-siakan peluang yang bonda beri", air matanya menitik dia tidak menyangka Tengku Maimunah memberi peluang dan ruang kepadanya.
"Seorang ibu Mira perlu menghantar anaknya ke syurga bukan hanya meletakan dirinya sebagai syarat untuk ke syurga. Jom Mira. Kita tengok minum petang", Tengku Maimunah menghadiahkan senyuman. Wanita tua yang tegas dan garang itu telah sedar akan kesilapannya. Segala tembok egonya runtuh.
-------------------------
#semua rindukan mira kan? maaf sangat-sangat kesibukan membataskan segalanya. Cerita ni saya tak pernah draft atau apa2 saya buat apa yg terlintas laju dalam fikiran,saya.. sebab tu kadang-kadang updatenya cepat dan lamanya lambat... saya minta maaf banyak-banyak pada pembaca. terima kasih kerana sudi menunggu.. maaf sekali lagi...
love all
with love,
JMJ
YOU ARE READING
Mira Edora
Romancesemanis wajah yang digunakan untuk memiliki segala yang ingin dimilikinya. dia tidak betah untuk hidup susah. baginya seorang wanita perlu dibayar harga yang tinggi untuk dimiliki. sesiapa yang ingin memilikinya perlu membida harganya yang tinggi. m...