Yang Berlalu

4.2K 185 26
                                    

"Tak akan you terus nak balik Mukhriz?", tanya Hani.

"I mesti balik. I dah janji i beraya dengan Mira", Mukhriz bertegas.

"Habis bonda you beraya dengan siapa?", Hani bertanya lagi.

"You kan ada. You dah angkut kain baju you kat sini kan? You kata you nak tolong i jaga bonda. Sekarang tolonglah", Mukhriz memulangkan paku buah keras kepada Tengku Hani.

"Tak akan you lepaskan tanggungjawab you pada i?", rasanya amarahnya sudah meningkat.

"I tak tinggalkan tanggungjawab i kepada you. Esok Izrail balik. Dia yang jaga bonda. You sendiri kata nak jaga bonda depan bonda.Hani", Mukhriz perlu bertegas. Politik Hani perlu dihentikan.

"I ingat you boleh beri kita peluang untuk baiki keadaan kita", Hani masih menaruh harapan Mukhriz memandangnya.

"Hani. I memang tak ada perasaan pada you. I dah beri peluang pada you dulu. Tapi you tetap bawa haluan you now you salahkan i?", susah bercakap dengan Hani. Dia tidak akan dan tidak pernah menyalahkan dirinya.

"abang, Hani tak salahkan abang. Hani minta maaf. Abang, tak akan tak da sekelumit rasa abang pada Hani?", suaranya di lembutkan. Dia harus mencuba mencari di mana titik kelemahan Mukhriz.

"Jangan panggil i abang. I bukan suami you lagi. You yang minta cerai Hani. You yang nak hidup bebas. Sekarang keluar dari bilik i. Pergi cari kekasih lama you tu", bercakap dengan Hani perlu tegas. Hani bijak memanipulasi. Ketika di hadapannya di kampung Mira bukan main lembut dia bercakap seolah-olah benar-benar melepaskannya pergi.

"You jangan nak kata i Mukhriz. You simpan Mira. You tipu i. You curang", Mukhriz perlu disedarkan dengan kesilapan dia. Jangan asyik menunding dirinya. Seolah-olah hanya Tengku Hani yang bersalah dalam penceraian mereka.

"You yang minta cerai. I cuma gunakan peluang. You tak cintakan i Hani. You cuma cemburu bila ada orang lain ganti tempat you. Macam you cemburukan Tengku Harlina. Adik kandung you sendiri inikan pulak Mira yang tak ada kaitan darah dengan you", itu hakikat. Memang sikap Hani. Sikap anak pertama yang dimanja yang sentiasa ditatang bagai minyak yang penuh.

"I memang nak berbaik dengan you masa i ke Kuching hari tu. Tapi tak sangka you kenalkan i dengan bekas madu tak formal i. Hebat sangat ke perempuan tu Mukhriz? kalau hebat dia tak akan jadi perempuan simpanan you Mukhriz", Tengku Hani ibarat mencurah gasolin di dalam api yang sedang marak.

"You jangan kata apa-apa tentang i dan Mira you tak kenal dia. You cuma dengar dari kenalan you yang pernah terserempak dengan kami. Dari kawan-kawan i yang bercerita dengan you. Baik you diam Hani. I tak akan bersama you", Mukhriz terus berlalu. Bosan melayan tutur Hani.

Mukhriz melangkah ke anjung atas. Duduk merenung bulan. Dia mencapai telefon mendail nombor Mira. Masih merajukkah Mira padanya? Mira rajuk manja. sudah arif dia tentang Mira. Lima tahun bersama Mira cukup memastikan dia mengetahui sikap gadis itu.

"Helo sayang. Rajuk you dah habis ke?", tanya Mukhriz. Dia pasti Mira ada di talian. Talian itu bersahut. Tapi tiada suara.

"Mira, esok i balik. Tapi last flight. ambil i kat airport ya. Ajak Maz temankan you", Mukhriz masih meneruskan kata-katanya. Tanpa peduli Mira mendengar atau tidak. Tapi dia pasti Mira dengar.

"I tak suruh you balik. Tak payah balik. Nanti mak you marah", akhirnya dia bersuara.

"Mak i ok. Adik i akan jaga dia lebih baik dari i", ujar Mukhriz.

"Nanti mak you salahkan i Mukhriz. Tak apa lusa i pergi Perak", Mira memujuk. Bimbang ibu Mukhriz salah faham dengan tindakan Mukhriz. Yalah belum jadi menantu lagi dia sudah berlagak.

"I tetap balik esok. Jemput i balik esok. I tak peduli Mira. Kalau you nak ke sini lusa kita sama-sama ke sini", kata Mukhriz.

"Ok", Mira mengalah tidak ada gunanya dia melawan Mukhriz.

"Sini pun you Mukhriz, i cari you merata. I dah buat kopi untuk you", kedengaran suara perempuan yang cukup Mira kenali. Suara yang selalu menyapa Mukhriz sekiranya Mukhriz di rumah.

"Mukhriz, you kat mana?", tanya Mira.

"I dirumah bonda. Kebetulan Hani datang jenguk mak i sakit", Mukhriz bimbang.

"Mukhriz mak you masih di hospital kan?", Mira mencari kepastian.

"Mira, i terangkan kat you nanti. I rasa i nak tidur hotel je malam ni. lepas ni i call you balik", pinta Mukhriz. Talian di putuskan. Mukhriz mengeluh maha berat.

Jelek benar hatinya melihat Hani. Hani memang sengaja menjengkelkan hatinya. Mukhriz terus berlalu cawan yang dihulurkan Hani tidak bersambut. Mukhriz terus mengangkat beg pakaiannya keluar. Menuju ke hotel terdekat. Banglo atas bukit lapan bilik itu terasa panas. Geram sakit hati semuanya bersemayam teguh di hatinya. Kalau ikut hati mahu sahaja Tengku Hani dicekiknya.

Setelah selesai urusan pendaftaran masuknya di hotel Mukhriz terus mendail kembalu nombor Mira. Taliannya tidak bersahut. Mukhriz menghantar pesanan melalui whatsapp.

Mukhriz
jawab call i Mira. Dengar dulu. i kat hotel sekarang.

Mukhriz merenung. Double blue tick. dia menunggu Mira membalas.

Mira
malas. baik you jangan cakap apa-apa. i nak tidur. you tidur aje. mood i meragam. you cakap apapun semua tak jalan. nite Mukhriz.

Mukhriz senyum sekurang-kurangnya dia balas. Jadi dia tak marah sangat. Memang mengenali Mira satu keindahan.Dia pun boleh tidur lena, tanpa kemarahan dari Mira.

Mukhriz
good nite Mira. I love you.

Mira hanya membaca. Biar Mukhriz menunggu jawapannya sampai esok. Hukuman untuk suara Hani yang jengkel. bisik hatinya.

-------------------------------------------------

★untuk semua pembaca Mira Edora tersayang.

Selamat Malam.

Terima kasih daun keladi,
esok lusa saya update lagi.

❤ vote and komen please...

Mira EdoraWhere stories live. Discover now