"Apa yang kau bagi tau bonda sampai bonda terima Mira, Ril?", Mukhriz memandang Izrail mengharap jawapan.
"Mana ada Ril buat apa-apa. Ril cuma bawa bonda shopping raya then kita orang terserempak dengan Hani tengah berkepit dengan boyfriend dia. Ril tak sengaja", Izrail senyum.
"Nasib baik bonda tak kena serangan jantung Ril. kau kata tak sengaja? abang dah kenal kau lama. Kalau orang lain boleh la terima tak sengaja kau. Macam mana pula kau pujuk bonda terima menantu orang biasa?", Mukhriz ingin tahu apa yang menyebabkan bondanya terus berubah hati.
"Mudah je, Ril tempelak je dia. Itulah menantu kesayangan dia. Sanggup buang anak gara-gara menantu macam kuntilanak tu. Memang Ril bernasib baik sebab bonda tak kena heart attack. Kalau kena mesti abang dah balik kan?", Izrail gelak entah apa yang lucu.
"Kenapa kau gelak Ril? Kau suka bonda masuk hospital ke apa?", tanya Mukhriz.
"Terasa lucu sebab sampai sekarang Tengku Hani belum tahu dia dah kantoi dengan bonda.Kalau dia tahu abang ada balik mesti dia ke sini.Pujuk abang", balas Izrail.
"Biarlah. Lagipun lusa abang akan jumpa dia di mahkamah", balas Mukhriz.
"Hidup abang dah macam dalam drama pulak Ril tengok", kata Izrail.
"Jom masuk Ril. Tak lama lagi Magrib ni". Mereka berdua beriringan masuk ke rumah.
*************************
Selepas solat Subuh Mira tidur semula. Badannya terasa lemah. Tekaknya pula terasa perit. Dia dijangkiti virus selesema. Kenapa boleh demam di rumah bakal mertua? aduhh sungguh memalukan. Bisik hatinya. Dia tidak mampu melakukan apa-apa.
"Sayang?", Mukhriz menjenguk Mira yang masih baring dalam selimut tebal. Dia menghampiri Mira.
"You demam ni Mira. I bawa you ke klinik. kemas cepat", kata Mukhriz apabila Mira tidak menjawab panggilannya.
"Mira, you dengar i tak?", tanya Mukhriz.
"Mira mengangguk. Perlahan-lahan dia bangun ke bilik air. Mencuci muka dan memasang tudung.
Mukhriz mengambil dompet dan kunci kereta. Mukhriz ke klinik berdekatan. Dia menemani Mira hingga berjumpa doktor.
"Tahniah Puan Mira. Awak bakal bergelar ibu", wajah Mira berubah. Dia seperti ingin pitam sekarang. Wajah Mukhriz seperti kehilangan darah. Mereka berdua gamam.
"Awak perlu banyak berehat. Kandungan awak baru berusia 2 bulan seminggu. Dalam frasa pertama ini awak akan mengalami morning sickness dan jangan risau semua ini akan di lalui dalam masa beberapa minggu sahaja. Oh, sila daftarkan diri awak di klinik kesihatan untuk memudahkan follow up ya. Pastikan awak jaga diet awak nanti", Doktor Khaira terus menerangkan tanpa mempedulikan perubahan wajah kedua-dua pasangan di depannya.
"Encik, pastikan isteri encik tidak mengalami tekanan demi untuk kesihatan dia dan tumbesaran kandungan", Mukhriz hanya mengangguk.
Setelah membuat pembayaran dan mengambil beberapa jenis vitamin, Mukhriz dan Mira berlalu untuk pulang.
Pada Mukhriz, semua ini terlalu mengejutkan buatnya. Bagi Mira pula ia bagaikan mimpi. Mimpi buruk ngeri dan tragis. Pasti Mukhriz menyalahkannya.
Mira dan Mukhriz tidak berbicara sepanjang perjalanan. Kedua-duanya membatu. Mira cuba memejamkan mata. Kepalanya terasa berat. Jiwanya kosong.
Sampai di rumah Mira terus kembali ke biliknya. Dia ingin berehat. Kata-kata doktor tadi masih terngiang-ngiang di telinganya. Dia ingin tidur. Semoga dia bangun nanti semua ini hanya mimpi. Bukan dia tidak mahu menjadi ibu, tapi dia dan Mukhriz belum berkahwin. Anak luar nikah tetap anak luar nikah. Tidak punya hak tidak punya ibu dan bapa. Kasihan anak ini kelak. Tapi, ini darah dagingnya. Tak akan dia tergamak membuangnya. Sedikit rasa kasihnya telah tumpah pada nyawa yang menumpang di dalam rahimnya sekarang. Semua ini salahnya dia lupa makan pil perancang keluarga sejak datang ke Sarawak. Dia silap dalam percaturan.
katakan ini semua hanya mimpi. Hanya mimpi.
------------------------------------------------
Terima kasih untuk pembaca Mira Edora. Good Night.. Zzzzzz
YOU ARE READING
Mira Edora
Romancesemanis wajah yang digunakan untuk memiliki segala yang ingin dimilikinya. dia tidak betah untuk hidup susah. baginya seorang wanita perlu dibayar harga yang tinggi untuk dimiliki. sesiapa yang ingin memilikinya perlu membida harganya yang tinggi. m...