Kepulangan

4.3K 182 35
                                    

"Mukhriz, kamu dah nak balik?", pertanyaan bonda membuat Mukhriz serba salah. Aidil Fitri tinggal seminggu lagi. Dia bukan buta hati dengan bondanya, tetapi dia sudah berjanji dengan Mira. Kalau dia terus menunggu di sini lain pula jadinya. Tambah lagi dengan kehadiran Tengku Hani. Menekan jiwanya.

"Bonda, hari raya kelima Riz balik sini. Bersama bakal isteri baru Riz, maafkan Mukhriz bonda. Mukhriz terpaksa pergi", ujar Mukhriz.

"Habis Hani macam mana? Mukhriz nak bonda sakit ke?", Tengku Maimunah bermain dengan emosi Mukhriz.

"Mukhriz sayang bonda. Anak mana yang nak ibunya sakit bonda? Tapi antara Mukhriz dan Hani memang telah berakhir. Mungkin Mukhriz bukan suami yang baik untuk Hani", Mukhriz memang menerima hakikat dia gagal membimbing Hani. Selama ini dia hanya menurut kehendak Hani. Dia tahu ada kesilapannya.

"Bonda tak akan paksa kamu Mukhriz kamu sendiri fikirlah. Tapi bonda memang tak akan terima bakal isteri baru kamu", kata-kata bonda bagai meragut hati Mukhriz. Bonda langsung tidak menerima Mira.

"Bonda, kenali Mira baru bonda kata macam tu. Bonda, beri Mira peluang. Lepas tu baru bonda beri penghakiman pada Mira", mukhriz memujuk. kalau orang lain mungkin dia tidak betah untuk menghadap tapi ini bondanya. Wanita pertama yang dia sayang sebelum Mira.

"Kalau kamu nak kejar perempuan tu. Lupakan bonda. Bonda tak akan terima selain Hani sebagai isteri kamu", Tengku Maimunah berlalu ke biliknya Mukhriz hanya memandang sepi.

"Abang, biarkan bonda nanti pandai-pandai Iz pujuk dia, pasal Hani abang nak Iz tolong ke?", tanya Izrail.

"Sabar Iz. Kalau Hani tak mengalah baru abang minta tolong Iz. Iz jangan pujuk bonda nanti lain pula jadi dengan bonda kena serangan jantung lagi nanti",dia kenal sangat dengan sikap Izrail selalunya dia tampil dengan kejutan yang tidak disangka-sangka sesuai dengan namanya yang sama dengan malaikat maut itu. Entah mengapa bonda namakan dia Izrail.

"Abang ke KLIA, Iz. Bukan abang tak nak bersama bonda dan Iz, tapi..", berat Mukhriz hendak menghabiskan kata-katanya.

"Iz, faham. Dahlah pergilah. Nanti terlepas flight. Pasal Hani tu kalau dia masih tak putus asa juga lepas ni Iz aturkan dia", mengatur kehidupan orang memang kesukaan Izrail barang kali.

"You teruskan juga niat you Mukhriz?", kali ini Hani pula keluar dari biliknya.

"You tak dengar ke apa bonda cakap? Mira tu tak layak dengan you Mukhriz. Dia tu cuma budak kampung je. Memang bonda you tak terima", Hani masih menyambung kata-kata.

"Lagi elok budak kampung dari perangai jilat ludah balik macam Tengku Hani", Izrail menjawab. Wajah Tengku Hani berubah. Izrail jarang bersuara, tidak bergurau dan kelihatan serius. Bila dia berbicara suaranya mendatar tapi ayatnya selalu menikam.

"Iz, Hani tetap ahli keluarga Iz tau. Tetap bekas isteri abang", Tengku Hani membalas.

"Bekas je. Sekarang ni dah banyak bekas pakai buang. Masalahnya bekas tu tak sedar dia dah terbuang", selamba Izrail menjawab dan terus berlalu menghantar Mukhriz ke muka pintu.

Hani berlalu ke bilik. Drama sebabaknya tidak menjadi. Izrail tidak akan menyokongnya. Malah Izrail mungkin bertepuk tangan dia meminta cerai dengan Mukhriz dulu. Terasa dirinya sungguh bodoh. Farid.. Farid yang perlu dibunuh. geramnya kerana mengikut telunjuk Farid.

*******************

Mana Mira? Merajukah Mira sehingga tidak mengambilnya di lapangan terbang? Tak akan Mira nak suruh dia balik naik teksi? dah hampir tengah malam. beberapa minit lagi. Sampai hati Mira tidak menyambutnya yang sentiasa merindui singa betina itu. Bisik hatinya.

"Mukhriz, apahal dengan you? menoleh kiri kanan. kiri kanan. tunduk macam mencari seseorang, siapa yang you cari?", tanya Mira.

Mukhriz belum mampu menjawab. Mira dipandangnya atas bawah. Memakai seluar denim. Berbaju longgar lengan panjang dan bertudung. Mira bertudung. Hampir dia tidak mengenali Mira.

"I tak cam you Mira. You lain. Cantik macam selalu maksud i", bercakap dengan Mira kena memuji sedikit. Maklumlah kau bercakap dengan singa. Singa cepat menaruh prasangka.

"Ohh..pasal i pakai tudung?", tanyanya.

"Yalah. Tak sangka you buat perubahan masa i balik Perak", ujar Mukhriz.

"Jom, balik. I dah ngantuk ni", ajak Mira.

"Mira thanks ambil i", ucap Mukhriz.

"I tahu you mesti fikir i tak datang. Tak da maknanya i nak merajuklah. I tak ambil hatilah. Thanks sebab you balik", lega hati Mukhriz mendengarnya. bukan senang memujuk Mira. Mungkin Mira semakin matang dalam pemikirannya. Dulu dia kenali Mira ketika Mira baru habis sekolah.

Caldina milik Mira memacu laju menempuh jalan raya yang sudah sunyi. Perjalanan yang memakan masa hampir satu jam itu dapat dipendekan menjadi 35 minit. Banyak perkara yang mereka bualkan mengenai persiapan perayaan. Sungguh Mira amat teruja dengan perayaan di negeri kelahirannya sendiri.


-------------------------------

untuk semua pembaca Mira Edora yang dikasihi Maaf banyak-banyak lambat update. Sepatutnya kelmarin. Ni untuk ubat rindu. Kebelakangan ni sibuk membaca karya kawan-kawan. Mengomen sana-sini.. Sorry ya buat korang tertunggu-tunggu.

Terima kasih sentiasa setia menunggu.

komen dan kritikan amat dihargai.. ❤

Mira EdoraWhere stories live. Discover now