Kemunculan tak terduga

4.6K 149 16
                                    

Sudah seminggu Mukhriz berpuasa di kampung Mira ini. Kemesraan penduduk di perkampungan nelayan itu membuatkan dia terlupa akan bonda dan kaum kerabatnya di Perak. Memang dia rindu akan air tangan bonda tapi keputusan bonda menghalaunya hanya kerana dia menceraikan Tengku Hani membuatkan dia benar-benar berkecil hati.

Sebuah kereta masuk ke pekarangan rumahnya. Kereta BMW bernombor pendaftaran Kuching itu direnungnya. Keluar seorang lelaki membukakan pintu untuk wanita tersebut. Sani, lelaki itu Sani pembantu peribadinya di sini dahulu. Wanita itu pula. Tengku Hani Suraya.

Tengku Hani memberikan salam melihat Mukhriz masih tercegat melihatnya.

"Abang, Hani minta maaf tak bersama abang ketika memberikan penjelasan pada bonda. Hani minta maaf sebab Hani bonda halau abang. Singkirkan abang", Hani masih menunggu suara Mukhriz. Perasaan bersalahnya pada Mukhriz tebal menyebabkan hatinya menjadi sebal.

"Walaikumsalam Hani. Abang terkejut tengok Hani. Tahu juga Hani abang di sini?", memang dia terkejut besar kerana dia tidak pernah memberitahu sesiapa akan keberadan dia di sini.Di kampung kelahiran Mira ini.

"Saya cari boss di Eden Height kosong boss saya cuba ke Santubong Suites pun kosong. Saya cuba tanya rumah rehat di Lundu pun kosong. Jadi saya ingat boss pernah suruh saya uruskan pembelian rumah ni tu saya cuba nasib di sini boss", jelas Sani.

"Percubaan yang berjaya Sani. Duduklah Hani, naiklah Sani", pinta Mukhriz.

"tak payah boss saya duduk di tangga ini sahaja", kata Sani.

Hani merenung wajah Mukhriz di depannya.

"Abang, Hani betul-betul minta maaf bang. Hani nak ajak abang ikut Hani balik jelaskan pada bonda apa yang jadi antara kita. Hani tak kisah kalau bonda bencikan Hani bukan abang", wajah Hani kelihatan sugul dek tertekan dengan perasaan bersalahnya.

"Hani, abang tak salahkan Hani. Abang pun salah. Abang tak berani nak terangkan pada Hani abang tak mampu cintai Hani. Malah abang berterima kasih pada Hani tidak jadikan abang lelaki yang dayus", Mukhriz cuba menyejukkan hati Hani. Biar dia rasa sedikit tenang.

"Ikut Hani balik bang", pujuk Hani.

"Abang akan balik Hani. Seminggu lepas raya nanti. Abang nak uruskan penceraian kita. Edah Hani tamatkan. Abang harap Hani bahagia lepas ni", ujar Mukhriz.

"Abang betul tak sayang Hani lagi?", Hani bertanya inginkan kepastian.

Mukhriz mengeleng. "Abang tak mampu cintai Hani seikhlas hati", kata Mukhriz berat.

"Siapa perempuancyang bertuah tu abang?", tanya Hani dia pasti Mukhriz sudah punya pengantinya.

"Gadis biasa Hani. Nantilah abang kenalkan", cadang Mukhriz

"Bertuahnya dia walaupun hanya gadis biasa", bunyinya seperti sindiran tapi Mukhriz malas berburuk sangka.

"Kalau tak ada aral mungkin tengah bulan Syawal abang kahwin dengan dia Hani", kata Mukhriz.

"Siapa namanya abang? Mana abang jumpa dia? Berapa lama abang kenal dia?", Hani bertanya lebih lanjut.

"Mira Edora. Abang kenal dia disini. Rasanya yang lain Hani tak perlu tahu", kata Mukhriz. Dia tidak mahu Hani berprasangka buruk kepada Mira Edora.

"Cantik nama. mesti secantik orangnya kan?", kata Hani mahukan kepastian.

Mukhriz hanya mengangguk. terbayang senyum Mira Edora di mindanya, muncung rajuknya, tangis dan ketawanya.

"Tanya cantik ke tidak aje abang dah berkhayal. Mesti cantik sampai abang angau", tidak dapat tidak cemburunya terbit di hati. Tapi tidak mengapalah dia reda.

"Hani, buat apa susah-susah cari abang. Hani boleh call abang je", Mukhriz mengalih topik perbincangan.

"Hani rindu abang. Hani nak jumpa abang. Nak tengok bagaimana abang tanpa Hani", ya Hani berterus terang.

"Abang ok Hani. Hani jangan risau. Abang memang dah move on, Hani tak payah rindu abang. Abang ok. Hani macam mana", tanya Mukhriz pula.

"Papa dan Mama tak suka Farid abang. Mereka nasihatkan Hani supaya kembali pada abang", kata-kata Hani bagai menghempap seribu tan beban ke kepala Mukhriz.

"Abang, Hani tak akan kembali pada abang", Hani cuba menjernihkan kekeruhan di wajah Mukhriz.

"Abang minta maaf Hani. Abang memang tak dapat cintai Hani", Mukhriz terasa bersalah pula pada Hani.

"Hani tau cinta abang hanya pada Mira Edora kan?", Hani senyum di hatinya penuh gelojak kenapa perlu dia bukan aku.

Mukhriz merenung jam tangannya sudah hampir dua jam dia dan Hani bercakap diluar. Dia perlu keluar sebelum tengah hari. Hani yang perasaan kegelisahan Mukhriz terus bertanya.

"Abang nak ke mana? Ada janji temu dengan Mira Edora ke? Nampak gelisah aje"

"Taklah Hani", itulah sikap Mukhriz dia sentiasa takut orang berkecil hati dengan dirinya. Sebab itu, Hani tidak sangka Mukhriz sanggup mengingkari ibunya untuk rujuk kembali dengannya.

"Hani balik dulu bang. Hani pun ada kerja nak buat. Mungkin Hani lama sikit di sini", Hani bangun dari kerusinya.

"Terima kasih sebab jenguk abang Hani", kata Mukhriz.

"Jangan lupa kenalkan Mira Edora nanti ya", Hani terus berlalu bersama Sani.

Hakikatnya dia tidak menjangka sama sekali Tengku Hani akan bertemunya di sini. Tengku Hani akan mencarinya lagi. Tapi perasaan buat Tengku Hani memang tidak akan pernah ada. Dia tidak akan mensia-siakan peluangnya untuk menyunting cinta hatinya Mira Edora sebagai isteri.

Mukhriz terus berkemas dan untuk ke bandar banyak urusan yang perlu diselesaikannya hari ini. Dia perlu mencari pejabat untuk di sewa sebagai permulaan perniagaan barunya. Sebelum itu dia perlu menghantar Sophie ke rumah Mak Ngah untuk Mira.

--------------------------------------------

sorry lambat update. terima kasih kerana membaca Mira Edora. ^_^

vote & komen ya... :*(",)

Mira EdoraWhere stories live. Discover now