Mira mengemas pakaiannya ke dalam lugage. Esok dia akan berpindah ke rumah pusakanya. Dia cuma perlu angkat pakaiannya sahaja. Kelengkapan rumah sudah dipenuhinya. Dia sudah rindu dengan suasana kampung yang permai. Perlukah aku membawa baju Mukhriz?
Lusa bulan puasa Mukhriz sudah balik Perak atau belum? Perasaan aku tertanya-tanya. Sudah lama dia tidak menghubungi Mukhriz. Rasanya tak salah kalau aku hubungi Mukhriz. fikirnya. Dia mendail pejabat terlebih dahulu. talian disambungkan.
"Apa khabar you?", Mira bertanya.
"Mukhriz tak da disini, kau yang sebabkan Mukhriz bercerai dengan Tengku Hani kan?", suara yang berada di talian itu berkata. Itu bukan suara Mukhriz.
"Mana Mukhriz?", Mira bertanya.
"ehh..Manalah aku tahu. Sepatutnya aku yang tanya kau mana anak aku? kerana kau anak aku lari dari aku", sudah pasti suara perempuan itu milik ibu Mukhriz.
"Maaf, Puan", Mira mematikan talian.
Hatinya sayu diusik bimbang dan sesal kemana Mukhriz? Dia mendail telefon bimbit Mukhriz.
"Helo, Mira", suara Mukhriz di talian.
"You ke mana?", Mira bertanya.
"I di office", katanya.
"Jangan tipu i. Mak you yang angkat tadi", Mira tidak puas hati.
"ok sorry, i bohong, i tak da kerja sekarang ni Mira, i kat Eden Park", ujarnya lemah.
"i tahu mak you dah bagi tau, baliklah ke sini atau you nak i ke sana?", Mira bertanya.
"Tunggulah Mira. Lagipun i nak jual kondo Eden ni, i nak tumpang di Santubong Suites you beberapa hari dulu sebelum i cari rumah lain, bolehkan?", tanyanya.
"Ini kan rumah you. I nak pindah dah di rumah pusaka. Nanti you jenguk i senanglah kalau you di sini", Mira menyejukan hati Mukhriz.
"Mira, thanks, i tak tau nak cakap apa", ucap Mukhriz.
"petang nanti i ke Eden. you tunggulah ya", Mira berjanji.
talian diputuskan. Sungguh dia risau akan keadaan Mukhriz. Setelah mengemas bagasinya Mira terus keluar dari rumah. Jam sudah menunjuk ke angka 12. Setelah menghantar bagasi ke rumah membuka beberapa tingkap agar cahaya mentari memasuki rumah. Mira terus memecut toyata caldina nya ke Eden Park. Hatinya tidak sabar bertemu Mukhriz. Dia rindukan Mukhriz mungkin. Dia tidak pasti.
"Mukhriz", Mira melangkah memeluk Mukhriz di pintu kondominium itu.
Mukhriz kaku tidak pernah dia rasa Mira beremosi melihatnya. Dia biarkan sahaja pelukan itu.
"I am sorry, pasal i you jadi macam ni, i rasa bersalah Mukhriz", Mira berkata sayu.
"Ini bukan salah you Mira, mak i halau i sebab i ceraikan Hani. Kami memang tak sehaluan. Hani pun tak akan kembali dengan i. ini memang salah i dan Hani kami tak sepatutnya berkahwin", Mukhriz membelanya.
"Tapi i tetap rasa bersalah jugak", kata Mira.
"Mira Edora sayang, i sayang you i tak nak kehilangan you tapi i tak nak keadaan ini mempengaruhi keputusan you untuk bersama i. Kalau you cintakan orang lain you boleh bersama dia. Apa yang i katakan hari itu i memang maksudkan. you jangan risau. i akan bina hidup i teruskan hidup i walaupun perit tanpa you tapi tengok you happy dengan orang yang you cinta sudah cukup buat i", Mukhriz berkata panjang lebar.
"Thanks Mukhriz tapi jangan cakap hal itu dulu. you nak dah makan? i masak apa je yang you nak makan", Mira cuba mengubah suasana.
"I nak makan nasi Arab buatan you, pergilah dapur i nak teliti proposal ni jap lepas ni i tolong you", pinta Mukhriz.
Mira terus ke dapur menyediakan segala keperluan untuk memasak nasi Arab dan ayam Mandhi kegemaran dia dan Mukhriz. Memotong bawang dan dikisar halus. Merebus ayam sebelum dipangang.Sungguh memasak nasi arab perlukan kesabaran.
"Mira", suara Mukhriz mengejutnya.
Ouuchh". Mukhriz segera menghampirinya pisau yang digunakan untuk memotong tomato terkena jarinya.
"You ni Mira, i panggil pun you terkejut", Mukhriz segera mengambil jari telunjuk Mira dan di masukannya ke dalam mulut cara menghentikan pendarahan.
"Sikit je lah, you tau kan kalau i kat dapur jangan kejutkan", kata Mira.
"You kalau di dapur memang kuat berkhayal, entah apa dalam fikiran you Mira", Mukhriz mula membebel.
"You datang nak tolong ke nak membebel?", Mira tidak puas hati.
"Ok, i tolong. tolong tengok je", katanya.
"balik lah you ke sana i pun boleh kalau setakat tengok aje", Mira menunjukan ke arah living room.
"Alah, meh i tolong potong lada benggala ye comel", Mukhriz mengambil pisau terus memotong lada benggala untuk salsa.
Mira sibuk menyediakan meja. Selama dia bersama Mukhriz tidak pernah dia menghidangkan Mukhriz dengan keadaan yang tidak tersusun baginya makan perlulah bersistematik. Pinggan dan gelas mestilah senada bersesuaian begitu juga dengan sudu dan garfu.Warnanya perlu senada itulah seni namanya. bisiknya.
Mira, you nak minum air apa?" mukhriz bertanya di dapur.
"Orange juice. i nak betul-betul dari buah oren ya bukan dari botol", sengaja Mira menyusahkan Mukhriz. Nasi Arab tiba-tiba di petang hari ingat senang ke buat nasi Arab.
"Ok", Mukhriz menjawab pendek.
hampir jam tujuh malam, makanan dan minuman siap dihidangkan di atas meja. Mukhriz dan Mira menikmati makanan tanpa berbicara.
setelah menghabiskan makanan Mukhriz membantu Mira membasuh pinggan.
Mira membancuh air panas untuk minuman mereka di ruang tamu.
"lepas ni i balik ya Mukhriz", katanya.
"tak payah baliklah dah malam", Mukhriz menghalang.
"Tapi i tak tutup tingkap rumah lah", Mira memberi alasan.
"Jomlah i hantar you balik, esok kita ambil kereta i di sini dan kemas rumah ni. i nak jual untuk modal perniagaan", Mukhriz mula bergerak ke biliknya.
"Berapa banyak you nak pakai?", Mira bertanya.
"lebih kurang setengah juta", ujar Mukhriz.
"Dalam simpanan i ada 250 k kalau u nak pakai, pakailah Mukhriz", kata Mira.
"You boleh jual tanah di tengah bandar yang you letak nama i itu dah ada lebih kurang sejuta", tambah Mira lagi, tanah itu hadiah Mukhriz pada harijadinya yang ke 25 tahun.
"Itu hadiah i Mira tak akan you nak jual?", Mukhriz berasa permintaan Mira tidak masuk akal.
"You jangan risau lah, itu untuk you kalau i tak da disisi you masa you susah masa tu you gunakan", Mukhriz memujuknya.
"Untuk you Mukhriz. kalau you tak nak you tinggal terus di Santubong Suites sampai bila-bila", cadang Mira.
"Ok yang itu i setuju tapi sampai i dapat kondo baru", kata Mukhriz.
"Jomlah hantar i, i rasa macam nak demam", ujar Mira.
ANDA SEDANG MEMBACA
Mira Edora
Romancesemanis wajah yang digunakan untuk memiliki segala yang ingin dimilikinya. dia tidak betah untuk hidup susah. baginya seorang wanita perlu dibayar harga yang tinggi untuk dimiliki. sesiapa yang ingin memilikinya perlu membida harganya yang tinggi. m...
