Syurga Mukhriz

6.3K 156 11
                                    

"Lama betul you ambil masa nak ke sini Mukhriz. I ingat you dah terus jumpa kawan you. Apa you buat dirumah?", Mira menerjah Mukhriz dengan pertanyaan.

"Kalau i cakap you jangan marah ya?", dia tidak ingin mencipta pembohongan dengan Mira. lebih elok Mira tahu awal berbanding dia mengetahui sesuatu secara drastik. Mati kita di terkamnya.

"Ok. I tak marah", Mira duduk di kerusi depan rumah Mukhriz mengambil tempat bertentangan dengannya. Sophie dikeluarkan dari kandang.

"Tadi, Hani datang jumpa i", Mukhriz bersuara menunggu respon wajah Mira.

"Apa dia nak? nak ajak you rujuk balik?", wajahnya tidak mengambarkan perasaannya sekarang dia masih berwajah biasa. Dia tahu Mukhriz berusaha membaca apa yang terlintas di benaknya.

"Dia cuma ajak i balik terangkan keadaan sebenar kepada emak i", kata Mukhriz.

"Oh.. baliklah. You perlu settlekan hal emak you Hani dan diri you. i tak halang", Mira masih berwajah selamba seakan tiada perasaan.

"I dah bagitau i akan balik seminggu lepas syawal. Terus uruskan penceraian i dan aturkan perkahwinan kita Mira", Mukhriz berharap respon yang lebih baik di wajah Mira.

"I harap semuanya mengikut kehendak you. Pastikan you tak kecewakan i Mukhriz. I rasa kalau bonda you pujuk you untuk berbaik dengan Hani mesti you nak kan?", Mukhriz tidak pasti maksud kata-kata Mira. Dia merenung wajah Mira.

"Seburuk tu prasangka you Mira?", tanyanya. Dahi Mukhriz berkerut.

"I bukan buruk sangka ya. I cuma berjaga-jaga. Selama ni i cuma berhati-hati supaya i tak terlalu berharap dan i tak terlalu terluka", ujar Mira. Kemungkinan untuk semua itu sudah ada.

"Tak semudah tu i nak tinggalkan you Mira. I sayang you. Sepenuh hati i", Mukhriz berkata bersungguh-sungguh.

"I sayang you juga Mukhriz tapi kalau ini membabitkan syurga you i tak sanggup nak teruskan Mukhriz. I rasa lebih baik you pilih mak you berbanding i", Apa yang dikatakan Mira benar. Syurga lebih penting. Tapi dosanya pada Mira adakah Allah ampunkan.

"Mukhriz. Biar masa yang tentukan segalanya. Sementara you ada depan mata i. I nak happy dengan you. Dahlah. Pergi jumpa kawan you. Petang nanti buka puasa dengan i", Mira menamatkan perbualan. Malas dia bercakap tentang perkara yang melibatkan Mukhriz dan orang lain. Lihat sahaja sejauh mana tindakan Mukhriz.

"Ok. i bawa you ke restoran kegemaran you", cadang Mukhriz.

"ok i tunggu", balas Mira. Mukhriz terus berlalu. Memandu ke keluar ke jalan besar.

Sebuah kereta masuk ke perkarangan rumah. Vios trd itu sudah pasti milik Azmi. Penat dan tidak mengujakan itu perasaannya sekarang.

Azmi terus menghampiri Mira. Memeluknya. Mira mengelak.

"Boleh tak tolong hormat Mira?", tanya Mira.

"Maaf Mira,abang dah biasa. Lain kali abang tak buat lagi", wajah Azmi berubah. Memeluk Mira sudah menjadi kebiasaannya sejak dari kecil lagi. Mana mungkin dia mampu mengubah semua itu.

"Abang datang ni nak apa?", tanya Mira acuh tidak acuh.

"Jumpa Mira. Tak kan tak boleh?", wajahnya dikerutkan.

"Abang, kebetulan abang datang ni Mira nak bagitau sikit, harap abang boleh terima dan faham", pinta Mira.

"Mira macam nak cakap sesuatu yang serius je bunyinya", duga Azmi.

"Abang, Mira minta maaf. Kalau ini menyinggung perasaan abang. Mira cintakan Mukhriz. Ini dari hati Mira sendiri. Mira harap abang faham. Memang Mira sayangkan abang tapi perasaan ni tak sama macam dulu. Mira dah lama lepaskan abang. Maafkan Mira bang", Mira renung wajah Mukhriz. Sama ada dia mengherdik atau marahkannya dia terima. Dia redha.

"Abang dah agak hati Mira dah berubah. Sebab apa Mira? Kesenangan yang Mukhriz berikan? Mira, tak patut hukum abang macam ni Mira. Mira tak patut tinggalkan abang. Kenapa Mira langsung tak fikir pasal abang? Apa yang abang rasa? Apa yang abang fikir? Abang tunggu Mira.", luah Azmi.

"Abang tunggu Mira tapi abang tak cari Mira. Semuanya dah terlambat abang. Mira minta maaf. itu aje yang mampu Mira katakan", balas Mira.

"Mira pentingkan diri Mira", herdik Azmi.

"Cinta memang pentingkan diri abang. Memang Mira tak cintakan abang lagi. Keadaan buat manusia berubah. Mira ni hina bang tak layak untuk abang", Mira terasa dengan kata-kata Azmi.

"Habis Mukhriz tu layak sangatlah untuk Mira?", tanya Azmi hatinya terasa sakit. Dia kalah pada orang luar.

"Abang kata Mira pentingkan diri. Abang pulak tak pentingkan diri?", Mira menempelak. Sesi pujuk memujuk nampaknya tidak jalan disini.

"Mira memang milik abang sejak dulu lagi", Azmi perlahankan suaranya.

Mira gelak. "Abang ingat Mira patung barbie ke?", hatinya terasa lucu.

"Mira tak da perasaan. Boleh sentiasa jafi milik abang. Jangan buat lawak boleh tak masa bulan puasa ni? Buat Mira ketawa. Banyak ketawa gelap hati", Azmi diam. Mira sudah mula bercakap mengarut.

"Abang sedar tak apa yang terjadi antara kita? Abang kata nak bertunang dengan Mira tapi tak ada pun. Abang kata lepas abang keluar maktab abang kahwin dengan Mira tu pun tak jadi. Abang dapat posting kat Miri. Mira macam nak gila rayu abang Mira nak ikut. Abang kata tunggu dulu. Abang jangan buat lawak. Mira bukan patung barbie abang yang akan jadi milik abang. Tengok dahi Mira. tak da pun tertulis nama Azmi", bosan benar terpaksa bersoal jawab dengan Azmi.

"Abang tak pernah lepaskan Mira. Bukan abang yang jual Mira tapi Pak ngah. Kenapa Mira salahkan abang. Sedangkan mak ngah dan pak su juga salah tak jaga Mira?", Azmi mula melempiaskan kesalahan itu kepada orang lain.

"Sebab mereka tak Mira harapkan seperti Mira harapkan abang", balas Mira menyebabkan Azmi terkedu.

"Abang kena terim hakikat Mira lebih sayangkan Mukhriz daripada abang. Mira pilih Mukhriz. Muktamad. Dahlah Mira nak rehat. Abang cari perempuan yang lebih suci dan baik dari Mira", Mira terus berlalu dari pohon mangga yang rendang itu. Masuk ke rumah.

"Mira kenapa tak ajak Azmi masuk?", tanya Mak ngah.

"Malaslah mak ngah. Dia nak jumpa Mira. Mira dah bagitau dia Mira dengan dia tak de apa-apa. Terpulang pada dia nak terima atau tak", kata Mira.

"Apa-apa pun dia tetap abang sepupu kamu Mira. Kasihanlah pada dia Mira", kata Mak ngah.

"Tak akan Mak ngah nak paksa Mira jatuh cinta dengan dia?", tanya Mira bulat matanya memikirkan mak ngah menyokong Azmi.

"Bukanlah macam tu Mira tapi Mira teranglah elok-elok kat dia", kata mak ngah.

"Mira dah terangkan elok. Dia tak nak terima mak ngah nak buat macam mana lagi. Biarlah Mak ngah lama-lama nanti dia akan terima jugak", kataku. Mak ngah hanya mengangguk.

Aku terus ke bilik. Aku nak mandi. lepas tu Zohor.
Mengelamun terlebih dahulu. Memohon semuanya dipermudahkan untuk aku.

----------------------------------------------------

untuk shazaellda yang rindukan Mukhriz.. masih banyak dugaan untuk Mira dan Mukhriz. mohon bersabar ya.. ^_^......

Mira EdoraWhere stories live. Discover now