You nak tidur sini ke Mira?", tanya Mukhriz.
yelah, tapi kalau you rasa tak nak tidur sorang di suites i boleh temankan", jawab Mira.
Tak apa lah, esok pagi i ambil you sarapan sama ya?",cadang Mukhriz.
ok",kata Mira pendek. kenapa susah sangat kau nak minta aku teman kau Mukhriz. aku belum puas luangkan masa dengan kau.bisik Mira.
Mira kau tak rindu aku ke?Mukhriz meneka-neka di dalam hatinya.
Errr.. i rasa baik i naik dulu", Mira meminta diri.
Mukhriz menarik Mira dalam dakapannya. Sungguh dia rindu benar perempuan itu. Dia memeluk Mira seeratnya seperti tiada ruang yang memisahkan mereka.Hatinya amat berharap perempuan itu memilihnya. mencintainya seperti mana dia jatuh cinta dengan Mira. Ada tangan mengurut belakangnya.
Mira membalas pelukan Mukhriz. Padanya dia cuma kurang pasti apa yang dia rasakan untuk Mukhriz sebab itu dia tidak mampu menjanjikan apa-apa.
Mukhriz melonggarkan pelukannya. wajah Mira didekatkan ke wajahnya dengan lembut dia melekatkan bibirkan ke bibir Mira, rindunya pada bibir nipis itu hanya tuhan yang tahu.
kali ini Mira tidak seperti biasa dia dapat merasakan tarian lidah Mira meneroka segenap rongga mulutnya. Selama lima tahun bersama Mira tidak pernah Mira memberikan respon seperti itu. Apa yang gerak tubuh Mira sedang katakan padanya?
ciuman dileraikan.
"Good night Mukhriz", Mira menghadiahkan ciuman di pipi Mukhriz.
Mira melihat kereta Mukhriz berlalu sehingga menghilang dari pandangannya.
Mira masuk ke dalam rumah. Dia ingin berehat. Badannya terasa lemah. Dia ingin berendam lama di dalam bathtub.
jam menunjukan tepat pukul 11 malam. Air di dalam bathtab penuh dengan buih- buih bergumpulan. Perlahan-lahan Mira Edora memasukan kakinya ke dalam tab mandi itu. Rambutnya disanggul tinggi. Dia mula membaringkan dirinya di dalam tab mandi. memejamkan matanya mengingati semua detik-detik yang dilaluinya bersama Azmi.
Sedari kecil dia mengenali Azmi sekalipun mereka sepupu tapi perasaan sayangnya terhadap Azmi lain sekali berbanding dengan Azrul adik Azmi yang seusia dengan kak Maz. Dia pulang ke kampung memiliki rumah pusaka ini. Apa tujuannya? dia rasa rindu pada keluarganya atau pada kenangannya bersama Azmi?
hakikatnya dia rindu pada siapa? memang dia rindu pada ahli keluarganya atau sebenarnya dia rindukan Azmi. Ohhh... mungkinkah dia masih mencintai Azmi? Dia sendiri masih keliru terhadap perasaannya. bagaimana dengan Mukhriz jika dia memilih Azmi? Cintakah dia pada Mukhriz? Memang benar Mukhriz menyelamatkannya dari tauke kelab malam itu. tapi dia hanya mempergunakan Mukhriz untuk melarikan diri. Malah dia meniduri Mukhriz untuk membalas jasa lelaki itu akan tetapi malangnya Mukhriz enggan melepaskannya. terperangkaplah dia dalam sangkar emas Mukhriz. persoalan demi persoalan hadir dalam benaknya. Fikirannya menerawang bagaimana dia hampir di rogol oleh bapa ayam yang membelinya daripada Pak Ngah. Akalnya bekerja keras menjana idea bagaimana dia boleh lepas dari situasi itu. Sungguh dia tidak ingin bersama dengan seorang lelaki cina yang sudah seusia ayahnya. Akhirnya dia berkata.
hei tauke, lu dapat apa kalau rogol saya? saya pasti boleh kasi lu untung dua kali ganda daripada harga yang lu bayar sama saya punya bapa saudara. lu bagi masa saya tiga bulan. boleh?you ini mayak berani ahh. gua bagi you satu bulan sahaja untuk kasi gua untung. Sementara tu lu jadi GRO sahaja.lu ingat satu bulan sahaja.
bapa ayam itu meninggalkannya. dia tahu bapa ayam itu perlu berfikir akan keuntungannya berbanding dengan nafsunya. bukan mudah mendapat budak perempuan yang masih dara sepertinya local pula. fikirnya di dalam hati.
Sepanjang menjadi GRO dikelab itu dia mendapat permintaan tinggi. tipsnya juga banyak. dia benar-benar menggunakan bakatnya untuk mencairkan hati lelaki menarik pelanggan untuk hadir ke kelab itu. Harapannya agar kelab itu diserbu tidak juga hadir. sungguh dia tertekan apabila sudah hampir empat minggu. malam itu malam terakhir dia mencari orang yang boleh menyelamatkannya. kali ini bapa ayam nya sudah berani memberi pelanggan yang penting kepadanya. dia masih ingat akan kata-kata tauke Lim pada malam itu.
lu ingat Mira ini orang penting. kalau lu dapat kasi dia datang selalu memang lu the best Mira.
Mira masuk ke dalam bilik karoeke itu. melihat seorang lelaki yang segak dan bergaya dikelilingi oleh lelaki lain yang memanggilnya datuk.
Mira melemparkan senyuman. mereka memberi laluan kepada lelaki yang dipanggil mereka datuk itu. setelah Mr Lim berlalu Mira berbisik ke telinga datuk.
Tolong saya. kalau awak tak bawak saya keluar dari sini malam ini tauke cina tadi akan rogol saya. Saya dijual oleh bapa saudara saya kepadanya. tolong percaya pada saya. saya akan buktikan saya masih dara asalkan saya tak layan lelaki ke lelaki di sini tolonglah encik. rayunya.
lelaki itu menoleh ke wajah Mira. wajah itu penuh sugul, penuh takut penuh dengan ketidak pastian akan rayuannya. dia kelihatan benar-benar merayu. airmatanya bergenang di tubir mata. entah mengapa hati Datuk mukhriz benar-benar kasihan. Datuk Mukhriz terus menarik tangan Mira,membawanya keluar bilik itu terus berbincang dengan tauke Lim.
Serta merta Datuk Mukhriz mengeluarkan cek RM 50, 000 harga yang telah dipersetujui oleh Mr Lim.
Tunggu saya nak ambil barang saya dan salin baju yang tak cukup kain ni. pinta Mira.Mira mengenakan baju kurung sesuai dengan imej gadis kampung sepertinya. sempat juga dia berbisik aku dah buat seperti yang kita janjikan katanya kepada Mr Lim dan terus berlalu keluar. Di hatinya dia lebih rela bersama lelaki Melayu itu berbanding turun ke lembah lebih hina bersama dengan entah lelaki apa-apa. Hanya itu pilihan terbaiknya buat masa sekarang.
Bermula disitu dia membiasakan dirinya melayani Mukhriz. Mukhriz memberikan segalany kepadanya. Tidak pernah sekalipun Mukhriz marah padanya. sekalipun kadang-kadang sikapnya kasar apabila dia merasakan Mukhriz tidak mempedulikannya.
Mira rasakan air suam yang direndamnya telah sejuk. berapa lama sudah dia berendam mengenangkan kisah silamnya. Dia keluar dari bathtub itu dan terus membalut tuala ke tubuhnya. Jam telah pun menunjukan ke angka 1210 malam. Mira membancuh secawan Milo panas untuk dirinya. Mira duduk di kerusi malas di birai balkoni bilik utama dan memandang jauh ke bulan tanpa sedar dia terlelap di situ.
YOU ARE READING
Mira Edora
Любовные романыsemanis wajah yang digunakan untuk memiliki segala yang ingin dimilikinya. dia tidak betah untuk hidup susah. baginya seorang wanita perlu dibayar harga yang tinggi untuk dimiliki. sesiapa yang ingin memilikinya perlu membida harganya yang tinggi. m...