DATIN Heliza berlari anak dengan tubuh yang memakai telekung. Pintu utama dituju sebelum selak pintu di atas, dibuka. Dahi tua juga itu berkerut sedikit.
"Anak ni siapa?" tanya Datin Heliza dengan kepala yang menjengah keluar. Jam dinding yang terletak elok di ruang tamu, sempat dilihat sekilas. Pukul 5.55 pagi.
"Saya Ghibran, road manager cik Laila," ujar Ghibran. Pegangannya pada bahu terdedah Laila, diperkemas. Bibir juga menayangkan senyuman tipis.
"Ya Allah! Laila kenapa?" tanya Datin Heliza, terkejut. Jari tuanya naik menolak perlahan dagu Laila yang menunduk bawah melihat lantai sedari tadi.
"Mommy!" jerit Laila. Tangannya didepakan luas sebelum tubuh sang ibu dipeluk. Menyembam mukanya ke dada Datin Heliza dengan tawa kecil.
"Maaf, Datin. Cik Laila minum banyak sikit," kata Ghibran. Hoodie hitam yang dipakaikan di tubuh, dibetulkan sedikit.
"Ghibran! You cakap apa ni?" Laila mengerutkan keningnya melihat Ghibran. Tangan menyentuh tepi kepala sebelum matanya dipejam seketika. Pening.
"Dia minum?" tanya Datin Heliza.
"Ya Datin," angguk Ghibran.
"Laila! Kenapa ni?" soal Datin Heliza. Menarik tangan anak tunggalnya supaya muka itu dapat dilihat lebih jelas. Ghibran pula menunduk.
"Mommy, Ghibran tipu. Laila tak minum pun... eh Laila minum tapi sikit jelah mommy," kata Laila sebelum menghamburkan tawa. Badan kurus itu sekejap ke kanan dan sekejap ke kiri.
"Astaghfirullahalazim Laila!" Datin Heliza beristighfar perlahan.
"Mommy, nak muntah," ujar Laila seraya mencebikkan bibirnya. Pandangan kecewa Datin Heliza dibalas dengan tangan yang menekup mulut sendiri.
"Ghibran, terima kasih ya. Laila sini ikut mommy."
Datin Heliza melemparkan senyuman manis kepada Ghibran. Dia memapah Laila menuju ke tandas yang berada di tingkat bawah. Ghibran hanya mengangguk.
"Bluerk!" Laila memuntahkan segala isi perutnya ke dalam mangkuk tandas. Datin Heliza pula setia menggosok lembut belakang badan si anak. Menggeleng jua perlahan.
"Saya harap kamu tak hebohkan dekat mana-mana yang Laila ada minum malam ni," kata Dato' Jazron yang sedari tadi memerhati dari dapur.
"Baik Dato'," ujar Ghibran sebelum menunduk sedikit. Kemudian, dia mengatur langkah ke kereta.
Dato' Jazron hanya mampu menggeleng. Kalau macam inilah gayanya, Laila harus dikahwinkan segera dengan Qadif. Dia tidak mahu satu-satunya anaknya ini menjadi semakin bebas dan liar. Jelaslah dia risau.
⋆꒷꒦‧₊˚𓆩♡𓆪˚₊‧꒦꒷⋆
"Naura, bodohnya kau. Bodohnya!" kaki dibawa ke udara sebelum digerakkan berkali-kali. Satu muka juga ditekup dengan bantal tidur.
"I didn't mention that you were smiling, sayang. Are you really smiling while touching my biceps?"
Berulang kali ayat itu bermain di otaknya. Dan setiap kali itu juga, Naura membahang panas. Kejadian semalam benar-benar menghantui hidupnya. Kenapalah dia gatal sangat?
"Sayang, are you awake? Let's have a breakfast together," ujar Qadif dari luar bilik. Naura tersentak. Keras badan itu yang sedang enak berbaring di atas katil.
"Sayang?" panggil Qadif pula. Kali ini, pintu turut diketuk beberapa kali.
"Awak makanlah dulu. Saya tak lapar lagi," balas Naura seusai berdehem perlahan. Sebolehnya, nada dibuat biasa. Tidak mahu suaminya mengesyaki perkara pelik.
YOU ARE READING
Dia, Lelaki Teristimewaku
RomanceHello. I've made some adjustments, roughly 20%, to better fit the ending, including changes to some characters. Unfortunately, those who have already read the story MAY NEED to revisit it from chapter 1. I apologize for any inconvenience this may ca...