"MORNING sayang."
"Morning juga awak."
"Macam mana tidur? Okey? Awak ada mimpi buruk lagi tak?" tanya Naura pula sebelum hot chocolate disisip perlahan. Seusai solat Subuh, dia tidak dapat lena. Qadif, alhamdulillah, nyenyak.
"Dah tak ada. It all thanks to you, sayang."
"Tak adalah. Awak yang kuat. Kuat lawan mainan syaitan tu," kata Naura seraya tangan naik membaiki rambut tebal suaminya. Senyuman manis dilemparkan juga.
"Sukanya sentuhan sayang," kata Qadif. Terpejam matanya, benar-benar menikmati layanan dari Naura. Naura tergelak kecil.
"Sayang, look over there!" Qadif menunding jarinya ke pantry dengan mata yang membulat. Naura berkerut sebelum kepalanya dipusingkan ke kanan. Namun, tiada apa-apa.
"Ap..."
"Morning kiss," ucap Qadif. Berpaling sahaja Naura ke kiri, terus dikucup sekilas bibir merah jambu itu. Kemudian, dia tersengih seperti kerang busuk. Gembira kerana rancangannya berjaya.
"Ish, menyempat," marah Naura sebelum dikacau lagi hot chocolate. Qadif di sebelah yang entah buat apa itu, dihiraukan buat seketika.
"Um, sayang."
"Ya? Kenapa awak?"
"Tangan sayang tu... abang nak pinjam boleh?" tanya Qadif sambil memuncungkan mulutnya ke tangan kiri Naura. Naura berkerut. Berkedip laju matanya, cuba memproses apa yang baru didengari.
"Tak boleh ke? Kalau tak boleh tak apa, abang ada je tangan sebelah lagi. Abang saja je tanya," sambung Qadif dengan nada suara yang berubah kendur.
"Nah," kata Naura seraya menghulurkan tangannya. Sesaat selepas itu, dia berkerut lagi. Hairan dengan Qadif yang hanya menunduk bermain dengan tangan sendiri.
"Tak lama ni saya offer. Kalau taknak, tak apa," kata Naura lagi.
"Eh, abang naklah sayang!" pantas Qadif menyulamkan jarinya ke jari Naura sambil tersengih manis sehingga ke telinga. Ya Allah, suka betullah.
"Tapi jangan ge... nevermind," Naura menghentikan ayatnya. Baru sahaja ingin memesan untuk tidak menggeletek telapak tangannya, tetapi Qadif sudahpun buat.
"Jangan apa sayang?" soal Qadif. Muka Naura ditengok dengan senyuman manis di bibir. Suka benar dengan telapak tangan Naura.
"Tak ada apa-apa awak. Saya okey je awak nak geletek tapak tangan saya pun. I'm totally okay with it," sarkastik Naura sebelum memalingkan semula kepalanya ke hadapan.
"Are you serious, baby? That's glad to hear. Abang suka!" balas Qadif. Naura menggigit bibir bawahnya. Aduhai, pura-pura tidak mengerti pula ke?
"But why your face say otherwise sayang?" kerut Qadif. Masam mencuka sahaja wajah Naura.
"Ish, taklah! Muka saya memang macam ni," alasan Naura. Senyuman palsu dilemparkan kepada Qadif. Namun, hanya buat beberapa detik sahaja.
"Macam mana tu sayang?"
"Cantik?"
"That's the realest thing I've ever heard. Abang setuju," angguk Qadif dengan senyuman manis. Naura juga menayangkan senyuman manis penuh kepuraan. Alahai, semakin melampau pula Qadif menggeletek telapak tangannya.
"Awak," panggil Naura.
"Ya sayang? Kenapa?" tanya Qadif. Tidak dipandang Naura di sebelah. Fokus dipakukan penuh ke telapak tangan milik Naura. Melukis benda random menggunakan jarinya.
YOU ARE READING
Dia, Lelaki Teristimewaku
RomanceHello. I've made some adjustments, roughly 20%, to better fit the ending, including changes to some characters. Unfortunately, those who have already read the story MAY NEED to revisit it from chapter 1. I apologize for any inconvenience this may ca...