LAGU Saat Terakhir memenuhi ruang dapur. Naura bernyanyi kecil sambil tangannya laju mewarna. Kadang kala, tangan kiri menyumbat gummy bears ke dalam mulut.
Fokus dia mewarna buku yang dibelikan Qadif beberapa bulan lepas. Sekarang ini, baru di muka surat lapan. Keseluruhan, mempunyai lima puluh muka surat. Entah bila boleh disiapkan.
TING TONG!
Naura mengangkat muka dengan kening yang berkerut. Diatur langkah ke langsir sebelum mengintai sedikit. Seorang lelaki berpakaian uniform menyapa pandangan.
"Awak siapa?" tanya Naura. Masih mengintai. Tidak berganjak sedikitpun dari pintu gelangsar besar itu.
"Ni rumah tuan Qadif ke?" soal lelaki itu.
"Ya. Awak siapa?" balas Naura sekaligus melemparkan soalan. Melihat muka baik lelaki itu, tudung sarung diambil. Kemudian, pintu utama ini, dibuka. Sedikit sahaja. Tidak luas pun.
"Saya electrican yang tuan Qadif hantar untuk baiki lampu bilik office dia," kata Lukman. Bibirnya menguntum senyuman palsu.
"Puan?" panggil Lukman pula. Naura tersentak. Entah kenapa, jantungnya berdegup kencang.
"Oh, rosak ke?"
"Puan tak tahu?"
"Hah? Tahu. Tapi, saya lupa. Masuklah," ajak Naura. Kepalanya diangguk dengan senyuman segaris. Qadif tidak memberitahunya apa-apa. Mungkin suaminya lupa?
"Terima kasih," ucap Lukman lalu melangkah masuk. Bibir itu tidak lekang langsung dengan senyuman. Beg yang digalas di bahu, dibetulkan sedikit.
"Puan Naura kan?" tanya Lukman. Naura mengangguk lagi.
"Bilik kerja Qadif dekat sana. Saya nak pergi buatkan air. Air sirap awak minum?" soal Naura.
"Saya minum semua," jawab Lukman. Naura tersenyum tipis sebelum berlalu ke dapur. Lukman memerhati Naura dengan bibir yang dijungkitkan sedikit.
"Tapi puan..." sengaja ayatnya digantungkan.
"Ya?" Naura berpusing semula. Menanti penuh sabar ayat seterusnya yang akan keluar dari bibir lelaki itu.
"Boleh kurangkan gula sikit? Saya tak minum manis sangat," kata Lukman. Sebaris giginya dipamerkan juga.
"Boleh," angguk Naura, sedikit kekok. Dia fikir apalah tadi. Sia-sia betul jantungnya berdegup kencang. Entah kenapa, seperti mahu pecah pula dadanya sekarang.
"Terima kasih puan Naura," sempat Lukman berkata sebelum langkahnya diatur ke bilik kerja Qadif dengan senyuman sinis.
Naura pula menyambung langkah ke dapur. Baru sahaja ingin mengambil gelas di dalam kabinet, iPhone miliknya berbunyi. Automatik, bibir itu menguntum senyuman manis.
"Hola marido," ceria Naura sebaik sahaja jarinya menyeretkan ikon hijau. Tergelak kecil mendengar Qadif yang menghamburkan ketawa di hujung talian.
"Hola my carinō. Ya Allah, rindunya sayang!" balas Qadif. Nada suaranya dinaikkan sedikit.
"Gediklah awak," komen Naura dengan sisa tawa.
"Janganlah macam tu. Abang dah separuh mati risaukan sayang dekat pejabat ni. Sayang tak rindukan abang ke?" jelas suara itu kedengaran berjauh hati.
"Sayang? Tak rindukan abang ke?" soal Qadif pula.
"Kenapa awak call?" soalan dipulangkan semula. Gula diambil sebelum dimasukkan ke dalam gelas. Tangan kirinya pula memegang iPhone di telinga yang dilitupi tudung.
YOU ARE READING
Dia, Lelaki Teristimewaku
Roman d'amourHello. I've made some adjustments, roughly 20%, to better fit the ending, including changes to some characters. Unfortunately, those who have already read the story MAY NEED to revisit it from chapter 1. I apologize for any inconvenience this may ca...