46 ✧.*

154 11 0
                                    

PRISCILLA menayangkan muka jengkel. Segala apa yang diterangkan oleh Firhan hanya dibiarkan angin berlalu sahaja. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Alahai, bingitlah.

"Sorry," Priscilla mengangkat tangan kanannya. Memberi isyarat supaya Firhan berhenti bercakap. IPhone yang menjerit minta diangkat itu, diambil.

"Who's calling you? Who's A? Are you cheating on me?" tanya Firhan bertubi-tubi. Berkerut seribu dahi itu memandang Priscilla.

"Kenapa you sibuk?" balas Priscilla.

"Priscilla!" tempik Firhan. Sedari tadi, tidak berhenti dia menyebelahi diri sendiri. Priscilla melayannya hendak tidak hendak sahaja. Haruslah dia panas hati.

"What? I nak angkat call. Please keep your mouth shut for a while, alright?" suruh Priscilla. Jari telunjuknya dibawa ke bibir Firhan. Buat dua detik, diletakkan di situ.

"Cilla, I'm asking you. Who the heck is A?" tanya Firhan lagi.

"Shh please!" marah Priscilla. Kini, matanya yang dipakaikan contact lenses itu dijegilkan juga. Kemudian, ikon hijau diseret ke kanan. Sempat dia berdehem perlahan.

"Hai," kata Priscilla. Firhan merengus geram. Dari lentok badan Priscilla, tahu benar yang gadis ini bercakap dengan lelaki.

"Hai? I forgot to ask you what happened yesterday? Is everything alright?" tanya Ammar. Sedikit ragu-ragu untuk membalas sapaan Priscilla di awal ayat.

"Everything was a total mess. But, it's all thanks to you. Kalau tak, sampai sekarang I tak tahu yang my own boyfriend cheated on me dengan perempuan mana entah. Lelaki bodoh," kutuk Priscilla sebelum menjeling Firhan.

"Priscilla, who the fuck are you talking to?!" Firhan menaikkan nada suaranya seoktaf.

"Aku yang patut terima kasih dekat kau," balas Ammar. Priscilla berkerut.

"Why so?" tanya Priscilla. Muka Firhan yang semakin mendekat itu, ditolak dengan jari telunjuk. Kepala juga digelengkan sedikit. Alahai, degil benar jantan keparat ini.

"Kau dah mudahkan kerja aku. That's all I can say. And let's forget about each other's existence. Anggaplah kita tak pernah bertembung empat mata," ujar Ammar sebelum mematikan talian.

"Am...Ammar!" panggil Priscilla. IPhone yang sudah gelap itu ditengok dengan kening yang berkerut. Mulut turut ternganga sedikit. Itu sahaja?

"Ammar?! Ammar nama jantan tu?" tanya Firhan.

"Cilla, aku tanya kau ni. Kau pekak ke?" tanya Firhan lagi. Tajam matanya menikam anak mata Priscilla. Penumbuk juga dikepal geram.

"I physically and emotionally can't take anyone's shit anymore. Let's break up Amier Firhan," kata Priscilla tanpa sebarang riak di muka.

"Finally!" jerit Firhan. Badan disandarkan semula ke kerusi. Barulah sebaris giginya yang tersusun rapi itu jelas kelihatan. Kedua-dua tangan juga diangkat ke udara.

"What the fuck you mean finally? You suka ke?!"

"So much Cilla. I love it so much!"

"You ni kenapa?! I hope karma hits you soon!" kata Priscilla. Ditahan dirinya dari menyimbah air laici ini ke muka Firhan. Tidak mahu membuat kecoh.

"Kifarah Cilla, kifarah. You ni takkan benda tu pun tak tahu?" Firhan menghamburkan tawa sinis.

"Jackass. A fucking jackass," carut Priscilla. Badannya turut disandarkan ke kerusi. Tangan naik memeluk tubuh sendiri sambil tidak lepas matanya memandang Firhan.

Dia, Lelaki TeristimewakuWhere stories live. Discover now