"BLUERK!"
Qadif memuntahkan segala isi perutnya ke dalam mangkuk tandas. Kepala yang terasa agak berat disentuh. Mata juga terpejam rapat buat seketika. Seluruh tubuhnya menggigil pelik.
"Qadif, what's wrong with you?" gumamnya sendiri. Bangun dari duduk sebelum menuju ke singki tandas. Mulut yang terasa amat pahit dicuci air. Sempat melihat pantulan muka di cermin. Alamak hai, pucat!
"I need medicine," langkah disusun keluar dari bilik, ingin menuju ke dapur.
Buka sahaja pintu bilik, gegendang telinga terus menangkap bunyi yang sederhana kuat. Segera dia berpaling melihat ruang tamu. Namun, hanya kepala Naura yang nampak. Dek kerana sofa yang menghalang.
"Sayang?" panggil Qadif. Langkah dibawa dengan penuh berhati-hati ke arah Naura. Namun, terhenti pabila isterinya mula bersuara.
"Ni cartoon apa eh?" tanya Naura, sendiri. Dia menonton lagi kartun yang mempunyai pelbagai warna di televisyen. Koko crunch dikunyah perlahan.
"Teletubbies?" kepala digeleng laju.
"Tak, tak. Ni mesti upin dan ipin," angguk Naura pula. Kali ini, sedikit berpuas dengan jawapan yang diri sendiri luncurkan itu. Bibir turut menguntum senyuman bangga.
"What are you doing, sayang?" bisik Qadif. Mulutnya didekatkan betul-betul di sebelah telinga kiri Naura. Badan juga dibongkokkan sedikit.
"Argh!" jerit Naura. Sudu besi yang berada di tangan kanannya, dihayunkan tepat ke pipi Qadif.
"Auch sayang. That hurts," desis Qadif. Terduduk jatuh dirinya sebelum tangan naik menyentuh pipi yang terasa pijar. Allahu, pedihnya.
"Aw...awak! Kenapa awak serang hendap saya?" Naura ternganga luas. Membulat matanya, memandang Qadif yang terduduk di atas karpet.
"Serang hendap apanya? Abang tegur sayang je," cebik Qadif. Dia memandang Naura dengan muka yang meminta simpati.
"Saya terkejutlah. Awak bagilah salam," kata Naura. Lutut dijatuhkan sebelum matanya memerhati pipi Qadif yang agak merah. Alamak, dia terkuat sangat ke?
"Bagi salam?" kerut Qadif. Naura pula terasa mahu halimunan. Entah kenapa ayat itu diutarakannya. Segera kepala digeleng laju.
"Sakit ke? Saya minta maaf," cuba menukar topik. Berkerut seribu dahi itu melihat pipi kemerahan suaminya. Bawah bibirnya digigit berkali-kali. Aduhai, derhakanya.
"That's alright sayang," Qadif tersenyum tipis.
"Kenapa dengan awak? Awak nampak pucatlah. Awak okey ke? Awak tak sihat?" tanya Naura, bertubi-tubi. Berjaya membuatkan Qadif semakin melebar. Buat seketika, hilang rasa sakitnya.
"Aban..."
Naura mengerutkan keningnya. Hairan dengan Qadif yang bercakap separuh jalan. Suaminya segera bangun dari duduk sebelum menghayunkan langkah masuk ke tandas di tepi pantry.
"Awak apa?" tanya Naura.
"Bluerk!" Qadif memuntahkan isi perutnya lagi. Berpaut pada dinding sebelum terduduk atas lantai bilik air. Allahu, surut tenaganya.
"Awak?" panggil Naura pula. Bibir digigit dengan muka yang jelas tampak hairan. Perlahan-lahan, langkah diaturkan ke Qadif. Sampai sahaja dia di sana, matanya terus membulat.
"Awak?! Kenapa ni?!"
"Sayang," walaupun penat, tetap bibir pucat itu melorek senyuman. Berbunga-bunga hati lelakinya dengan muka risau yang ditayangkan Naura.
YOU ARE READING
Dia, Lelaki Teristimewaku
RomanceHello. I've made some adjustments, roughly 20%, to better fit the ending, including changes to some characters. Unfortunately, those who have already read the story MAY NEED to revisit it from chapter 1. I apologize for any inconvenience this may ca...