37 ✧.*

178 11 0
                                    

"IT'S fine. It's all in the past now. I forgive you," balas Naura. Dua hari, Qadif hanya memohon maaf sahaja. Mahu tidak mahu, terpaksa juga dia maafkan.

"Damn, attractive sangatlah wife abang ni. Apa-apa pun, terima kasih sebab sudi maafkan abang," senyum Qadif. Kepalanya dilentokkan manja di bahu Naura.

"Sama-sama awak. Jom," balas Naura. Lengan Qadif dipegang sebelum menuruni tangga ke bilik bawah tanah. Laju langkah kaki kecil itu. Teruja kot.

"Hati-hati sayang," tegur Qadif. Pantas tangan dibawa ke pinggang ramping isterinya. Turut mengatur langkah, beriringan. Naura cuma tersengih. Sesaat selepas itu, dia melompat pula.

"Yeay-yeay belajar menembak!"

"Eh tak adanya abang nak ajar sayang menembak. Jangan nak memandai," marah Qadif. Berjaya membuatkan Naura hampir terjelopok jatuh. Refleks, bibir itu tercebik sedih.

"Alah," Naura mengerdipkan matanya berkali-kali.

"Jangan nak mengadalah Naura Khadeeja. Basic self defense je. Tak ada guna senjata atau apa-apa," balas Qadif. Ditayangkan juga muka tanpa secalit senyuman buat Naura.

"Okeylah. It's better than nothing," akur Naura.

"That's true baby."

"Jadi, harini kita belajar boxing ke?" tanya Naura. Langkahnya dibawa ke gelanggang boxing.

"Sure baby. Let's do that," angguk Qadif. Sepasang boxing gloves diambil. Kemudian, kakinya dihentikan di hadapan Naura. Senyuman manis terukir tanpa mahu.

"First lesson, shall we?" soal Qadif pula. Tangan kanan dan kiri Naura diambil sebelum dipakaikan gloves.

"Shall-shall!" angguk Naura gembira. Bersinar matanya melihat tangan yang dipakaikan gloves itu. Seketika, Qadif ditengok dengan muka terharu.

"Comelnya sayang!" puji Qadif. Dicubit geram pipi gebu milik Naura dengan bibir yang dikatip.

"Masuk gelanggang, Qadif!" jerit Naura. Kalau mahu mengusiknya pun, dalam gelangganglah. Boleh dia lunyai dan tumbuk sepuas hatinya. Mendengarkan itu, Qadif tertawa besar.

"Awak ni kelakar betullah sayang," komen Qadif.

"Awak," panggil Naura. Berpaling ke kanan, ada satu cermin kecil yang digantung pada dinding. Jelas mukanya kelihatan di pantulan itu.

"Ya sayang?" sahut Qadif dengan sisa tawanya. Tubir mata dikesat dengan jari telunjuk. Allahu, kejung perutnya.

"Pipi saya," ujar Naura, perlahan. Tangannya yang memakai boxing gloves itu, diletakkan di kedua-dua pipi. Termangu. Tidak percaya dengan apa yang dilihatnya kini.

"Kenapa dengan pipi sayang?" kerut Qadif.

"Selama ni tak macam ni pun? Kenapa besar sangat ni?" Naura hampir menangis. Nada suaranya juga berubah sedikit.

"No, they're not baby. Okey je abang tengok," balas Qadif.

"Jujur dengan saya. Saya dah gemuk kan?" soal Naura lalu berpaling memandang Qadif di sebelah. Matanya sudah mula berkaca.

"No sayang!" pantas menggeleng.

"Ish, awak suka tipu. Entah-entah sekarang ni pun awak tengah tipu saya."

"Sayang, kalau sayang berat, dah lama abang tergolek waktu piggyback sayang haritu. Okey je abang. Lenguh pun tak tau," kata Qadif. Rambut Naura dibelai lembut berserta senyuman manis.

"Tapi tu dah tiga hari berlalu," kata Naura. Perlahan sahaja nadanya.

"Then, I will give you a piggyback again. Kalau abang jatuh, maksudnya sayang berat. Kalau abang tak jatuh, sayang tak berat," kata Qadif. Naura terdiam dengan bibir yang dikemam lembut.

Dia, Lelaki TeristimewakuWhere stories live. Discover now