"MAMA!"
Naura terjerit kecil. Terpejam rapat kedua-dua matanya dengan percikan air dari Datin Qamariah. Badan juga bergerak sedikit ke kanan. Menjauh.
"Alamak, mama minta maaf. Terbanyak pula," dalam tawa, Datin Qamariah membalas. Tangan dikesat pada tuala kecil sedikit gabra.
"Tak apa mama," balas Naura. Dikuntum senyuman manis tatkala jari-jemari Datin Qamariah mengesat air di mukanya. Terdengar jelas gelak dari bibir si mertua.
"Naura!" giliran Datin Qamariah pula yang terpejam rapat. Mulut juga terbuka sedikit.
"Sorry mama! Balas dendam," Naura semakin galak menghamburkan tawa. Berbuat sama seperti apa yang dilakukan oleh Datin Qamariah tadi, muka basah mama dikesat.
"Terima kasih Naura," ucap Datin Qamariah. Pipi Naura dicubit lembut. Naura cuma mengangguk sebagai balasan dengan sisa tawanya.
"Sambung potong ya. Mama nak ke belakang sekejap. Ambil daun limau purut," kata Datin Qamariah.
"Okey mama. Hati-hati!"
"Caring betul menantu mama. Kamu pun hati-hati guna pisau tu!" balas Datin Qamariah. Naura tersenyum gembira. Simbol okey diangkat sambil mengangguk laju.
"Ya mama."
EHEM!
Deheman seseorang membuatkan perbuatan Naura memotong lobak merah, terhenti. Namun, dia tidak berpaling. Berpura-pura pekak sebelum sambung memotong.
"Kau pekak ke?" tanya Datin Heliza. Tas tangan diletakkan di atas meja island. Berjalan mendekati Naura sebelum kakinya dipakukan di tepi gadis ini.
"Datin nak apa?" Naura memulangkan soalan. Kepala tidak diangkat. Malas mahu memandang gerangan yang sudah banyak menyakitkan hatinya.
"Kau ingat, ada Qadif yang selalu back up kau tu, aku akan berdiam diri? Memang taklah. Sampai mati pun aku takkan biarkan kau hidup bahagia," ujar Datin Heliza.
"Apa masalah Datin ya? Saya tak pernah pun kacau hidup Datin. Kita tak saling kenal pun," kata Naura. Pisau diletakkan di atas papan pemotong sebelum melihat Datin Heliza.
"Kau ganggu hidup aku. Kau dah rampas satu-satunya kebahagiaan anak aku. Kau pura-pura bodoh atau kau memang asal dah bodoh ni?" soal Datin Heliza. Nada suaranya naik seoktaf.
"Tolong jaga mulut Datin. Saya cuba untuk hormat Datin tau," Naura cuba untuk berlembut walaupun kesabarannya sudah senipis kulit bawang.
"Tak perlu hormat aku. Aku tak perlukan hormat kau pada aku."
"Kenapa kau diam? Baru sedar?" sambung Datin Heliza pula pabila Naura cuma diam tidak berkutik.
"Sedar apa ni, Datin? Saya malas nak gaduh. Saya taknak nampak tak beradab dengan orang yang lebih tua," balas Naura.
"Talam dua muka. Dahlah mandul," perli Datin Heliza.
"Datin!"
"Aunty!"
Serentak Naura dan Qadif menjerit. Namun, masing-masing dengan reaksi muka yang berbeza. Naura jelas terpana dengan perlian itu. Qadif di sudut lain pula, berubah tegang.
"What the fuck did you just say?! Apologies to my wife right now!" jerkah Qadif. Dibawa langkah mendekati Naura sebelum tangan isterinya dipegang.
"Apa yang bising-bising ni?" kerut Datin Qamariah. Di sebelah, berdiri juga Dato' Razif dengan daun sup di tangan. Dahi lelaki tua itu turut berkerut.
"Aunty! Jangan sampai Qadif guna kekerasan. Apologies to my wife right now!" ulang Qadif. Merah mata itu menikam anak mata milik Datin Heliza.
YOU ARE READING
Dia, Lelaki Teristimewaku
RomanceHello. I've made some adjustments, roughly 20%, to better fit the ending, including changes to some characters. Unfortunately, those who have already read the story MAY NEED to revisit it from chapter 1. I apologize for any inconvenience this may ca...