"SHE was raped."
Sebaris ayat itu berjaya menyentakkan Naura. Terhenti terus tangannya dari menggembur tanah di dalam pasu bunga. Pantas kepala berpaling melihat Qadif di sebelah.
"Awak," jelas terpana. Dengan mulut yang terlongo, seraut wajah Qadif ditatap lama.
"Awak, serius ke?" tanya Naura pula. Duduknya di atas kerusi kecil dipusingkan sedikit menghadap Qadif.
"Ya sayang," angguk Qadif dengan senyuman tipis. Pencangkul kecil diletakkan di atas tanah. Fokusnya dipenuhkan ke muka isterinya yang terkejut itu.
"Kasihannya. Siapa yang buat? Maksud saya... ya Allah. Dia okey ke awak?" tanya Naura, bertubi-tubi. Bibirnya dicebikkan juga. Tidak percaya akan apa yang baru sahaja dia dengar.
"She's not okay baby. But..."
"But?"
"She wants to meet you. With aunty," kata Qadif membuatkan Naura berubah riak. Segera kepalanya dipalingkan laju.
"No. Sorry, saya taknak."
"Sayang," Qadif mengemam bibirnya. Tidak dihiraukan kerja menanam buah tembikai. Mata hanya melihat Naura yang sambung menggembur baja itu.
"She wants to apologise directly from you," sambung Qadif. Lembut sahaja nadanya. Tidak mahu memaksa. Akan tetapi, dia masih cuba untuk memujuk.
"I don't need her apologies. Laila tak ada buat apa-apa salah pun dekat saya," balas Naura. Dagu direhatkan pada lutut yang dirapatkan ke dada tanpa berpaling melihat Qadif.
"But still, she wants to meet you sayang. Sayang taknak jumpa aunty langsung?" masih berlembut.
"Untuk apa?" soalan dibalas soalan.
"Demanding an apology from you sayang," balas Qadif dengan nada yang meleret. Tangan kirinya yang bersih, dibawa ke bahu Naura sebelum menggosok lembut, cuba memujuk.
"Laila je," putus Naura. Ditengok Qadif sekilas sebelum sambung membuat kerja menanam cili. Harap tumbuh dengan baiklah.
"How about aunty, baby?"
"Taknak. Saya benci... saya tak suka dia. Dia dah sakitkan hati saya," balas Naura, perlahan. Tenggelam timbul sahaja suaranya membalas soalan dari Qadif.
"So, you don't want to meet aunty but you're fine meeting with Laila?" tanya Qadif. Naura mengangguk sebelum Qadif turut berbuat sama. Tidak mahu memaksa.
"Tak apa ke? Saya jahat ke awak?" tanya Naura pula. Qadif menjadi tatapannya sebelum bibir itu dicebikkan sedikit. Terus dihurung rasa bersalah.
"No you're not, baby. That's up to you," balas Qadif.
"Tapi macam jahatlah pula. Bila Datin datang?"
"Sayang, it's okay if you don't want to. Abang akan beritahu Laila nanti," kata Qadif. Perkara boleh bincang elok, buat apa memaksa.
"Tapi siapalah saya. Allah pun maafkan hamba-Nya yang buat salah. Saya ni manusia biasa je. Tempoh hari, awak cakap kena saling memaafkan, barulah hidup kita tenang. Kan?" kata Naura, panjang lebar.
"You're correct baby. Tapi, janganlah paksa diri. Kalau taknak, then it's totally fine," Qadif menguntum senyuman tipis. Tangan dibawa ke pipi Naura.
"Takutlah. Macam mana kalau dia hina saya lagi?" cebik Naura. Masih diingat jelas perlian dari Datin Heliza tempoh hari yang meninggalkan luka mendalam di hati.
"I'll be there for you, by your side sayang. Abang promise," ucap Qadif. Bibir masih bergayut dengan senyuman kacak.
"Jadi, bila diaorang datang?" soal Naura.
YOU ARE READING
Dia, Lelaki Teristimewaku
RomanceHello. I've made some adjustments, roughly 20%, to better fit the ending, including changes to some characters. Unfortunately, those who have already read the story MAY NEED to revisit it from chapter 1. I apologize for any inconvenience this may ca...