32 ✧.*

222 14 0
                                    

"NAURA, janji dengan abang yang Naura takkan cari lelaki lain tau."

"Naura janji," balas Naura. Meskipun dia tidak dapat mengecam milik siapakah gerangan suara itu, kepala tetap diangguk. Namun, apa yang dia pasti, mereka berdua sedang berada di satu taman bunga.

Melabuhkan duduk selesa pada bangku yang disediakan. Masing-masing begitu rapat sehingga paha mereka saling bersentuhan. Di hadapan mata, ada tasik yang terdampar luas. Indah dan menenangkan jiwa.

"Tapi abang, abang siapa?" diutarakan juga soalan yang sedari tadi bermain di otak fikiran. Mata dipejam buat seketika. Terasa tiba-tiba pening.

"Abang? Naura tak kenal siapa abang?" kendur suara itu melontarkan kembali soalan.

"Naura tak nampak muka abang," kata Naura sebelum memandang lagi muka tersebut. Akan tetapi, masih belum kelihatan. Seperti ada kabus yang menghalang menutupi segenap wajah itu.

"Suara abang?"

"Suara abang pun berubah," jawab Naura. Suara yang kedengaran begitu familiar dan pada masa yang sama juga, kedengaran sangat asing baginya.

"Naura betul-betul tak kenal abang?" tanya suara itu lagi.

"Tak. Nama abang apa?" Naura turut melemparkan soalan. Pandangannya jatuh pada tangan berurat milik lelaki itu. Ada gelang berjenama Saint Laurent yang berwarna silver pada pergelangan tangan kirinya.

"Nama abang..."

"Sayang," panggil Qadif. Tangannya menggoncang lembut badan Naura. Berkerut seribu itu, hairan dengan isterinya yang tiba-tiba sahaja meracau.

"Baby, wake up. Kenapa ni? Mimpi buruk ke?" tanya Qadif pula. Tangannya dibawa ke pipi Naura sebelum ditepuk perlahan pipi itu. Cuba mengejutkan isterinya.

"A...awak," Naura tercungap-cungap. Pantas, dia bangun dari baringan lalu tangan automatik dibawa ke dada. Berdegup kencang jantungnya mengepam darah.

"Ya sayang, ni abang," senyum Qadif. Dipegang lembut kedua-dua bahu Naura. Naura pula menyentuh tepi kepalanya sebelum mencengkam kuat rambut sendiri.

"What are you doing, baby?" Qadif membulat sebelum laju dia memegang tangan itu.

"Are you okay, sayang? Ya Allah, risau abang," ujar Qadif pula dengan tangan Naura digenggam kemas. Naura cuma diam tidak membalas sebelum badannya ditarik masuk ke dalam dakapan Qadif. Seperti ditampar sesuatu, Naura tersentak.

"Jangan," perlahan sahaja nadanya. Badan Qadif ditolak menjauh membuatkan Qadif tersentak. Jelaslah, dia tidak menyangka dakapannya akan ditolak Naura.

"Kenapa ni sayang?"

"Hah? Tak ada apa-apa," geleng Naura sebelum rambutnya diraup kebelakang. Tidak menghiraukan Qadif yang sedari tadi memerhati kerana kepalanya sungguh berdenyut.

"Kenapa sayang tolak abang?" tanya Qadif, lembut. Tangan Naura diambil. Menghalang perbuatan isterinya dari terus bermain dengan rambut sendiri itu.

"Saya minta maaf. Dah Subuh ke?"

"Dah Subuh sayang. Jom solat berjemaah?" kata Qadif bersama dengan senyuman manis.

"Awak dah ada wudhuk ke?" tanya Naura. Beberapa helai rambut yang terjuntai di dahi Qadif sudah menjawab soalannya. Ditanya juga. Entah kenapa.

"Dah ambil tadi. Tapi tak apa, abang boleh ambil semula. Sayang betul-betul okey ke ni? Nak abang papahkan?" soal Qadif. Jelas nadanya kedengaran khuatir.

"Tak apa, saya boleh jalan," tolak Naura.

"Betul ni sayang?"

"Ya. Nanti saya turun," angguk Naura. Dilemparkan senyuman tipis kepada Qadif sebelum berjalan ke bilik air selepas rambutnya diikat.

Dia, Lelaki TeristimewakuWhere stories live. Discover now