33 ✧.*

245 9 0
                                    

QADIF tersenyum lebar. Tidak berkelip mata itu merenung penuh cinta seraut wajah wanita yang telah berjaya mencuri hatinya. Naura perasan akan tenungan suaminya. Sengaja dia abaikan.

"Cantiknya sayang," puji Qadif. Sedari tadi, badan tingginya direndahkan supaya lebih mudah untuk Naura memakaikan tali leher kepadanya. 

"Terima kasih awak," Naura tersenyum kekok. Meleret sahaja nadanya. Kurang suka dengan muka gatal yang dilemparkan oleh Qadif.

"Sama-sama sayang."

"Pukul 5 kan awak balik kerja?" tanya Naura.

"No baby. Today, 4.30," jawab Qadif dengan bibir yang menguntum senyuman manis. Sesaat pun mata itu tidak teralih fokus melihat Naura. Cantiknya lahai, macam bidadari.

"Sedia maklum. Nanti saya tunggu depan pintu," ujar Naura dengan sengihan.

"Comelnya sayang," komen Qadif. Naura pula, seperti biasalah, dia tersipu malu. Melihat itu, Qadif meletuskan tawa besar sebelum tangan dibawa mencubit pipi isterinya perlahan.

"Gila besar bahu awak," komen Naura seraya menepuk kedua-dua bahu milik Qadif. Alahai, setiap hari dia dijamu tetapi entah kenapa hari ini mulutnya tiba-tiba mengeluarkan pujian pula.

"Baru sedar ke sayang?" riak Qadif. Naura membuat muka loyanya.

"Puji sikit je terus riak. Ni saya malas nak puji awak ni."

"Alah, jangan macam tu sayang. Pujilah lagi. Abang janji, abang takkan riak dah," Qadif mencebik sedikit.

"Okey awak. Sekarang, tepi. Saya nak lalu," ujar Naura. Tali leher Qadif sudahpun siap dibuat namun suaminya hanya merenung dia tidak lepas. Sedikitpun tidak berganjak pula itu.

"Qadif, saya nak lalu. Awak boleh ke tepi sikit tak?" ulang Naura.

"Sayang," panggil Qadif. Meleret sahaja nadanya. Kaki dibawa mendekat ke Naura. Setapak demi setapak. 

"Awak nak apa ni?" tanya Naura. Mengundur beberapa langkah sebelum belakang badannya menyentuh dinding. Hairan dengan Qadif yang tiba-tiba sahaja diam.

"Your lips..."

"Kenapa dengan bibir saya?"

"They look weirdly lonely today baby. Do they want to meet mine? Hm?" soal Qadif. Jarinya naik menyentuh bibir merah jambu milik Naura. Naura mengepal penumbuk. Sudah dia duga!

"Menyampahnya mamat ni."

"Ma...mamat? Mamat sayang panggil abang?" Qadif terlongo. Jarinya ditunding ke muka sendiri sebelum bibir meletuskan tawa kecil tanpa sedar. Unbelievable.

"Ya. Mamat dah boleh gerak pergi kerja kot. Nanti lewat," suruh Naura. Kedua-dua tangannya menolak dada Qadif supaya menjauh.

"Alah, sekejap je sayang?" pujuk Qadif seraya mengerdipkan matanya berkali-kali. Cuba memujuk.

"Taknak! Awak selalu mungkir janji," kata Naura. Kepalanya digelengkan pantas ke kiri dan ke kanan. Tidak lupa juga, bibirnya dikemam rapat. Risaulah, nanti kecundang.

"30 seconds sayang?"

"Penipu 30 seconds," bidas Naura. Penumbuk kecilnya diangkat sedikit tinggi ke udara. Menunggu masa sahaja untuk diacukan di pipi Qadif.

"Lebih pun apa salahnya sayang?" Qadif tersenyum gatal. Naura menggeleng membuatkan Qadif mencebik sedih. Badannya yang dibongkokkan, kembali ke berdiri dengan normal.

"Dengan rendah hatinya, saya mempersilakan tuan untuk melangkah keluar," Naura menunding jarinya ke pintu utama yang sudah dibuka seluas yang mungkin.

"Salam abang," kata Qadif. Naura menurut sebelum tangan suaminya dikucup lembut. Angkat sahaja kepala, terus bibirnya dicium sekilas oleh Qadif.

Dia, Lelaki TeristimewakuWhere stories live. Discover now