QADIF menyusun langkah ke bilik tidur Naura. Penuh berhati-hati dengan bibir yang dikemam lembut, pintu dibuka. Seketika, dia terhenti.
"Gatal ya kau Qadif," katanya sendiri. Tawa kecil terhambur keluar tanpa mahu. Namun, cepat-cepat dibetulkan riak muka. Muka kosong dipasang.
"Tapi, abang nak balas dendam. Semalam, sayang dah main dengan nafsu abang," Qadif tersenyum senget. Naura yang sedang lena, didekati.
"Cantiknya isteriku," sempat dia memuji. Rambut Naura disentuh dengan hujung jari.
"Sejuklah," gumam Naura dalam tidur. Qadif mengemam bibirnya sekali lagi. Ruang kosong bersebelahan Naura, ditengok. Okey, belum cuba belum tahu. Bismillahi tawakkaltu 'alallah.
"Hm," Naura bergumam lagi. Melihat itu, Qadif menarik comforter menutupi paras dada Naura. Sangat berhati-hati dengan bawah bibir yang digigit kuat.
Naura menggeliat kecil. Dari posisi berbaring menghadap siling bilik, diubah ke mengiring sebelah kanan pula. Berjaya menerbitkan senyuman manis dari bibir Qadif. Ini yang dia suka!
"Sikit lag..." baru sahaja ingin menyelesakan diri di sebelah Naura, Qadif terhenti. Mata saling bersabung dengan mata hitam pekat Naura. Sesaat selepas itu, Naura membulat luas.
"Ya Allah!" jerit Naura. Spontan, kakinya naik menendang perut Qadif. Entah apa yang suaminya sedang lakukan. Akan tetapi, jelas pelik!
BUKK!
"Aduh!"
"Awak!" panggil Naura. Laju dia bangun dari baringan sebelum Qadif didekati. Melihat suaminya yang terbaring di atas lantai bilik, bawah bibir automatik digigit lembut. Allahu.
"Auch sayang. That hurts," kata Qadif. Perlahan sahaja nadanya. Muka pula berkerut sakit. Apalah nasib. Semalam malang. Hari ini pun juga ke?
"Ya Allah, sorry awak. Awak okey?" tanya Naura. Mengintai dari atas dengan mata yang dikerdipkan beberapa kali. Jelas riak mukanya tampak begitu bersalah.
"I'm fine sayang. Thank you for your concern," balas Qadif dengan senyuman tipis. Sebaris giginya yang tersusun rapi, juga ditayang.
"Awak betul-betul okey? Semalam awak dah jatuh."
"I'm okay sayang. Abang kuat," balas Qadif, sedikit riak. Mendengarkan itu, Naura membuat muka. Selalu sangatlah bangga dengan diri.
"Awak tidur sini ke semalam?" soal Naura pula.
"Tak sayang."
"Awak sleepwalking?"
"Tak. Abang sengaja walking-walking tapi tak tahulah macam mana boleh end up dekat sini. Magik kan, sayang?" balas Qadif, panjang lebar. Tawa kecil terhambur keluar juga.
"Tak," balas Naura, sepatah. Sedikitpun ayat itu tidak menggeletek ususnya. Apatah lagi, hatinya.
"Oh! Okey sayang," Qadif merudum dengan senyuman. Berkedip-kedip matanya memandang Naura dari atas lantai. Allahu, ingin bangun dari baringan pun malu.
"Hujanlah. Dah lama tak hujan," Naura seperti tersedar sesuatu. Iaitu bunyi hujan yang agak lebat di luar. Laju dia turun dari katil sebelum ke pintu gelangsar bilik.
"Sayang, janganlah lari. Auch, pinggang aku," desis Qadif. Sedikit kepayahan, dia bangun dari baringan. Berjalan ke Naura yang sudahpun berada di koridor.
"Lebatnya hujan!" komen Naura. Kedua-dua tangan dilekapkan di pipi sambil mendongak memandang langit. Tersengih lebar bibir itu. Suka!
"Tak sejuk ke sayang?" soal Qadif.
YOU ARE READING
Dia, Lelaki Teristimewaku
RomanceHello. I've made some adjustments, roughly 20%, to better fit the ending, including changes to some characters. Unfortunately, those who have already read the story MAY NEED to revisit it from chapter 1. I apologize for any inconvenience this may ca...