39 ✧.*

172 13 0
                                    

"HOSPITAL?"

"Si carinō," angguk Qadif. Pegangan tangan Naura dikemaskan sedikit. Sempat tangannya menyentuh dahi berkerut isterinya. Alahai, suka sungguh berkerut.

"Buat apa? Awak sakit ke?" tanya Naura. Dia mendongak melihat bangunan hospital yang maha besar di hadapan mata. Kemudian, pandangan dialihkan melihat Qadif pula.

"Tak sayang."

"Habistu?"

"Timbang berat sayanglah," balas Qadif. Naura berkerut lagi. Qadif pula tergelak kecil. Tangan kecil Naura ditarik supaya mengikuti langkahnya ke lif sebelum butang ditekan.

"Dekat hospital ke awak?" tanya Naura dengan nada yang perlahan. Malulah, memandangkan ramai manusia lain juga di dalam lif ini.

"Ya sayang. Alang-alang tu, jom kita buat medical check up sekali," Qadif turut berbisik. Sampai sahaja di tingkat 15 hospital, mereka melangkah keluar.

"Buat apa? Doktor Sam dah buatkan," kata Naura.

"Buat apa? For our future sayang. Medical check up is important tau. Lagipun, doktor Sam sendiri yang suruh kita take a more proper medical check up dekat hospital," terang Qadif, lembut.

"Tapi saya tak pernah. Dia ada suntik ke awak?"

"Of course baby. Run our blood test. Why? Sayang takut jarum ke? Takkan?" Qadif berkerut. Tidak mungkin tiba-tiba sahaja Trypanophobia memeluk diri Naura.

"Tak pun. Saya kalau gaduh dengan jarum, jarum tu angkat kaki lari tau," gurau Naura.

"Jarum ada kaki?" kerut Qadif. Di dalam otaknya, terus terbayang sebilah jarum yang mempunyai tangan dan kaki, sedang bergaduh dengan Naura. Tidak semena-mena, ketawa besarnya terhambur keluar.

"Awak! Ya Allah, awak! Awak, bisinglah!" Naura membulat. Menjijit dengan tangan yang sedikit susah ingin menutup mulut Qadif. Allahurabbi, ternganga luas lagi.

"Sayang yang buat lawak kenapa?" tanya Qadif. Kerusi dilabuhkan duduknya sebelum tersandar lemah. Tubir mata yang basah itu, disapu perlahan.

"Mana ada saya buat lawak."

"Ada sayang," balas Qadif. Naura mencebik tidak puas hati.

"Jomlah. Kena pergi mana ni?" tanya Naura. Tangannya menarik tangan Qadif, memaksa suaminya untuk bangun dari duduk.

"Sini sayang," dada bidangnya ditunding jari telunjuk.

"Ish, main-mainlah dia ni. Saya cari sendiri," sebal Naura lalu tangan Qadif dilepaskan geram. Langkah kemudian diatur tanpa menghiraukan muka berkerut suaminya.

"Nanti sesat sayang," tegur Qadif. Namun, dia masih belum berdiri. Diperhati Naura yang berjalan tanpa berpaling langsung ke belakang. Bibir terletus tawa kecil.

"Sayang, not that way."

Ke kanan salah.

"Not that way juga, baby."

Ke kiri juga salah.

"This way, darling," Qadif menunjuk laluan yang membelakangi Naura. Naura cuma diam sambil berjalan melepasi Qadif tanpa memandang langsung muka suaminya.

"Carinō, wait for me," kata Qadif. Langkah kecil Naura dikejar pantas. Jari runcing itu disulamkan dengan jarinya.

"Ish, pegang-pegang apa ni?" kerut Naura. Badan Qadif ditolak sedikit kuat. Qadif tersenyum manis. Satu inci pun tidak bergerak badannya dengan tolakan Naura.

Dia, Lelaki TeristimewakuWhere stories live. Discover now