38 ✧.*

174 12 0
                                    

MENDENGAR kata papa dan mama? Memang tidaklah dia akan berbuat sebegitu. Salam diberi lagi, seiring dengan tangan yang mengetuk pintu rumah Dato' Jazron. Tidak lama sebelum pintu dibuka dari dalam.

"Eh Qadif? Kamu cari Laila ke? Laila tak ada," Datin Heliza tampak begitu terkejut. Apa-apa pun, bibir masih menguntum senyuman manis.

"Tak. Qadif cari aunty," kata Qadif. Berkali-kali dia mengulangi istighfar di dalam hati. Cuba mengawal rasa baran. Sabar, Qadif Rizqullah.

"Siapa tu Liza?" soal Dato' Jazron. Qadif melemparkan senyuman manis buat lelaki tua itu.

"Uncle," Qadif bersalam hormat. Dato' Jazron juga tersenyum manis. Sempat tangannya menepuk bahu sasa milik Qadif dua kali.

"Lama kamu tak datang sini. Cari Laila ke?" tanya Dato' Jazron. Mata mengerling sekilas sang isteri di sebelah. Tampak lain sahaja riak wajah itu.

"Tak. Qadif nak cakap dengan aunty Heliza. Berdua," kata Qadif. Jelas dari nadanya kedengaran begitu tegas. Muka juga tegang. Tiada lagi senyuman manis di bibirnya.

"Berdua? Uncle tak boleh join?" Dato' Jazron berkerut. Fikirnya, ayat Qadif itu cumalah satu gurauan. Namun, hanya riak serius sahaja di wajah lelaki 30-an ini.

"Tanya aunty. Uncle nak join boleh ke?" soal Qadif. Tajam matanya menikam anak mata Datin Heliza.

"Masuklah. Kita borak dekat dalam," putus Datin Heliza sebelum berjalan ke ruang tamu terlebih dahulu. Tangannya yang bergetar hebat itu, digenggam sesama sendiri.

"Hal apa ni Qadif? Nampak macam serius je?" sempat Dato' Jazron melemparkan soalan. Duduk dilabuhkan di tepi isterinya dan bertentangan Qadif yang duduk di sofa memuatkan seorang.

"Memang serius uncle," balas Qadif.

"Kamu nak air?" tanya Datin Heliza. Masih dilemparkan senyuman manis buat anak kepada kawannya ini. Di dalam hati, usah dikata, seperti mahu meletup.

"Tak perlu aunty," tolak Qadif. Berjaya membuatkan langkah Datin Heliza terhenti. Duduk dilabuhkan semula.

"Aunty tolong jangan masuk campur hal rumah tangga Qadif," ujar Qadif, straight to the point. Tiada masa untuk berbasa-basi. Apatah lagi, bertanya khabar.

"Rumah tangga?" kerut Dato' Jazron setelah terbangun dari sandaran selesanya. Mata memandang Datin Heliza di sebelah sebelum isterinya cuma mengangkat bahu.

"Ya. Qadif dah kahwin," jawab Qadif.

"Qadif, kamu serius ke? Kamu dah kahwin?" soal Dato' Jazron. Terkedip-kedip mata itu memandang Qadif. Tidak percaya dengan apa yang baru sahaja didengarinya.

"Maafkan Qadif," Qadif menunduk sedikit. Kalau salahnya, dia tidak akan mengelak. Meminta maaf itu harus. Itu apa yang diajar mama sejak dari kecil.

"Sekarang kamu baru nak mengaku? Apa yang kamu fikirkan ni Qadif? Kamu yang salah," sampuk Datin Heliza yang sedari tadi diam.

"Ya salah Qadif. Tapi ni tak bermaksud yang aunty boleh upah pengintip untuk intip gerak-geri Qadif. Sekalipun Qadif sorok hal ni, Qadif ada sebab. Dan hak Qadif sendiri," balas Qadif. Masih mengawal nada suaranya. 

"Aunty tetap nak kamu jadi suami Laila. Kalau boleh bermadu, just proceed with it," kata Datin Heliza. Tangan naik memeluk tubuh sendiri.

"Liza! Awak mengarut apa ni? Dan apa awak buat belakang abang? Diam-diam je awak upah pengintip untuk Qadif. Buat apa?" soal Dato' Jazron, bertubi-tubi.

"Buat apa? Untuk anak kitalah abang. Saya tetap nak Qadif sebagai menantu saya," tegas Datin Heliza. Dibalas pandangan mata suaminya. Tidak gentar. 

"Tapi Qadif takkan duakan isteri Qadif. No matter what," ujar Qadif. Suaranya juga bertukar tegas.

Dia, Lelaki TeristimewakuWhere stories live. Discover now