QADIF berdehem kuat sebelum tangannya dibawa naik memeluk tubuh. Naura pula setia dengan senyuman manis di bibir. Manakala Fox di luar pagar rumah itu hampir sahaja terkucil.
"Fox," kata Qadif. Hanya isyarat mata yang diberikan kepada Naura dengan muka kosong. Alamak hai, sungguh dia terpaksa. Dilakukan ini pun kerana dia sayangkan Naura.
"Puan Naura," Fox segera menunduk. Sedaya upaya dia menahan bibirnya dari membalas senyuman isteri kepada majikannya. Risau selamanya, dia tidak mampu senyum terus.
"Panggil saya Naura jelah," kata Naura sebelum tergelak kecil. Qadif pula membulat. Amboi, gembira betul.
"Ta..."
"No, adress her as puan Naura. Hormat dia sebagai isteri aku," Qadif mencantas laju percakapan Fox. Tegang nadanya membuatkan Fox semakin longgar lutut.
"Ya boss," akur Fox. Sekali lagi, dia menunduk sebelum kepala diangkat semula. Secalit senyuman pun tiada di bibir.
"Ish, awak. Taknaklah, saya tak selesa," Naura berbisik perlahan. Sempat dia mengerling sekilas Fox. Aduhai, dekat pula jarak mukanya dengan Qadif yang sedang membongkok.
"I paid him baby. Dia bukan buat kerja ni tanpa sebarang bayaran. Apa yang abang nak, dia kenalah buat," balas Qadif.
"Okeylah. Yang lain?" mengalah terus. Naura menebarkan pandangan melihat beberapa orang lelaki lain yang semua berpakaian hitam. Ramai, tidak mampu dihitung sepintas lalu.
"Kenal Fox jelah sayang. Ramai tu, nanti sampai esok pun kita tak siap lagi," kata Qadif. Kalau boleh, dia mahu tarik Naura untuk cepat masuk ke dalam rumah. Tergugatlah dengan ramai mata lelaki di sini.
"Okey," angguk Naura.
"Now, let's go inside. Lama-lama dekat luar ni, buat apalah kita. Kan?" ajak Qadif sebelum tangan Naura ditarik.
"Sekejap awak," Naura berhenti melangkah membuatkan langkah Qadif turut sama terhenti. Berpaling semula tubuh tinggi itu melihat Naura dengan kening yang hampir bercantum.
"Nak buat apa sayang?" soal Qadif. Naura cuma tersengih sebagai balasan.
"Bye Fox! Dan bye juga awak semua pun," kata Naura dengan senyuman manis. Tangan kirinya melambai mesra pekerja-pekerja di bawah suaminya ini.
"Bye puan!"
"Hoi, aku tendang semua kang," tegur Qadif dengan muka dingin. Gilalah, semua tersenyum sehingga ke telinga. Tambahan pula, ada yang mengada membalas lambaian isterinya.
"Maaf boss!" serentak meminta maaf kecuali Fox. Hanya dia yang tidak membalas lambaian dari Naura tadi. Sudah serik kot.
"Masuk sayang. Kalau tak, abang angkat awak depan diaorang. Nak ke?" Qadif menukarkan pandangan ke Naura pula. Badannya dibongkokkan sambil memandang mata bundar itu tidak lepas.
"Jomlah masuk," laju Naura menarik tangan Qadif. Beriringan, mereka berjalan ke pintu utama. Pabila jarak sudahpun jauh dari pagar utama, pimpinan dileraikan.
"Ei, awak garanglah. Saya takut," kata Naura, jujur. Laju kaki itu bergerak ke kiri, menjauh dari Qadif.
"Eh, janganlah takut sayang. Sinilah," Qadif berkerut dengan tawa kecil. Sekelip mata, tangan Naura kembali berada di dalam genggamannya.
"Jadi, saya tak boleh keluar langsunglah?" soal Naura.
"Tak boleh sayang. Langsung tak boleh."
"Bosanlah," Naura mencebik. Boleh keluar dari rumah seperti sekarang pun sudah bersyukur sebenarnya. Itu belum lagi dapat keluar dari pagar utama. Pasti lebih seronok.
YOU ARE READING
Dia, Lelaki Teristimewaku
RomanceHello. I've made some adjustments, roughly 20%, to better fit the ending, including changes to some characters. Unfortunately, those who have already read the story MAY NEED to revisit it from chapter 1. I apologize for any inconvenience this may ca...