34 ✧.*

188 12 0
                                    

"SURE ke sayang taknak ikut abang pergi office? Before Zohor, kita balik," kata Qadif sambil memandang Naura dengan senyuman di bibir. Naura pula mengangguk bersungguh-sungguh.

"Sure. Ada benda lagi penting yang saya kena buat."

"What is it, baby? Crocheting?" teka Qadif.

"Ya. Benda tulah," Naura mengangguk lagi. Berpura-pura. Tiada benda lain yang lebih penting dari apa yang ingin dilakukannya nanti. Oleh kerana itu, berdegup kencang jantungnya sedari tadi.

"Alright sayang. Nak pesan apa-apa tak?" soal Qadif. Sepatutnya, hari ini dia cuti. Akan tetapi, terpaksa ke pejabat pula pagi ini. Namun, cuma half day.

"Tak ada apa-apa kot. Semoga awak pulang dengan selamat jelah," doa Naura. Tangan Qadif disalam penuh hormat sebelum mukanya dibawa mendekat sedikit. Qadif pula melabuhkan ciuman di dahi Naura.

"That's so sweet of you. Thank you for your kind words sayang. Abang akan pulang dengan selamat. Memandu dengan berhemah," Qadif tertawa kecil di hujung ayat.

"Bye awak."

"Bye sayang. I love you," kata Qadif dengan nada yang sedikit kuat. Jelas wajah itu menayangkan riak gembira dengan tangan yang melambai mesra kepada Naura.

"Sayang awak juga," balas Naura beserta senyuman segaris. Pintu utama ditutup rapat. Sebentuk kunci di dalam poket, dikeluarkan.

"Fuh, nasib baik tak terkantoi," kata Naura sendiri. Kemudian, langkah disusun ke bilik bawah. Drawer yang menjadi tempat Qadif meletakkan buku-buku English, dituju.

"Ni kehendak kau sendiri, jadi kau kena terima whatever outcomes yang mungkin akan berlaku Naura," ujarnya lagi. Nafas ditarik dan dihembus perlahan. Dengan tangan yang sedikit bergetar, dia menarik laci.

"Ubat? Ubat apa ni? Drugs?" soalnya sendiri. Terlongo luas mulut itu dengan tangan yang semakin bergetar. Diambil juga sepapan ubat yang tidak familiar langsung di matanya ini.

"Ami... Amitrip... apa benda ni?" kerutnya pula.

"Google Naura," tangan naik menepuk dahi sendiri.

IPhone 14 miliknya di dalam poket, dikeluarkan sebelum dia mula menyelamkan diri ke dalam dunia Google. Mencari setiap satu maklumat mengenai benda alah yang berada di tangannya. Jantung juga berdegup laju.

"Astargfirullahaladzim."

Terlongo. Hanya itu yang mampu Naura lakukan saat ini. Tangan kirinya automatik naik menutup mulut. Terkedip-kedip kelopak matanya, tidak percaya.

"Awak, kenapa?" bibir itu mula tercebik sedih. Langkah kemudian dibawa ke bilik air. Satu pill diletakkan ke dalam air sebelum pill itu perlahan-lahan melarut. Dihidu membuatkan dia terus berkerut.

"Diam-diam awak beri saya makan benda ni? Sampai hati awak," gumamnya.

"Ya Allah!" Naura tersentak. Pantas kepalanya berpaling sebelum langkah disusun keluar dari bilik air. Nafas lega dibuang keluar dengan tangan yang naik menyentuh dada. Fikirnya, Qadif berpatah balik.

"Ish, bongoklah. Waktu macam ni juga kau nak jatuh. Terkejut tahu tak?" bebel Naura. Buku yang jatuh itu disimpan semula ke tempatnya.

"Melampaunya awak Qadif. Sumpah awak melampau," kata Naura, perlahan. Amitriptyline yang tinggal lagi sebiji itu, dimasukkan kembali ke dalam drawer.

"Ya Allah, hadirkanlah rasa sabar dalam diri ini. Jagalah lisanku agar setiap patah perkataanku nanti tidak akan menyakitkan hati suamiku sendiri. Aamiin ya Rabbal Alamiin," sempat dia berdoa. Kunci diambil sebelum dimasukkan ke dalam poket.

Dia, Lelaki TeristimewakuWhere stories live. Discover now