"BUENOS días, Lukman," bisik Qadif seraya merendahkan badan tingginya, menyamai kedudukan Lukman. Lidah dibawa ke dinding pipi, menarik senyuman sinis.
"Qadif," Lukman memejam matanya buat seketika. Sudah hampir seminggu dia menjadi tahanan Qadif. Sungguh terseksa.
"Yes? Do you want anything?" soal Qadif.
"Air. Aku nak air," pinta Lukman. Terjelir-jelir lidahnya sambil anak mata memerhati pergerakan Qadif. Berjalan mengelilinginya yang sedang diikat di kerusi.
"Jawab soalan aku yang haritu first," kata Qadif. Satu kerusi diambil sebelum melabuhkan duduknya berhadapan Lukman.
"Airlah gila! Aku dah nak mati ni!" jerit Lukman. Qadif tergelak tanpa mahunya dengan jeritan itu. Rahang diketap geram.
"Dah nak mati tapi sempat lagi menjerit. Simpanlah tenaga kau," sampuk Rye. Tangan dibawa naik memeluk tubuh sendiri.
"Kau diamlah. Aku suruh kau pergi sekolah kan?" perli Lukman. Sempat bibir itu melemparkan senyuman sinis. Cuba memarakkan api kemarahan.
"Babi betul," carut Rye.
"Rye," panggil Qadif. Dia menadahkan telapak tangannya tanpa memandang Rye di belakang.
"Sekejap, nak letak racun," kata Rye. Perlahan sahaja nadanya. Namun, tetap dapat didengari jelas oleh Fox. Membulat luas mata itu sebelum tangan Rye dipegang.
"Rye Wildan," tegur Fox. Kepala digelengkan perlahan. Rye pula tercebik sedih. Separuh rela, air mineral bertukar tangan. Semestinya, dia tidak puas hati.
"Minum," kata Qadif, sepatah. Dia mencurahkan air mineral ini ke atas lantai gudang.
"Qadif! Tak masuk mulut akulah!" teriak Lukman. Muka didekatkan ke Qadif dengan lidah yang berjelir. Dia sangat memerlukan air mineral itu. Tengkuknya begitu perit.
"Sorry, my bad!" ujar Qadif seraya mengangkat tangan kirinya. Air mineral didekatkan kepada Lukman. Memberi juga dengan hati yang tidak rela.
"Fuck!" carut Lukman sebelum bersandar penat seusai berjaya meneguk air kosong itu. Walaupun hanya sedikit yang dapat masuk ke dalam mulutnya, dia tetap bersyukur.
"Jadi, apa jawapan kau?" soal Qadif.
"Aku tak tahu siapa yang bunuh Arman," kata Lukman. Dia melihat Qadif sambil mencari nafas yang hilang. Tidak pernah dia berasa sedahaga ini.
"Jadi bukan kau yang bunuh?" soal Qadif lagi. Badan disandarkan ke kerusi sebelum dibawa naik tangannya menyilang tubuh.
"Kau cakap ada orang lain selain aku dengan orang tua tu? Kau tahulah bukan aku yang bunuh," balas Lukman. Berpeluh rinik dahi itu.
"Aku reka je. So, memang bukan kau yang bunuh? Ada orang lain?" perli Qadif. Jelas muka itu terpampang muka sinis.
"Sial! Kau dah buat aku peninglah gila!" amuk Lukman. Naik turun dada itu menahan amarah. Semakin panas hatinya dengan senyuman sinis yang dilemparkan oleh Qadif.
"Bodoh! Kau yang patut pergi sekolah!" sampuk Rye. Tawa besar terhambur keluar tanpa sedar.
"Diamlah gila!" tempik Lukman. Sedari tadi, hanya seraut wajah Qadif yang menjadi tatapannya. Bergerak rahang itu menahan rasa.
"So, kenapa kau ada dekat situ malam tu?" tanya Qadif. Badan didekatkan ke Lukman dengan sebelah kening yang diangkat satu kali.
"Aku just diberi duty untuk buang mayat tu ke gaung," jawab Lukman.
"Liar. A fucking liar," bisik Qadif, perlahan. Tangan mencengkam pipi Lukman sambil memaksa lelaki ini untuk membalas tenungan matanya.
"Tak percaya sudah. Tapi memang mayat orang tua tu dalam gaung sekarang. Pergilah cari," sinis Lukman. Pandangan tajam itu dibalas berani.
YOU ARE READING
Dia, Lelaki Teristimewaku
RomantikHello. I've made some adjustments, roughly 20%, to better fit the ending, including changes to some characters. Unfortunately, those who have already read the story MAY NEED to revisit it from chapter 1. I apologize for any inconvenience this may ca...